web statsweb stats

Berita Terkini

5 bulan yang lalu: Najib Razak dijatuhkan hukuman penjara 15 tahun dan denda RM11.4 bilion untuk kesemua 25 pertuduhan 6 bulan yang lalu: Ketua UMNO Sabah, Datuk Seri Bung Mokhtar Radin disahkan meninggal dunia 7 bulan yang lalu: Ismanira Abdul Manaf, ibu kepada kanak-kanak autistik, Zayn Rayyan didapati bersalah atas tuduhan pengabaian anak hari ini 7 bulan yang lalu: PRN Sabah: Penamaan calon ialah pada 15 November manakala mengundi awal pada 25 November - SPR 8 bulan yang lalu: Semua kapal yang menyertai misi FFCxTMTGM telah dipintas tentera Israel dalam lingkungan 120 batu nautika dari Gaza - MyCARE

IKUTI KAMI


PRU-15: Tempoh Kempen 14 Hari Mencukupi, Parti Harus Manfaat Media Sosial

Politik Dikemaskini 3 tahun yang lalu · Diterbitkan pada 22 Oct 2022 8:30PM

Penetapan 14 hari sebagai tempoh berkempen pada PRU-15 dianggap sebagai mencukupi dalam konteks politik negara. - Gambar fail

Kongsi Artikel Ini

Langgani saluran Telegram kami untuk berita terkini dan paparan gaya hidup pelengkap hari anda.

KUALA LUMPUR - Penetapan 14 hari sebagai tempoh berkempen pada Pilihan Raya Umum Ke-15 (PRU-15) dianggap mencukupi dalam konteks politik negara, lebih-lebih lagi dengan kepesatan teknologi maklumat (ICT) semasa yang membolehkan usaha berkempen dilakukan menerusi media sosial.

Beberapa penganalisis berpendapat, parti politik perlu memanfaatkan kedua-dua medium berkempen, iaitu secara fizikal dan media sosial dalam usaha menyampaikan mesej kepada pengundi masing-masing.

Pensyarah Kanan Fakulti Teknologi dan Informatik Razak, Universiti Teknologi Malaysia (UTM), Dr Mazlan Ali berkata, parti politik kini tidak terlalu bergantung kepada kempen fizikal, seperti ceramah susulan kewujudan platform media sosial yang berupaya menyebar luas maklumat dengan pantas.

 Dr Mazlan Ali
Dr Mazlan Ali

“Walaupun kempen itu dibuat penceramah di luar sana, tetapi (melalui media sosial) pendengar dan pengundi boleh mendengar (ceramah) dari rumah melalui aplikasi Facebook dan sebagainya.

“Selain itu, saya fikir parti politik juga sudah pun berkempen lebih awal. Ada parti politik mengadakan rapat umum sebelum pembubaran Parlimen lagi dengan membuat pertemuan bersama rakyat,” katanya ketika dihubungi Getaran.

Kelmarin, Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) menerusi pengumumannya, menetapkan tempoh berkempen PRU-15 selama 14 hari bagi semua calon dan parti politik bertanding, bermula 5 November hingga jam 11.59 malam pada 18 November depan.

Mazlan turut mencadangkan parti politik agar menggunakan pendekatan media sosial dengan bahan menarik dan sesuai mengikut perubahan zaman, khususnya untuk mendapatkan sokongan orang muda.

“Kandungan media sosial mesti mudah, cepat dan tidak terlalu panjang, iaitu boleh menarik sokongan orang muda dan perhatian mereka untuk akses media sosial. Selain itu, boleh membuat ceramah di luar sana,” katanya.

Dr Azmi Hassan
Dr Azmi Hassan

Sementara itu, penganalisis politik yang juga geostategis, Dr Azmi Hassan berkata, walaupun terdapat pertambahan seramai kira-kira tujuh juta pengundi baharu pada PRU-15, tempoh dua minggu untuk berkempen sememangnya lebih daripada mencukupi.

Malah beliau bersetuju bahawa calon parti politik sekarang, tidak bergantung sepenuhnya kepada format kempen fizikal dan kebanyakannya berkempen melalui media sosial, seperti dilakukan pada pilihan raya sebelum ini, termasuk di Johor, Melaka dan Sarawak.

“Dalam hal ini, 14 hari lebih daripada mencukupi untuk parti politik bersemuka atau menghantar maklumat kepada penyokong dan pengundi masing-masing, memandangkan kebanyakan mereka sudah biasa dan serasi dengan kempen menggunakan media sosial.

“Bagi saya, dengan gabungan kempen fizikal di mana kekangan pandemik sudah dikurangkan dan menggunakan media sosial, tempoh 14 hari itu mencukupi,” ujarnya.

Ditanya bagaimana parti politik boleh memanfaatkan tempoh 14 hari berkempen, beliau berkata, usaha itu seharusnya dilakukan ke arah positif, melibatkan dasar akan dibangunkan sekiranya dilantik sebagai wakil rakyat atau menjadi kerajaan.

Azmi bagaimanapun mengakui, gejala berkempen secara negatif adalah sesuatu yang dijangka tetap akan wujud dalam mana-mana pilihan raya.

“Tetapi dalam berkempen 14 hari ini, (diharapkan) kalau hendak kritik, kritik atas soal dasar. Umpamanya, Barisan Nasional (BN) bercakap tentang Bajet 2023 adalah strategi fiskal mereka, (jadi) kalau hendak kritik strategi tersebut, lakukan secara berfakta.

“Ini kerana pengundi mahu mengetahui strategi sama ada pihak Pakatan Harapan (PH), BN atau Perikatan Nasional (PN), bagaimana mereka mahu menghadapi cabaran akan datang,” katanya. - Getaran, 22 Oktober 2022

Sorotan

1

PRN Johor: 2.7 Juta Layak Mengundi, Lebih 40,000 Petugas Pilihan Raya Dilantik

2

Pemandu 4WD Positif Dadah Ditahan, Dikesan Pandu Secara Mengundur Di Lebuh Raya

3

Gempa Bumi Selatan Filipina: Angka Korban Meningkat 37, Ribuan Gempa Susulan Menanti Penyelamat

4

Kerjasama Dengan BERSATU Tamat Demi Perpaduan Dan Kestabilan Politik - PAS

5

Lelaki Guna Pembesar Suara Cetus Kebimbangan, Dakwa Kononnya COVID-19 Kembali Menular

6

Kanak-Kanak Perempuan Maut, Abang Kritikal Jatuh Dari Pangsapuri

Disyorkan untuk anda

Semasa 1 hari yang lalu

Lakukan Serangan Seksual Terhadap 6 Pelajar, Guru Muzik Mengaku Tak Bersalah

oleh Sophia Ahmad

Semasa 1 hari yang lalu

Warga SPRM Wajib Isytihar Harta Dalam Tempoh Sebulan - KP SPRM

Politik 14 jam yang lalu

PRN Johor: 2.7 Juta Layak Mengundi, Lebih 40,000 Petugas Pilihan Raya Dilantik

Politik 16 jam yang lalu

Kerjasama Dengan BERSATU Tamat Demi Perpaduan Dan Kestabilan Politik - PAS

oleh Sophia Ahmad