web statsweb stats

Berita Terkini

5 bulan yang lalu: Najib Razak dijatuhkan hukuman penjara 15 tahun dan denda RM11.4 bilion untuk kesemua 25 pertuduhan 6 bulan yang lalu: Ketua UMNO Sabah, Datuk Seri Bung Mokhtar Radin disahkan meninggal dunia 7 bulan yang lalu: Ismanira Abdul Manaf, ibu kepada kanak-kanak autistik, Zayn Rayyan didapati bersalah atas tuduhan pengabaian anak hari ini 7 bulan yang lalu: PRN Sabah: Penamaan calon ialah pada 15 November manakala mengundi awal pada 25 November - SPR 8 bulan yang lalu: Semua kapal yang menyertai misi FFCxTMTGM telah dipintas tentera Israel dalam lingkungan 120 batu nautika dari Gaza - MyCARE

IKUTI KAMI


Azmin Dakwa Pertandingan Di Gombak 'Perang Proksi'

Politik Dikemaskini 3 tahun yang lalu · Diterbitkan pada 30 Oct 2022 5:36PM

Azmin Ali (kiri) dan Amirudin Shari. - Gambar fail

Kongsi Artikel Ini

Langgani saluran Telegram kami untuk berita terkini dan paparan gaya hidup pelengkap hari anda.

KUALA LUMPUR - Penyandang Ahli Parlimen Gombak, Datuk Seri Azmin Ali mendakwa pertandingan di kawasan itu pada Pilihan Raya Umum Ke-15 (PRU-15) akan datang sebagai sebuah 'perang proksi'. 

Tanpa menyebut sebarang nama, Menteri Kanan Perdagangan Antarabangsa dan Industri (MITI) itu mempersoalkan mengapa harus amalan proksi sedemikian dilakukan.

"Hendak hantar anak pun boleh, hendak hantar menantu pun boleh, hendak hantar isteri pun boleh tetapi kalau sebaiknya, hantarlah diri sendiri. Tetapi tiba-tiba lari ke negeri Perak. 

"Semalam kalau mengikut laporan kononnya ada nama besar. Tengok-tengok tidaklah sebesar mana pun. Jawatan mungkin besar tetapi jiwa tidak semestinya besar.

"Kita tidak boleh pilih calon yang dipaksa masuk dalam Gombak. Bila kita hendak bertanding kerana keyakinan (conviction), kita hendak bertanding kerana hati nurani (conscience) kita. Tetapi kalau masuk Gombak kerana dipaksa, itu namanya 'proxy war'. Mengapa harus ada proksi-proksi begini?" katanya.

Azmin yang juga Ahli Majlis Kepimpinan Tertinggi (MPT) BERSATU berkata demikian ketika berucap pada Majlis Pelancaran Jentera PRU-15 Perikatan Nasional (PN) P098 Gombak dekat sini, malam semalam.

Kenyataan Azmin berkenaan boleh ditafsir sebagai satu bentuk serangan balas kepada Presiden PKR, Datuk Seri Anwar Ibrahim, yang sebelum ini mempertimbang akan bertanding di kerusi disandang oleh 'pengkhianat' PKR dan Pakatan Harapan (PH) termasuk Parlimen Gombak.

Anwar bagaimanapun baru-baru ini mengumumkan akan bertanding di Tambun, manakala Parlimen Gombak akan ditandingi Menteri Besar Selangor, Datuk Seri Amirudin Shari.

Mengulas lanjut, Azmin menambah, beliau percaya warga Gombak terdiri daripada individu yang matang, hebat, berpengalaman luas, tidak boleh diperkotak-katikkan, berilmu dan berani.

Menurut beliau, tarikh 19 November ini adalah tarikh yang penting kerana ia adalah persimpangan jalan untuk menentukan masa depan rakyat.

"Kalau kita mahu sebuah kerajaan yang kuat, stabil, bersih, tidak rosak, tidak rasuah, tiada kleptokrat, adil dan prihatin, hanya satu pilihan iaitu PN," katanya.

Dakwanya, rakyat Malaysia pernah memilih Barisan Nasional (BN) selama lebih enam dekad dan berdasarkan apa yang dilihat ketika ini, gabungan politik terbabit masih bergelumang dengan rasuah.

"Kita beri peluang selama setahun kepada kepimpinan UMNO untuk mewarisi kepimpinan PN (di bawah) Tan Sri Muhyiddin Yassin tetapi nampaknya (mereka) 'lembab', masih lagi di bawah telunjuk kleptokrat.

"Hendak tentukan tarikh pilihan raya pun kerana tekanan daripada atas. Kita dalam Jemaah Menteri telah mengingatkan supaya jangan buat pilihan raya sekarang.

"Bukan kita tidak bersedia tetapi keutamaan harus diberikan kepada pemulihan ekonomi, rakyat masih susah di bawah, peniaga-peniaga kecil masih belum dapat aliran tunai sewajarnya, Mak Cik Kiah masih belum dapat berniaga," katanya. - Getaran, 30 Oktober 2022

Berita Berkaitan

1

Semasa 3 tahun yang lalu

‘Saya Tak Kata Siasatan Dihentikan, Digugur, SPRM Berhak… ‘ - Azalina

2

Politik 3 tahun yang lalu

Maklumat Terlalu Umum, SPRM Dapati Tiada Bukti PN Terima Dana Syarikat Judi

3

Politik 3 tahun yang lalu

Cukup Bermain Politik, Utamakan Hal Rakyat Berbanding Kepentingan Peribadi

4

Politik 3 tahun yang lalu

Saya Amat Yakin Kerajaan Perpaduan Akan Kekal Hingga Penggal Berakhir – PM

Sorotan

1

PRN Johor: 2.7 Juta Layak Mengundi, Lebih 40,000 Petugas Pilihan Raya Dilantik

2

Pemandu 4WD Positif Dadah Ditahan, Dikesan Pandu Secara Mengundur Di Lebuh Raya

3

Gempa Bumi Selatan Filipina: Angka Korban Meningkat 37, Ribuan Gempa Susulan Menanti Penyelamat

4

Kerjasama Dengan BERSATU Tamat Demi Perpaduan Dan Kestabilan Politik - PAS

5

Lelaki Guna Pembesar Suara Cetus Kebimbangan, Dakwa Kononnya COVID-19 Kembali Menular

6

Kanak-Kanak Perempuan Maut, Abang Kritikal Jatuh Dari Pangsapuri

Disyorkan untuk anda

Luar Negara 18 jam yang lalu

Gempa Bumi Selatan Filipina: Angka Korban Meningkat 37, Ribuan Gempa Susulan Menanti Penyelamat

oleh Wartawan Getaran

Politik 17 jam yang lalu

PRN Johor: 2.7 Juta Layak Mengundi, Lebih 40,000 Petugas Pilihan Raya Dilantik

Politik 11 jam yang lalu

Wajah Baharu UMNO Negeri Sembilan, Apakah Masih Dibayangi Pemimpin Dilingkari Kontroversi?

oleh Sophia Ahmad

Semasa 1 hari yang lalu

Kerajaan Tolak Desakan Beremosi, Tangani Isu Pelarian Dengan Berhemah - Saifuddin

oleh Sophia Ahmad