Berita Terkini

2 minggu yang lalu: Hafizul Hawari yang disyaki terbabit dalam kejadian tembak di KLIA Terminal 1 pada 14 April lalu, mengaku tidak bersalah di Mahkamah Sesyen Kota Bharu pagi tadi terhadap 7 pertuduhan 2 minggu yang lalu: 10 anggota dan pegawai TLDM dikhuatiri maut selepas dua pesawat bertembung pada sesi Latihan Lintas Hormat Sambutan Hari Ulang Tahun TLDM Ke-90, di Pangkalan TLDM Lumut 3 minggu yang lalu: Bekas Timbalan Ketua Menteri Sabah yang juga pengasas Parti Bersatu Rakyat Sabah (PBRS), Tan Sri Joseph Kurup meninggal dunia hari ini di IJN pada usia 79 tahun 1 bulan yang lalu: Keputusan Ujian Penilaian Kelas Al-Quran dan Fardu Ain (UPKK) 2023 diumumkan pada 18 April ini - JAKIM 1 bulan yang lalu: Umat Islam di Malaysia dan Singapura akan menyambut Aidilfitri esok.

IKUTI KAMI


Jika Zahid Tak Bertanding Pun, Ismail Sabri Belum Tentu Jadi PM

Politik Dikemaskini 1 tahun yang lalu · Diterbitkan pada 23 Oct 2022 7:00AM

Status Ismail Sabri sebagai Naib Presiden UMNO, membuatkan belia lebih sukar menjadi Perdana Menteri. - Gambar fail

Kongsi Artikel Ini

Langgani saluran Telegram kami untuk berita terkini dan paparan gaya hidup pelengkap hari anda.

KUALA LUMPUR - Sekiranya Barisan Nasional (BN) menang besar pada Pilihan Raya Umum Ke-15 (PRU-15), Perdana Menteri sementara, Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob tetap berdepan laluan sukar untuk dilantik semula ke jawatan ‘orang nombor satu’ negara itu.

Ditambah statusnya hanya sebagai Naib Presiden dalam UMNO, ia membuatkan beliau lebih sukar menjadi Perdana Menteri.

Justeru, timbul pendapat bahawa Presiden UMNO, Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi bakal diangkat menjadi Perdana Menteri BN, walaupun ketika ini Ismail Sabri adalah ‘poster boy’ gabungan tersebut.

Pensyarah Kanan Fakulti Teknologi dan Informatik Razak, Universiti Teknologi Malaysia (UTM), Dr Mazlan Ali berkata, berdasarkan amalan biasa, Perdana Menteri dipilih dalam kalangan pemimpin berstatus presiden parti.

Mazlan Ali
Mazlan Ali

Menurutnya, status sebagai presiden sudah membuktikan bahawa seseorang pemimpin itu mendapat kepercayaan daripada Ahli Parlimen dalam parti yang memenangi pilihan raya.

“Kita bercakap dalam konteks UMNO, presiden parti tersebut adalah Ahmad Zahid, jika beliau diangkat menjadi Perdana Menteri selepas PRU-15, ia tidak menyalahi mana-mana undang-undang mahu pun Perlembagaan negara.

“Jika beliau mengumumkan akan mempertahankan kerusi Parlimennya pada PRU-15 ini, kita tidak boleh menolak kemungkinan bahawa Perdana Menteri adalah Ahmad Zahid sekiranya BN menang,” katanya kepada Getaran.

Beliau berkata, seperti dikatakan Ahmad Zahid, kuasa melantik Perdana Menteri adalah kuasa mutlak Yang di-Pertuan Agong mengikut Perkara 40 (1)(B) Perlembagaan Persekutuan.

“Berdasarkan peruntukan tersebut, Yang di-Pertuan Agong akan memilih Ahli Parlimen yang Baginda percaya mendapat sokongan majoriti Ahli Parlimen lain.

“Jadi, untuk menolak kemungkinan bahawa Ahmad Zahid diangkat menjadi Perdana Menteri selepas PRU-15, kita perlu tahu sama ada beliau akan bertanding atau tidak,” katanya.

Mazlan berkata, walaupun Ismail Sabri dicanang sebagai ‘poster boy’ BN, ia bukanlah penentu untuk beliau dilantik sebagai Perdana Menteri, sebaliknya ia adalah peranan Yang di-Pertuan Agong dan ketua parti.

