web statsweb stats

Berita Terkini

5 bulan yang lalu: Najib Razak dijatuhkan hukuman penjara 15 tahun dan denda RM11.4 bilion untuk kesemua 25 pertuduhan 6 bulan yang lalu: Ketua UMNO Sabah, Datuk Seri Bung Mokhtar Radin disahkan meninggal dunia 7 bulan yang lalu: Ismanira Abdul Manaf, ibu kepada kanak-kanak autistik, Zayn Rayyan didapati bersalah atas tuduhan pengabaian anak hari ini 7 bulan yang lalu: PRN Sabah: Penamaan calon ialah pada 15 November manakala mengundi awal pada 25 November - SPR 8 bulan yang lalu: Semua kapal yang menyertai misi FFCxTMTGM telah dipintas tentera Israel dalam lingkungan 120 batu nautika dari Gaza - MyCARE

IKUTI KAMI


Saya Takkan Menghilang, Tony Pua Janji Terus Menyumbang Untuk DAP

Politik Dikemaskini 3 tahun yang lalu · Diterbitkan pada 27 Oct 2022 5:19PM

Tony Pua akan terlibat sepenuhnya dalam membantu jentera publisiti parti dan menjayakan kempen mengumpul dana untuk DAP - Gambar Sairien Nafis

Kongsi Artikel Ini

Langgani saluran Telegram kami untuk berita terkini dan paparan gaya hidup pelengkap hari anda.

KUALA LUMPUR - Meskipun tidak bertanding pada Pilihan Raya Umum Ke-15 (PRU-15), penyandang kerusi Parlimen Damansara, Tony Pua berkata, beliau akan terus menyumbang kepada DAP bagi memastikan semua matlamat parti tercapai.

Khusus PRU-15, mantan Setiausaha Publisiti DAP itu menjelaskan, beliau akan terlibat sepenuhnya dalam membantu jentera publisiti parti dan menjayakan kempen mengumpul dana.

“Melangkah ke hadapan, saya amat berbesar hati untuk menyumbang dalam penggubalan dasar, organisasi dan pelaksanaan. 

“Dan apabila kita memenangi kerajaan, anda boleh yakin bahawa saya akan menghadapinya sekali lagi, sama seperti pada 2018, dengan barisan menteri DAP kita untuk membantu melaksanakan dasar terbaik bagi mengukuhkan ekonomi kita dan membantu rakyat Malaysia,” katanya.

Baru-baru ini, Tony telah mengumumkan tidak akan bertanding pada PRU-15 dan menjelaskan, keputusan tersebut adalah kehendaknya sendiri tanpa dipengaruhi orang sekeliling.

Katanya, Setiausaha Agung DAP, Anthony Loke Siew Fook; Timbalan Pengerusi DAP, Gobind Singh dan ramai pemimpin lain telah cuba memujuk beliau untuk terus bertanding. 

Namun begitu jelasnya, beliau telah memutuskan untuk berundur daripada barisan hadapan pilihan raya dan keputusan berkenaan telah dibuat bertahun-tahun yang lalu. 

“Walau bagaimanapun, ini tidak ada kena mengena dengan hakikat bahawa saya masih percaya kepada perjuangan, bahawa saya masih percaya kepada perubahan dan yang paling penting Malaysia boleh melakukannya, Malaysia Kita Boleh. 

“Saya tidak akan menghilang ke kaki langit dan belayar jauh ke arah matahari terbenam,” katanya. 

Dalam setiap pasukan bola sepak, jelas Tony lagi, ada penyerang, pemain sayap, pemain tengah dan pemain pertahanan. 

“Saya tidak meninggalkan pasukan. Saya percaya kepada pasukan dan pastinya percaya kita boleh menang. 

Dalam kes saya, saya hanya menugaskan semula diri saya untuk memainkan kedudukan berbeza yang menggunakan kekuatan saya dengan sebaiknya. 

“Anda boleh yakin bahawa apabila dipanggil untuk bermain, Tony Pua hanya akan memberikan yang terbaik,” katanya. - Getaran, 27 Oktober 2022

Sorotan

1

PRN Johor: 2.7 Juta Layak Mengundi, Lebih 40,000 Petugas Pilihan Raya Dilantik

2

Pemandu 4WD Positif Dadah Ditahan, Dikesan Pandu Secara Mengundur Di Lebuh Raya

3

Gempa Bumi Selatan Filipina: Angka Korban Meningkat 37, Ribuan Gempa Susulan Menanti Penyelamat

4

Kerjasama Dengan BERSATU Tamat Demi Perpaduan Dan Kestabilan Politik - PAS

5

Lelaki Guna Pembesar Suara Cetus Kebimbangan, Dakwa Kononnya COVID-19 Kembali Menular

6

Kanak-Kanak Perempuan Maut, Abang Kritikal Jatuh Dari Pangsapuri

Disyorkan untuk anda

Politik 15 jam yang lalu

PRN Johor: 2.7 Juta Layak Mengundi, Lebih 40,000 Petugas Pilihan Raya Dilantik

Semasa 1 hari yang lalu

Dikurung Dalam Stor Beberapa Minggu, Polis Selamatkan Kanak-Kanak Mangsa Dera Ibu Angkat

oleh Sophia Ahmad

Politik 17 jam yang lalu

Kerjasama Dengan BERSATU Tamat Demi Perpaduan Dan Kestabilan Politik - PAS

oleh Sophia Ahmad

Politik 8 jam yang lalu

PRN Negeri Sembilan: BN Bertanding Secara Solo - Ahmad Zahid

oleh Sophia Ahmad