web statsweb stats

Berita Terkini

5 bulan yang lalu: Najib Razak dijatuhkan hukuman penjara 15 tahun dan denda RM11.4 bilion untuk kesemua 25 pertuduhan 6 bulan yang lalu: Ketua UMNO Sabah, Datuk Seri Bung Mokhtar Radin disahkan meninggal dunia 7 bulan yang lalu: Ismanira Abdul Manaf, ibu kepada kanak-kanak autistik, Zayn Rayyan didapati bersalah atas tuduhan pengabaian anak hari ini 7 bulan yang lalu: PRN Sabah: Penamaan calon ialah pada 15 November manakala mengundi awal pada 25 November - SPR 8 bulan yang lalu: Semua kapal yang menyertai misi FFCxTMTGM telah dipintas tentera Israel dalam lingkungan 120 batu nautika dari Gaza - MyCARE

IKUTI KAMI


Abdul Hadi Sering Cetus Kontroversi, Cubaan Jatuhkan PH - AMANAH Terengganu

Politik Dikemaskini 3 tahun yang lalu · Diterbitkan pada 24 Oct 2022 3:41PM

Abdul Hadi Awang - Gambar fail

Kongsi Artikel Ini

Langgani saluran Telegram kami untuk berita terkini dan paparan gaya hidup pelengkap hari anda.

KUALA LUMPUR - Presiden PAS, Tan Sri Abdul Hadi Awang didakwa sering memberikan kenyataan bersifat kontroversi untuk menjatuhkan gabungan Pakatan Harapan (PH).

Pengerusi AMANAH Terengganu, Datuk Raja Kamarul Bahrin Shah Raja Ahmad berkata, antara lain Abdul Hadi kerap menuduh DAP sebagai parti anti Islam, namun pada masa sama, menafikan GERAKAN pernah mengeluarkan kenyataan menghalang pelaksanaan RUU355.

Raja Kamarul Bahrin Shah Raja Ahmad Shah - Gambar Bernama
Raja Kamarul Bahrin Shah Raja Ahmad Shah - Gambar Bernama

“Abdul Hadi tidak pernah sunyi dari kenyataan kontroversi seperti menuduh DAP anti Islam, tetapi tidak pula menuduh GERAKAN yang pernah mengambil tindakan mahkamah untuk menghalang RUU 355.

“GERAKAN menghalang pelaksanaan hudud tetapi pada masa sama, menjadi rakan komponen PAS dalam gabungan Perikatan Nasional (PN),” katanya menerusi hantaran di Facebook hari ini.

Menurut beliau, PAS semakin kerap membuat tuduhan melulu di saat PRU-15 semakin hampir tanpa sebarang hujah yang kukuh.

“Abdul Hadi menuduh PH sebagai golongan komunis tanpa sebarang bukti, tetapi tidak pula menuduh pimpinan UMNO, iaitu rakan Muafakat Nasional (MN) yang menjemput dan mengunjungi acara rasmi Parti Komunis China,” katanya.

Raja Kamarul Bahrin berkata, jawatan menteri yang diberikan kepada PAS menyebabkan pimpinan parti tersebut menjadi leka, dan terlepas pandang dengan peningkatan jumlah cabutan judi tahunan.

“Kelazatan pangkat serta habuan sebagai menteri amat melalaikan dan memabukkan sehingga PAS ‘terlepas pandang’ cabutan judi tahunan telah dinaikkan sebanyak 22 kali.

“Hakikatnya, kerajaan PH yang dituduh sebagai tidak beriman oleh PAS telah menurunkan jumlah cabutan kepada lapan kali setahun,” ujarnya.

Pimpinan PAS jelas beliau lagi, terlalu khayal dalam kuasa yang memabukkan.

“Mereka merasakan dunia ini ana yang punya!” tegasnya. - Getaran, 24 Oktober 2022

Sorotan

1

PRN Johor: 2.7 Juta Layak Mengundi, Lebih 40,000 Petugas Pilihan Raya Dilantik

2

Pemandu 4WD Positif Dadah Ditahan, Dikesan Pandu Secara Mengundur Di Lebuh Raya

3

Gempa Bumi Selatan Filipina: Angka Korban Meningkat 37, Ribuan Gempa Susulan Menanti Penyelamat

4

Kerjasama Dengan BERSATU Tamat Demi Perpaduan Dan Kestabilan Politik - PAS

5

Lelaki Guna Pembesar Suara Cetus Kebimbangan, Dakwa Kononnya COVID-19 Kembali Menular

6

Kanak-Kanak Perempuan Maut, Abang Kritikal Jatuh Dari Pangsapuri

Disyorkan untuk anda

Politik 8 jam yang lalu

Wajah Baharu UMNO Negeri Sembilan, Apakah Masih Dibayangi Pemimpin Dilingkari Kontroversi?

oleh Sophia Ahmad

Semasa 8 jam yang lalu

Tengkorak Manusia Ditemui Dalam Jaring Nelayan Di Perairan Johor

oleh Sophia Ahmad

Semasa 1 hari yang lalu

Kanak-Kanak Perempuan Maut, Abang Kritikal Jatuh Dari Pangsapuri

oleh Wartawan Getaran

Semasa 7 jam yang lalu

Istiadat Pemasyhuran Yang Dipertuan Besar Negeri Sembilan Ke-12 Tidak Sah - Pengelola Bijaya Diraja