web statsweb stats

Berita Terkini

5 bulan yang lalu: Najib Razak dijatuhkan hukuman penjara 15 tahun dan denda RM11.4 bilion untuk kesemua 25 pertuduhan 6 bulan yang lalu: Ketua UMNO Sabah, Datuk Seri Bung Mokhtar Radin disahkan meninggal dunia 7 bulan yang lalu: Ismanira Abdul Manaf, ibu kepada kanak-kanak autistik, Zayn Rayyan didapati bersalah atas tuduhan pengabaian anak hari ini 7 bulan yang lalu: PRN Sabah: Penamaan calon ialah pada 15 November manakala mengundi awal pada 25 November - SPR 8 bulan yang lalu: Semua kapal yang menyertai misi FFCxTMTGM telah dipintas tentera Israel dalam lingkungan 120 batu nautika dari Gaza - MyCARE

IKUTI KAMI


Rais Hussin Keluar BERSATU

Politik Dikemaskini 3 tahun yang lalu · Diterbitkan pada 07 Oct 2022 1:00PM

Pengasas Bersama Parti BERSATU, Dr Rais Hussin mengumumkan keluar parti, berkuat kuasa hari ini. - Gambar Bernama

Kongsi Artikel Ini

Langgani saluran Telegram kami untuk berita terkini dan paparan gaya hidup pelengkap hari anda.

KUALA LUMPUR – Pengasas Bersama Parti Pribumi Bersatu Malaysia (BERSATU), Datuk Dr Rais Hussin Mohamed Ariff mengumumkan keluar daripada parti itu, berkuat kuasa hari ini.

Rais berkata, surat perletakan jawatannya sudah dihantar semalam dan mengakui beliau menjadi ahli parti yang tidak aktif sejak 2020, susulan prosedur jantung dan banyak menumpukan kepada badan pemikir bebas, EMIR Research.

“Walaupun bukan lagi ahli BERSATU, saya akan terus giat meneruskan perjuangan saya untuk Malaysia yang lebih baik berdasarkan lima prinsip teras, iaitu reformasi, keadilan, keterangkuman, progresif dan wasatiyyah (pendekatan seimbang secara adil).

“Inilah yang mendorong saya untuk bersama-sama mengasaskan BERSATU ketika itu walaupun tugas-tugas besar yang mendatang pada masa itu.

“Ia merupakan perjalanan penuh dengan pendidikan dan pengalaman dari 2015 serta banyak belajar daripada pelayaran politik ini, baik dan buruk, yang pasti akan membantu membimbing serta membentuk saya, bergerak ke hadapan. Mungkin lebih bijak sedikit,” katanya.

Sebelum ini, Rais memegang jawatan Pengerusi Perbadanan Ekonomi Digital Malaysia (MDEC) sebelum meletakkan jawatannya pada tahun lalu.

Mengulas lanjut, Rais mengakui bahawa beliau lantang, berterus-terang dan ‘brutal’ sejak 2015 dalam memberikan pandangan yang bertentangan, namun ia demi parti dan perjuangan ketika itu.

Melangkah ke hadapan, tambah beliau, walaupun manhaj mungkin berbeza, tetapi maqasid adalah sama berdasarkan lima prinsip teras berkenaan untuk Malaysia yang lebih baik.

“Saya merakamkan penghargaan kepada semua ahli parti yang bekerja dengan saya selama bertahun-tahun, terutamanya tahun-tahun awal apabila kita bersama-sama menyelamatkan Malaysia daripada golongan kleptokrat.

“Perlu merakamkan penghargaan saya kepada pengerusi parti ketika itu, Tun Dr Mahathir Mohamed, yang pada suatu masa dahulu mengamanahkan banyak tanggungjawab utama membina parti dan gabungan PH sebelum Pilihan Raya Umum Ke-14 (PRU-14),” katanya.

Menurutnya, pengalaman berkenaan seolah-olah satu bentuk ‘Ijazah Doktor Falsafah’ dalam politik baginya dan beliau berharap suatu hari nanti dapat mendokumentasikannya dalam sebuah buku.

“Sememangnya, Tan Sri Muhyiddin Yassin, Presiden BERSATU dalam banyak perkara, lebih memahami saya berbanding yang lain dalam parti, dengan semangat dan dorongan saya,” katanya. - Getaran, 7 Oktober 2022

Berita Berkaitan

1

Politik 1 bulan yang lalu

Dipecat Daripada BERSATU, 2 ADUN Kedah Masih Kekal Dalam Jawatan - Sanusi

2

Semasa 1 bulan yang lalu

BERSATU Terima 4 Keping Cek, Setiap 1 Bernilai RM200,000 - Saksi

3

Politik 1 tahun yang lalu

‘Kerajaan Sentiasa Terbuka Untuk Bincang Pinda Akta Lompat Parti’ - PM

4

Politik 1 tahun yang lalu

6 Bekas Ahli Parlimen BERSATU Jadi Wakil Rakyat Bebas

Sorotan

1

PRN Johor: 2.7 Juta Layak Mengundi, Lebih 40,000 Petugas Pilihan Raya Dilantik

2

Pemandu 4WD Positif Dadah Ditahan, Dikesan Pandu Secara Mengundur Di Lebuh Raya

3

Gempa Bumi Selatan Filipina: Angka Korban Meningkat 37, Ribuan Gempa Susulan Menanti Penyelamat

4

Kerjasama Dengan BERSATU Tamat Demi Perpaduan Dan Kestabilan Politik - PAS

5

Lelaki Guna Pembesar Suara Cetus Kebimbangan, Dakwa Kononnya COVID-19 Kembali Menular

6

Kanak-Kanak Perempuan Maut, Abang Kritikal Jatuh Dari Pangsapuri

Disyorkan untuk anda

Semasa 1 hari yang lalu

Kanak-Kanak Perempuan Maut, Abang Kritikal Jatuh Dari Pangsapuri

oleh Wartawan Getaran

Politik 9 jam yang lalu

PRN Johor: 2.7 Juta Layak Mengundi, Lebih 40,000 Petugas Pilihan Raya Dilantik

Politik 2 jam yang lalu

PRN Negeri Sembilan: BN Bertanding Secara Solo - Ahmad Zahid

oleh Sophia Ahmad

Luar Negara 10 jam yang lalu

Gempa Bumi Selatan Filipina: Angka Korban Meningkat 37, Ribuan Gempa Susulan Menanti Penyelamat

oleh Wartawan Getaran