web statsweb stats

Berita Terkini

5 bulan yang lalu: Najib Razak dijatuhkan hukuman penjara 15 tahun dan denda RM11.4 bilion untuk kesemua 25 pertuduhan 6 bulan yang lalu: Ketua UMNO Sabah, Datuk Seri Bung Mokhtar Radin disahkan meninggal dunia 7 bulan yang lalu: Ismanira Abdul Manaf, ibu kepada kanak-kanak autistik, Zayn Rayyan didapati bersalah atas tuduhan pengabaian anak hari ini 7 bulan yang lalu: PRN Sabah: Penamaan calon ialah pada 15 November manakala mengundi awal pada 25 November - SPR 8 bulan yang lalu: Semua kapal yang menyertai misi FFCxTMTGM telah dipintas tentera Israel dalam lingkungan 120 batu nautika dari Gaza - MyCARE

IKUTI KAMI


PH Nilai Semula Keputusan Tidak Bubar DUN

Politik Dikemaskini 3 tahun yang lalu · Diterbitkan pada 12 Oct 2022 8:45PM

Pakatan Harapan sedang mengkaji keputusannya sebelum ini untuk tidak membubarkan DUN di negeri yang ditadbirnya, berikutan permintaan yang dibuat oleh Pulau Pinang. - Gambar fail

Kongsi Artikel Ini

Langgani saluran Telegram kami untuk berita terkini dan paparan gaya hidup pelengkap hari anda.

KUALA LUMPUR - Pakatan Harapan (PH) sedang meneliti keputusannya sebelum ini untuk tidak membubarkan Dewan Undangan Negeri (DUN) gabungan itu, susulan kerajaan Pulau Pinang meminta ia dibubarkan.

Menurut Pengarah Komunikasi PH, Fahmi Fadzil, perkara itu dibincangkan pada mesyuarat Majlis Presiden PH hari ini, walaupun pengumuman rasmi hanya dijangka dibuat dalam tempoh beberapa hari.

“Kami membincangkan perkara itu dan pada masa ini, terdapat beberapa isu khusus sedang dikaji semula.

“Insya-Allah dalam masa terdekat ini, pimpinan PH akan membuat pengumuman…Ada permintaan daripada rakan-rakan kita dari Pulau Pinang. Oleh itu, isu berkenaan dibincangkan,” katanya kepada media di sini, hari ini.

Fahmi Fadzil - Gambar fail
Fahmi Fadzil - Gambar fail

Ditanya sama ada sebarang keputusan hanya akan membabitkan Pulau Pinang, Fahmi berkata, PH akan mengumumkan pendirian kolektif parti itu secepat mungkin dan berharap, ia boleh dilakukan dalam masa 24 atau 48 jam akan datang.

Diminta memberikan penjelasan lanjut, Fahmi mengulangi bahawa pengumuman rasmi mengenai perkara terbabit akan dibuat tidak lama lagi, tetapi tidak memperincikan sama ada kajian semula itu adalah sebahagian daripada strategi pilihan raya yang lebih besar.

Terdahulu, Majlis Presiden PH mengumumkan bahawa negeri di bawah pentadbirannya tidak akan membubarkan DUN, selaras dengan pembubaran Parlimen pada Isnin lalu bagi memberi laluan untuk Pilihan Raya Umum Ke-15 (PRU-15) diadakan dalam tempoh 60 hari.

Gabungan itu membantah pilihan raya semasa musim banjir dan menegaskan bahawa tumpuan seharusnya diberikan kepada kepentingan rakyat.

Bagaimanapun, kerajaan Pulau Pinang memiliki pendirian berbeza sama ada mahu menjalankan pilihan raya secara berasingan daripada pusat atau sebaliknya, dengan Pengerusi DAP negeri itu, Chow Kon Yeow merujuk perkara terbabit kepada Majlis Presiden PH.

Sementara itu, Selangor dan Negeri Sembilan mengesahkan bahawa negeri berkenaan tidak akan mengadakan pilihan raya serentak dengan PRU-15, walaupun mesyuarat hari ini mungkin mengubahnya.

Mengenai penyertaan Ikatan Demokratik Malaysia (MUDA) ke dalam PH, Fahmi berkata, perkara itu turut dibincangkan dalam mesyuarat tiga jam berkenaan dan terdapat kemajuan positif.

“Majlis Presiden PH sudah menerima laporan mengenai perkara ini. Kemajuan adalah positif, tetapi kita perlu menunggu pengumuman lanjut mengenai langkah seterusnya. Ia kelihatan positif,” katanya.

Pada Isnin lalu, The Vibes yang memetik sumber sebagai berkata, PH akan menyertai PRU-15 bersama MUDA, memandangkan strategi itu dilihat lebih praktikal dan realistik.

Cadangan awal untuk menerima MUDA sebagai parti komponen rasmi gabungan itu, didakwa ditangguhkan kerana waktu yang terlalu singkat menjelang PRU-15.

Selain itu, Fahmi berkata, mesyuarat hari ini juga memutuskan untuk menangguhkan Konvensyen PH yang dijadualkan pada 29 Oktober hingga 20 Oktober, iaitu hari sama Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) mengumumkan tarikh pilihan raya.

Jelasnya, program itu akan berlangsung di Perak walaupun butiran terperinci hanya akan dimaklumkan kemudian. – The Vibes, 12 Oktober 2022

Sorotan

1

PRN Johor: 2.7 Juta Layak Mengundi, Lebih 40,000 Petugas Pilihan Raya Dilantik

2

Pemandu 4WD Positif Dadah Ditahan, Dikesan Pandu Secara Mengundur Di Lebuh Raya

3

Gempa Bumi Selatan Filipina: Angka Korban Meningkat 37, Ribuan Gempa Susulan Menanti Penyelamat

4

Kerjasama Dengan BERSATU Tamat Demi Perpaduan Dan Kestabilan Politik - PAS

5

Lelaki Guna Pembesar Suara Cetus Kebimbangan, Dakwa Kononnya COVID-19 Kembali Menular

6

Kanak-Kanak Perempuan Maut, Abang Kritikal Jatuh Dari Pangsapuri

Disyorkan untuk anda

Semasa 1 hari yang lalu

PM Puji Keberkesanan Kementerian Komunikasi Perjelas Pelaksanaan BUDI95

Semasa 1 hari yang lalu

Kerajaan Tolak Desakan Beremosi, Tangani Isu Pelarian Dengan Berhemah - Saifuddin

oleh Sophia Ahmad

Semasa 1 hari yang lalu

Lakukan Serangan Seksual Terhadap 6 Pelajar, Guru Muzik Mengaku Tak Bersalah

oleh Sophia Ahmad

Luar Negara 12 jam yang lalu

Gempa Bumi Selatan Filipina: Angka Korban Meningkat 37, Ribuan Gempa Susulan Menanti Penyelamat

oleh Wartawan Getaran