web statsweb stats

Berita Terkini

5 bulan yang lalu: Najib Razak dijatuhkan hukuman penjara 15 tahun dan denda RM11.4 bilion untuk kesemua 25 pertuduhan 6 bulan yang lalu: Ketua UMNO Sabah, Datuk Seri Bung Mokhtar Radin disahkan meninggal dunia 7 bulan yang lalu: Ismanira Abdul Manaf, ibu kepada kanak-kanak autistik, Zayn Rayyan didapati bersalah atas tuduhan pengabaian anak hari ini 7 bulan yang lalu: PRN Sabah: Penamaan calon ialah pada 15 November manakala mengundi awal pada 25 November - SPR 8 bulan yang lalu: Semua kapal yang menyertai misi FFCxTMTGM telah dipintas tentera Israel dalam lingkungan 120 batu nautika dari Gaza - MyCARE

IKUTI KAMI


Mandat PRU-15 Mampu Tangani Isu Ekonomi Malaysia - Zahid

Politik Dikemaskini 3 tahun yang lalu · Diterbitkan pada 15 Oct 2022 3:45PM

Keabsahan dan kestabilan kerajaan yang lebih utuh akan menjadikan usaha pengukuhan ekonomi lebih tersusun. - Gambar fail

Kongsi Artikel Ini

Langgani saluran Telegram kami untuk berita terkini dan paparan gaya hidup pelengkap hari anda.

KUALA LUMPUR - Keabsahan dan kestabilan kerajaan yang lebih utuh akan menjadikan usaha pengukuhan ekonomi lebih tersusun bagi mendepani cabaran ekonomi global tidak menentu ketika ini.

Presiden UMNO, Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi berkata, atas sebab itu Pilihan Raya Umum ke-15 (PRU-15) perlu disegerakan bagi mengembalikan kepada rakyat penentuan mandat baharu terhadap parti politik yang mereka fikirkan sesuai memimpin Malaysia.

“Keabsahan dan kestabilan secara langsung mampu memberikan fokus untuk menangani isu ekonomi yang melanda Malaysia ketika ini.

“Tiada rengek bengek politik, perebutan jawatan Timbalan Perdana Menteri seperti sebelum ini, menuntut jawatan menteri atau syarikat berkaitan kerajaan (GLC),” katanya dalam kenyataan, hari ini.

Malah beliau berkata, peningkatan kadar inflasi negara dan penyusutan nilai ringgit antara beberapa isu ekonomi melanda Malaysia yang akan melarat ke suku kedua tahun ini jika tidak ditangani segera.

Selain itu katanya, pengurangan sumber manusia atau pekerja dalam beberapa sektor ekonomi seperti perladangan dan perkhidmatan serta ketidaktentuan situasi geopolitik serantau dunia yang telah memberi gangguan kepada rantaian ekonomi global juga perlu diberi perhatian.

“Antara langkah yang perlu diambil adalah dengan memberi komitmen kepada perubahan struktural radikal dan menyeluruh. Sebagai contoh, perubahan struktural kepada pasaran kerja, keadaan fiskal dan perbelanjaan negara juga perlu direformasikan secara cermat.

“Selain itu, tidak teragak-agak melalui disiplin fiskal, memperkenalkan cukai baharu dan menyalurkan perbelanjaan kerajaan berteraskan data terkini dan keutamaan. Saranan ini adalah sejajar dengan syor Bank Dunia baru-baru ini dan disambut oleh Kementerian Kewangan,” katanya.

Bagaimanapun Ahmad Zahid berkata, sebelum semua langkah itu boleh dilaksanakan, keabsahan dan kestabilan kerajaan yang lebih utuh perlu dicapai.

“Kerana itulah BN selama ini menyeru untuk menyegerakan PRU-15 agar apa-apa pun parti politik yang membentuk kerajaan pasca PRU-15 kelak akan berupaya mentadbir dengan baik,” katanya.

Teka-teki mengenai bila Parlimen dibubar bagi memberi laluan kepada PRU-15 terjawab selepas Perdana Menteri, Datuk Seri Ismail Sabri mengumumkan pembubaran Parlimen berkuat kuasa, Isnin lalu.

Susulan itu, negara kini ditadbir oleh kerajaan sementara dan segala urusan urusan kerajaan akan dijalankan oleh kerajaan berkenaan selepas Parlimen dibubarkan. – Getaran, 15 Oktober 2022

Berita Berkaitan

1

Politik 2 minggu yang lalu

Desak Letak Jawatan: ‘Saya Jumpa Presiden Untuk Mohon Maaf Secara Peribadi’ - Onn Hafiz 

2

Ekonomi 3 minggu yang lalu

Tekanan Industri, Ekonomi Semakin Meruncing, Konflik Global Ancam Sektor Pengeluaran

3

Politik 4 minggu yang lalu

Politik Melayu Akan Lemah Jika Terus Dibelenggu Perpecahan - Ahmad Zahid

4

Kolum 1 bulan yang lalu

Mampukah Zahid Bergelar Perdana Menteri? 

Sorotan

1

PRN Johor: 2.7 Juta Layak Mengundi, Lebih 40,000 Petugas Pilihan Raya Dilantik

2

Pemandu 4WD Positif Dadah Ditahan, Dikesan Pandu Secara Mengundur Di Lebuh Raya

3

Gempa Bumi Selatan Filipina: Angka Korban Meningkat 37, Ribuan Gempa Susulan Menanti Penyelamat

4

Kerjasama Dengan BERSATU Tamat Demi Perpaduan Dan Kestabilan Politik - PAS

5

Lelaki Guna Pembesar Suara Cetus Kebimbangan, Dakwa Kononnya COVID-19 Kembali Menular

6

Kanak-Kanak Perempuan Maut, Abang Kritikal Jatuh Dari Pangsapuri

Disyorkan untuk anda

Semasa 5 jam yang lalu

Istiadat Pemasyhuran Yang Dipertuan Besar Negeri Sembilan Ke-12 Tidak Sah - Pengelola Bijaya Diraja

Politik 12 jam yang lalu

PRN Johor: 2.7 Juta Layak Mengundi, Lebih 40,000 Petugas Pilihan Raya Dilantik

Politik 5 jam yang lalu

PRN Negeri Sembilan: BN Bertanding Secara Solo - Ahmad Zahid

oleh Sophia Ahmad

Politik 14 jam yang lalu

Kerjasama Dengan BERSATU Tamat Demi Perpaduan Dan Kestabilan Politik - PAS

oleh Sophia Ahmad