“Sekiranya Ahmad Zahid mengumumkan bahawa beliau tidak akan bertanding sekali pun, perjalanan Ismail Sabri masih berliku, memandangkan Timbalan Presidennya, Datuk Seri Mohamad Hasan baru saja diumum bertanding Parlimen Rembau,” katanya.

Pensyarah Kanan Sains Politik Universiti Sains Malaysia (USM), Profesor Dr Ahmad Fauzi Abdul Hamid pula berpendapat, kemungkinan Ahmad Zahid menjadi Perdana Menteri sememangnya ada dan peluangnya besar.

Jelasnya, jika dilihat daripada bagaimana Presiden UMNO itu menonjolkan dirinya sejak kebelakangan ini, hasrat untuk menjadi Perdana Menteri tidak boleh disembunyikan lagi.

“Tiada penghalang untuk beliau menjadi Perdana Menteri kerana beliau adalah pemimpin parti, namun apa yang perlu dipastikan adalah BN menang secara mutlak dengan majoriti selesa,” katanya.

Ahmad Fauzi berkata, Ismail Sabri sendiri sedar akan perkara tersebut dan beliau tahu bahawa dirinya adalah calon ‘kompromi’ sebelum ini.

“Ismail Sabri tahu bahawa beliau adalah calon kompromi ketika kerajaan Perikatan Nasional (PN) tumbang kerana kerajaan baharu tersebut perlu didukung PAS, Parti Pribumi Bersatu Malaysia (BERSATU) dan Gabungan Parti Sarawak (GPS),” katanya.

Menurut Ahmad Fauzi, terdapat beberapa indikator penting yang perlu diteliti, terutama layanan ahli UMNO terhadap Ismail Sabri yang menunjukkan bahawa mereka tidak menyokongnya sebagai Perdana Menteri.

“Dalam beberapa pertemuan parti sebelum ini, seorang Perdana Menteri di ‘boo’ ahli parti, namun langsung tiada teguran mahu pun tindakan terhadap kumpulan tersebut.

“Pimpinan terus membiarkan pelakuan agak menjelikkan itu terhadap Ismail Sabri, (jadi) ia sangat jelas bahawa orang UMNO bukan nak sangat pun beliau menjadi Perdana Menteri,” katanya.

Semalam, Ahmad Zahid berkata UMNO kekal dengan keputusan bahawa Ismail Sabri adalah calon Perdana Menteri BN.

Bagaimanapun, pada masa sama, beliau berkata, kuasa melantik Perdana Menteri adalah kuasa mutlak Yang di-Pertuan Agong mengikut perkara 40 (1)(B) Perlembagaan Persekutuan. - Getaran, 23 Oktober 2022

Berita Berkaitan

1

Semasa 3 hari yang lalu

RM1.06 Bilion Bangunkan Projek Infrastruktur Sabah Tahun Ini - Ahmad Zahid

2

Politik 2 minggu yang lalu

Zahid harap MCA Berubah Hati, Bantu Kempen PRK Kuala Kubu Bharu

3

Semasa 3 minggu yang lalu

Мahkamah Tetapkan 27 Jun Keputusan Badan Peguam Berhubung Kes DNAA Ahmad Zahid

4

Semasa 1 bulan yang lalu

KEDA Perlu Utamakan Keberkesanan Projek Dilaksanakan - Ahmad Zahid

Sorotan

1

Bakal PM Singapura Umum Barisan Kabinet

2

Arab Saudi Nasihat Umat Islam Tidak Terpedaya Iklan Haji Palsu Di Media Sosial

3

Terengganu Langkah Kanan, Syafiq Ahmad Jaring Gol Terpantas Di Selayang

4

25 Tahun PKR: Hayati Perjuangan, Jangan Alpa Kuasa Dimiliki - Anwar

5

PRK KKB: Warga Emas Sanggup Tempuh 200 KM Untuk Mengundi

6

AJK Masjid Arah Terbalikkan Baju Sudah Beri Penjelasan Dan Mohon Maaf - Exco

Disyorkan untuk anda

Semasa 1 hari yang lalu

Raja Permaisuri Agong Berangkat Ke Majlis Sambutan Hari Ibu Peringkat Kebangsaan

Semasa 19 jam yang lalu

Nelayan, Pembantu Kedai Makan Didakwa Edar Lebih 21Kg Dadah

Politik 17 jam yang lalu

PN Kalah Di PRK KKB Kerana Silap Sendiri - Aktivis

oleh Sophia Ahmad

Semasa 13 jam yang lalu

Malaysia-Qatar Sepakat Tingkat Kerjasama Pelaburan -PM

oleh Sophia Ahmad