web statsweb stats

Berita Terkini

5 bulan yang lalu: Najib Razak dijatuhkan hukuman penjara 15 tahun dan denda RM11.4 bilion untuk kesemua 25 pertuduhan 6 bulan yang lalu: Ketua UMNO Sabah, Datuk Seri Bung Mokhtar Radin disahkan meninggal dunia 7 bulan yang lalu: Ismanira Abdul Manaf, ibu kepada kanak-kanak autistik, Zayn Rayyan didapati bersalah atas tuduhan pengabaian anak hari ini 7 bulan yang lalu: PRN Sabah: Penamaan calon ialah pada 15 November manakala mengundi awal pada 25 November - SPR 8 bulan yang lalu: Semua kapal yang menyertai misi FFCxTMTGM telah dipintas tentera Israel dalam lingkungan 120 batu nautika dari Gaza - MyCARE

IKUTI KAMI


Zuraida Sah Pertahan Parlimen Ampang

Politik Dikemaskini 3 tahun yang lalu · Diterbitkan pada 28 Oct 2022 4:19PM

Zuraida Kamaruddin - Gambar Fail

Kongsi Artikel Ini

Langgani saluran Telegram kami untuk berita terkini dan paparan gaya hidup pelengkap hari anda.

AMPANG - Datuk Zuraida Kamaruddin akan mempertahankan kerusi Parlimen Ampang pada Pilihan Raya Umum Ke-15 (PRU-15).

Perkara itu diumumkan Setiausaha Agung Parti Bangsa Malaysia (PBM), Nor Hizwan Ahmad pada sidang media di Bilik Gerakan Pusat Daerah Mengundi Bukit Antarabangsa di sini, hari ini. 

“Saya boleh sahkan hari ini, setakat hari ini dan sekarang, kawasan ini akan dipertahankan oleh Presiden PBM, Zuraida,” katanya. 

Ditanya pemberita sama ada terdapat perbincangan bersama Barisan Nasional (BN) berhubung keputusan PBM meletakkan Zuraida di Ampang, Nor Hizwan memaklumkan ia sudah diadakan.

Pada PRU-14, Zuraida yang merupakan Naib Presiden PKR ketika itu memenangi kerusi tersebut dengan majoriti 41,956 undi dalam saingan empat penjuru.

Beliau menewaskan Leong Kim Soon daripada BN, Nurul Islam Mohammed Yusoff (PAS) dan Tan Hua Meng (Parti Rakyat Malaysia).

Namun pada tahun 2020, Zuraida bertindak keluar PKR dan menyertai Parti Pribumi Bersatu Malaysia (BERSATU) di bawah pimpinan Tan Sri Muhyiddin Yassin.

Awal bulan ini, beliau diangkat menjadi Presiden PBM menggantikan Datuk Larry Sng Wei Shein.

Sebelum ini, Zuraida dilaporkan sebagai berkata, Malaysia adalah sebuah negara demokratik dan sesiapa sahaja boleh bertanding di Ampang. 

Katanya, beliau sentiasa mengalu-alukan mana-mana pencabar di kawasan yang diwakilinya sejak pertama kali Parlimen itu diwujudkan pada 2008. - Getaran, 28 Oktober 2022

Berita Berkaitan

1

Video & Galeri 2 tahun yang lalu

Lewis Hamilton Melawat SMK Seri Keramat

2

Semasa 2 tahun yang lalu

2 Lelaki Maut Dihempap Pokok Tumbang Di Ampang

3

Semasa 2 tahun yang lalu

Perkhidmatan LRT Laluan Ampang-Sri Petaling Dijangka Beroperasi Semula Februari Depan

4

Semasa 2 tahun yang lalu

3 Beranak Ditemukan Mati Di Kediaman Mereka Di Ampang

Sorotan

1

PRN Johor: 2.7 Juta Layak Mengundi, Lebih 40,000 Petugas Pilihan Raya Dilantik

2

Pemandu 4WD Positif Dadah Ditahan, Dikesan Pandu Secara Mengundur Di Lebuh Raya

3

Gempa Bumi Selatan Filipina: Angka Korban Meningkat 37, Ribuan Gempa Susulan Menanti Penyelamat

4

Kerjasama Dengan BERSATU Tamat Demi Perpaduan Dan Kestabilan Politik - PAS

5

Lelaki Guna Pembesar Suara Cetus Kebimbangan, Dakwa Kononnya COVID-19 Kembali Menular

6

Kanak-Kanak Perempuan Maut, Abang Kritikal Jatuh Dari Pangsapuri

Disyorkan untuk anda

Semasa 10 jam yang lalu

Tengkorak Manusia Ditemui Dalam Jaring Nelayan Di Perairan Johor

oleh Sophia Ahmad

Semasa 1 hari yang lalu

Warga SPRM Wajib Isytihar Harta Dalam Tempoh Sebulan - KP SPRM

Semasa 1 hari yang lalu

Kanak-Kanak Perempuan Maut, Abang Kritikal Jatuh Dari Pangsapuri

oleh Wartawan Getaran

Semasa 1 hari yang lalu

PM Puji Keberkesanan Kementerian Komunikasi Perjelas Pelaksanaan BUDI95