web statsweb stats

Berita Terkini

5 bulan yang lalu: Najib Razak dijatuhkan hukuman penjara 15 tahun dan denda RM11.4 bilion untuk kesemua 25 pertuduhan 6 bulan yang lalu: Ketua UMNO Sabah, Datuk Seri Bung Mokhtar Radin disahkan meninggal dunia 7 bulan yang lalu: Ismanira Abdul Manaf, ibu kepada kanak-kanak autistik, Zayn Rayyan didapati bersalah atas tuduhan pengabaian anak hari ini 7 bulan yang lalu: PRN Sabah: Penamaan calon ialah pada 15 November manakala mengundi awal pada 25 November - SPR 8 bulan yang lalu: Semua kapal yang menyertai misi FFCxTMTGM telah dipintas tentera Israel dalam lingkungan 120 batu nautika dari Gaza - MyCARE

IKUTI KAMI


Biar Awal Jangan Akhir November, SPR Ada Cukup Masa

Politik Dikemaskini 3 tahun yang lalu · Diterbitkan pada 11 Oct 2022 6:06PM

PRU-15 perlu disegerakan bagi mengelak musim banjir yang diramal berlaku pertengahan bulan depan. - Gambar Alif Omar

Kongsi Artikel Ini

Langgani saluran Telegram kami untuk berita terkini dan paparan gaya hidup pelengkap hari anda.

CYBERJAYA - Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) disaran mengadakan Pilihan Raya Umum ke-15 (PRU-15) dalam tempoh sebulan dari sekarang iaitu antara 11 atau 12 November depan.

Mantan Pengerusi SPR, Tan Sri Ab Rashid Ab Rahman berkata, ia perlu disegerakan bagi mengelak musim banjir yang diramal berlaku pertengahan bulan depan.

“Saya harap (pilihan raya diadakan) dalam masa sebulan. Saya takut ramalan kaji cuaca berlaku. Kalau awal November mungkin hujan renyai-renyai saja.

“Mengikut dululah, banjir akan berlaku pada akhir November. Jadi jangan sampai akhir November, biar awal November, habis,” katanya.

Beliau berkata demikian pada Bengkel Memahami Perjalanan Pilihan Raya Di Malaysia: Peranan Media Dalam Mewujudkan Lanskap Yang Efektif di Pusat Latihan Malaysian Press Institute (MPI) di sini, hari ini.

Katanya, tempoh itu sudah mencukupi bagi SPR untuk membuat segala persiapan yang diperlukan.

“Sekarang baru 11 Oktober, oklah panggil mesyuarat… sebulan. Kemudian anda ada masa. Jadi saya harap disegerakanlah. 

“Tak payahlah kempen. Orang tahu dah parti mana loyar buruk, parti mana loyar tak buruk, parti mana boleh harap. Kita dah dengar macam-macam cerita dah,” katanya, sinis.

Dalam pada itu, beliau turut menyokong tindakan Perdana Menteri, Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob mengumumkan pembubaran Parlimen, semalam kerana kerajaan terdahulu tidak sah dari segi Perlembagaan. 

Katanya, kerajaan terdahulu pimpinan Barisan Nasional (BN) dan Perikatan Nasional (PN) adalah sebuah kerajaan yang dicuri (stolen government).

“Bagi saya baguslah (pembubaran) kerana kerajaan terdahulu adalah kerajaan yang dicuri.

“Jadi biarlah mandat dikembalikan kepada rakyat untuk memilih kerajaan baharu lebih stabil dan mampu membawa pembaharuan kepada negara,” katanya.

Terdahulu, Perdana Menteri dalam Perutusan Khasnya mengumumkan pembubaran Parlimen Penggal ke-14 bagi memberi laluan kepada PRU-15.

Semalam media melaporkan barisan Kabinet di bawah kepemimpinan Ismail Sabri masih lagi berfungsi, walaupun Parlimen secara rasminya dibubarkan mulai semalam.

Ketua Setiausaha Negara, Tan Sri Mohd Zuki Ali, berkata Kabinet kini berfungsi sebagai kerajaan 'caretaker' atau kerajaan sementara dengan mesyuarat Kabinet masih boleh dijalankan seperti biasa.

Pun begitu, beliau berkata, Kabinet tidak boleh membuat sebarang keputusan dasar, walaupun masih boleh menasihati Yang di-Pertuan Agong dalam soal pentadbiran negara.

Semalam, SPR turut memaklumkan akan membincang dan menentukan tarikh penting PRU-15 susulan Proklamasi Pembubaran Parlimen Ke-14 oleh Perdana Menteri, petang hari yang sama.

Setiausaha SPR, Datuk Ikmalrudin Ishak, berkata, perkara itu akan dibincangkan melalui mesyuarat khas yang akan diadakan. - Getaran, 11 Oktober 2022

Berita Berkaitan

1

Politik 10 jam yang lalu

PRN Johor: 2.7 Juta Layak Mengundi, Lebih 40,000 Petugas Pilihan Raya Dilantik

2

Politik 2 tahun yang lalu

SPR Perlu Timbang Wujudkan Tapisan Kelayakan Akademik Calon - Aktivis

3

Politik 2 tahun yang lalu

Mesyuarat Khas PRK Kuala Kubu Baharu 4 April Depan - SPR

4

Semasa 2 tahun yang lalu

Daftar Pemilih Tambahan Januari 2024 Dibuka Untuk Semakan - SPR

Sorotan

1

PRN Johor: 2.7 Juta Layak Mengundi, Lebih 40,000 Petugas Pilihan Raya Dilantik

2

Pemandu 4WD Positif Dadah Ditahan, Dikesan Pandu Secara Mengundur Di Lebuh Raya

3

Gempa Bumi Selatan Filipina: Angka Korban Meningkat 37, Ribuan Gempa Susulan Menanti Penyelamat

4

Kerjasama Dengan BERSATU Tamat Demi Perpaduan Dan Kestabilan Politik - PAS

5

Lelaki Guna Pembesar Suara Cetus Kebimbangan, Dakwa Kononnya COVID-19 Kembali Menular

6

Kanak-Kanak Perempuan Maut, Abang Kritikal Jatuh Dari Pangsapuri

Disyorkan untuk anda

Semasa 1 hari yang lalu

Kerajaan Tolak Desakan Beremosi, Tangani Isu Pelarian Dengan Berhemah - Saifuddin

oleh Sophia Ahmad

Semasa 3 jam yang lalu

Tengkorak Manusia Ditemui Dalam Jaring Nelayan Di Perairan Johor

oleh Sophia Ahmad

Semasa 1 hari yang lalu

Dikurung Dalam Stor Beberapa Minggu, Polis Selamatkan Kanak-Kanak Mangsa Dera Ibu Angkat

oleh Sophia Ahmad

Semasa 1 hari yang lalu

Warga SPRM Wajib Isytihar Harta Dalam Tempoh Sebulan - KP SPRM