web statsweb stats

Berita Terkini

5 bulan yang lalu: Najib Razak dijatuhkan hukuman penjara 15 tahun dan denda RM11.4 bilion untuk kesemua 25 pertuduhan 6 bulan yang lalu: Ketua UMNO Sabah, Datuk Seri Bung Mokhtar Radin disahkan meninggal dunia 7 bulan yang lalu: Ismanira Abdul Manaf, ibu kepada kanak-kanak autistik, Zayn Rayyan didapati bersalah atas tuduhan pengabaian anak hari ini 7 bulan yang lalu: PRN Sabah: Penamaan calon ialah pada 15 November manakala mengundi awal pada 25 November - SPR 8 bulan yang lalu: Semua kapal yang menyertai misi FFCxTMTGM telah dipintas tentera Israel dalam lingkungan 120 batu nautika dari Gaza - MyCARE

IKUTI KAMI


Keputusan MUDA Sertai PH: 'Tanya PH' - Syed Saddiq

Politik Dikemaskini 3 tahun yang lalu · Diterbitkan pada 08 Oct 2022 6:03PM

Syed Saddiq Syed Abdul Rahman - Gambar oleh Syeda Imran

Kongsi Artikel Ini

Langgani saluran Telegram kami untuk berita terkini dan paparan gaya hidup pelengkap hari anda.

KUALA LUMPUR - Presiden Parti Ikatan Demokratik (MUDA), Syed Saddiq Syed Abdul Rahman mengelak daripada menjawab soalan berhubung penyertaan parti itu dalam Pakatan Harapan (PH) dengan menegaskan, hanya pemimpin tertinggi gabungan terbabit layak mengulas mengenainya. 

“Saya rasa soalan itu lebih baik untuk diajukan kepada Pakatan (PH).

“Saya rasa semua pihak sudah maklum mengenai pertemuan dan permohonan kami (bersama PH). Jadi, sebaiknya tanya kepada mereka,” katanya pada sidang media semasa Perhimpunan MUDA di Bangsar South di sini, hari ini.  

Syed Saddiq menyampaikan ucapan pada Perhimpunan MUDA di Bangsar South, hari ini.
Syed Saddiq menyampaikan ucapan pada Perhimpunan MUDA di Bangsar South, hari ini.

Beliau juga memberi isyarat bahawa sama ada hasrat parti ditubuhkan dua tahun lalu itu diterima atau ditolak, MUDA akan tetap bertanding pada Pilihan Raya Umum Ke-15 (PRU-15). 

Menjawab sama ada MUDA akan bertanding secara solo pada PRU-15, Syed Saddiq berkata, parti itu sangat fokus untuk bertanding pada pilihan raya terbabit sebagai pasukan yang mempunyai prinsip ideologi sama.

“Kami terima jika UMNO mahu terus mengheret jutaan rakyat Malaysia ke tempat mengundi (semasa banjir) demi kerakusan politik mereka, kami akan lawan mereka. 

“Kami akan pastikan ego UMNO akan ditundukkan kuasa rakyat,” katanya merujuk kepada desakan parti itu supaya Parlimen dibubarkan dan PRU-15 diadakan tahun ini.

Syed Saddiq yang juga Ahli Parlimen Muar dan satu-satunya Ahli Parlimen daripada MUDA berkata, partinya akan memberi tumpuan kepada bantuan banjir jika PRU-15 diadakan tahun ini pada musim tengkujuh.

Menurut beliau, perkara itu tidak bermakna parti terbabit tidak akan mengambil bahagian pada pilihan raya. 

Sementara itu, ditanya mengenai kewujudan media sosial MUDA yang aktif, tetapi masih kurang menarik akar umbi, beliau berkata, parti itu mensasarkan untuk menumpukan lebih banyak asas dan kempen di kawasan luar bandar. 

“MUDA sudah membuat pendirian bahawa kami mahu fokus kepada kehidupan rakyat dahulu dan kemudian baru PRU-15. 

“Dengan itu, persediaan kami adalah untuk menangani banjir besar, di mana kami sedang dalam proses memuktamadkan audit yang akan dikeluarkan minggu depan, bagi menunjukkan bahawa terdapat akauntabiliti dan ketelusan lengkap.

“Pada masa sama, kami sedang melatih pemimpin kami di peringkat Parlimen untuk bersiap sedia menghadapi banjir, malah melancarkan skuad bantuan banjir dalam masa terdekat.

 “Sebab mengapa kami memberi tumpuan kepada perkara ini ialah PRU-15 adalah mengenai kuasa, tetapi banjir adalah mengenai nyawa, jadi itu harus menjadi tumpuan kami,” katanya.

Pada bulan lalu, Syed Saddiq mengumumkan hasrat MUDA untuk menyertai PH.

Justeru, satu jawatankuasa khas dibentuk gabungan itu untuk mengkaji permohonan MUDA yang sudah selesai melaksanakan kajian, tetapi masih belum ada pengumuman rasmi mengenai status parti itu bersama PH. 

Sebarang keputusan memasukkan parti baharu ke dalam PH perlu diputuskan secara konsensus antara tiga parti komponen, iaitu PKR, DAP dan Parti Amanah Negara (AMANAH). 

PKR dilaporkan mengemukakan bantahan paling kuat untuk MUDA menyertai PH, berpunca daripada pertembungan di kerusi Larkin pada Pilihan Raya Negeri (PRN), Mac lalu. 

Manakala, satu memorandum dilapor ditandatangani ketua pemuda PKR negeri untuk menolak kemasukan MUDA ke dalam gabungan itu atas pelbagai alasan, termasuk dakwaan ia ‘tidak akan memberi nilai tambah’ kepada PH. – The Vibes, 8 Oktober 2022

Sorotan

1

PRN Johor: 2.7 Juta Layak Mengundi, Lebih 40,000 Petugas Pilihan Raya Dilantik

2

Pemandu 4WD Positif Dadah Ditahan, Dikesan Pandu Secara Mengundur Di Lebuh Raya

3

Gempa Bumi Selatan Filipina: Angka Korban Meningkat 37, Ribuan Gempa Susulan Menanti Penyelamat

4

Kerjasama Dengan BERSATU Tamat Demi Perpaduan Dan Kestabilan Politik - PAS

5

Lelaki Guna Pembesar Suara Cetus Kebimbangan, Dakwa Kononnya COVID-19 Kembali Menular

6

Kanak-Kanak Perempuan Maut, Abang Kritikal Jatuh Dari Pangsapuri

Disyorkan untuk anda

Semasa 1 hari yang lalu

Kanak-Kanak Perempuan Maut, Abang Kritikal Jatuh Dari Pangsapuri

oleh Wartawan Getaran

Politik 11 jam yang lalu

Kerjasama Dengan BERSATU Tamat Demi Perpaduan Dan Kestabilan Politik - PAS

oleh Sophia Ahmad

Semasa 1 hari yang lalu

Kerajaan Tolak Desakan Beremosi, Tangani Isu Pelarian Dengan Berhemah - Saifuddin

oleh Sophia Ahmad

Semasa 2 jam yang lalu

Tengkorak Manusia Ditemui Dalam Jaring Nelayan Di Perairan Johor

oleh Sophia Ahmad