Berita Terkini

1 hari yang lalu: Hafizul Hawari yang disyaki terbabit dalam kejadian tembak di KLIA Terminal 1 pada 14 April lalu, mengaku tidak bersalah di Mahkamah Sesyen Kota Bharu pagi tadi terhadap 7 pertuduhan 2 hari yang lalu: 10 anggota dan pegawai TLDM dikhuatiri maut selepas dua pesawat bertembung pada sesi Latihan Lintas Hormat Sambutan Hari Ulang Tahun TLDM Ke-90, di Pangkalan TLDM Lumut 1 minggu yang lalu: Bekas Timbalan Ketua Menteri Sabah yang juga pengasas Parti Bersatu Rakyat Sabah (PBRS), Tan Sri Joseph Kurup meninggal dunia hari ini di IJN pada usia 79 tahun 1 minggu yang lalu: Keputusan Ujian Penilaian Kelas Al-Quran dan Fardu Ain (UPKK) 2023 diumumkan pada 18 April ini - JAKIM 2 minggu yang lalu: Umat Islam di Malaysia dan Singapura akan menyambut Aidilfitri esok.

IKUTI KAMI


Pemimpin Parti Politik Komited Capai Sasaran 30 Peratus Wanita Calon PRU-15

Politik Dikemaskini 1 tahun yang lalu ยท Diterbitkan pada 05 Oct 2022 9:00PM

Setiausaha Agung DAP, Anthony Loke Siew Fook, berkata parti itu akan meletakkan lebih ramai calon wanita bagi Pilihan Raya Umum ke-15 (PRU-15) melebihi PRU-14 sebelum ini - Gambar Fail

Kongsi Artikel Ini

Langgani saluran Telegram kami untuk berita terkini dan paparan gaya hidup pelengkap hari anda.

KUALA LUMPUR - Pemimpin pelbagai parti politik hari ini senada untuk terus memberikan komitmen mencapai sasaran 30 peratus wanita sebagai calon dalam pilihan raya sekali gus menambah bilangan golongan itu dalam badan legislatif di negara ini.

Setiausaha Agung DAP, Anthony Loke Siew Fook, berkata parti itu akan meletakkan lebih ramai calon wanita bagi Pilihan Raya Umum ke-15 (PRU-15) melebihi PRU-14 sebelum ini.

"Saya yang akan tandatangan watikah calon PRU-15, saya jamin jika perlu memilih calon wanita dan lelaki yang mempunyai kriteria sama, saya akan memilih wanita,” katanya ketika menjadi ahli panel pada Forum Kepimpinan Wanita Dalam Politik: Memacu Realiti Peningkatan Perwakilan Wanita Dalam PRU-15 dan Badan Legislatif.

 Forum rentas parti yang julung kali diadakan itu adalah anjuran Majlis Kebangsaan Pertubuhan-Pertubuhan Wanita Malaysia (NCWO) dan dirasmikan oleh Menteri Pembangunan Wanita, Keluarga dan Masyarakat, yang juga Ketua Srikandi Bersatu, Datuk Seri Rina Harun.

Sementara itu, Naib Ketua Srikandi Bersatu, Datuk Mas Ermieyati Samsudin, yang juga ahli panel pada forum itu, berkata Bersatu kebelakangan ini semakin terbuka dalam memberi ruang kepada wanita sebagai calon pilihan raya.

“Bersatu sendiri, 60 peratus terdiri daripada Srikandi manakala 40 peratus sayap utama dan Armada. Begitu ramainya wanita, kita akan perjuangkan supaya pucuk pimpinan memberi ruang kepada lebih ramai calon wanita bertanding pada PRU-15 ini,” katanya.

Sementara itu ahli panel, Setiausaha Agung Barisan Nasional (BN), Datuk Seri Zambry Abdul Kadir, pula berkata BN mendahului usaha memperkasakan wanita malahan dalam politik mahupun pembuat keputusan.

"Bahkan kalau kita lihat hari ini, YB (Yang Berhormat) Rina dan Mas sendiri lahir daripada UMNO, kita serius dalam memperkasakan wanita, mungkin satu hari nanti, kita boleh gubal Akta 30 peratus wanita dalam Parlimen,” katanya.

Dalam pada itu, Setiausaha Agung PAS, Datuk Takiyuddin Hassan, berkata apa sahaja pindaan perlembagaan dalam parti berkenaan tidak akan meminggirkan golongan wanita.

"Kita ada terima cadangan, untuk menambahkan jawatan naib presiden dan sekiranya keahlian bertambah, saya jamin jika ada pindaan, naib presiden keempat parti akan disandang oleh seorang wanita,” katanya.

Untuk rekod, sejak 65 tahun kemerdekaan negara, jumlah kepimpinan wanita dalam badan legislatif negara tidak pernah melebihi 15 peratus iaitu 14.86 peratus di Dewan Rakyat, 11.42 peratus di Dewan Negara dan 11.57 peratus di Dewan Undangan Negeri (DUN). - Bernama

Sorotan

1

Norjuma Didakwa Cederakan 3 Individu, Berbuat Khianat

2

Pengebumian Joanna Diiringi Tangisan Anaknya

3

Tragedi Helikopter TLDM : Jasad Mendiang Joanna Felicia Dikebumikan Di Serian Pagi Ini

4

PRK DUN KKB : Aspek Ekonomi Antara Fokus Kerajaan Perpaduan Sepanjang Kempen

5

Lebih 14,000 Aduan Diterima Menerusi Aplikasi MYJalan Setakat Ini - Ahmad Maslan

6

Pang Sock Tao Calon Kerajaan Perpaduan Bagi PRK Kuala Kubu Baharu

Disyorkan untuk anda

Pendidikan 11 jam yang lalu

KPT Salur Bantuan Pendidikan, Pengecualian Yuran IPT Anak Mangsa Nahas Helikopter

Politik 1 hari yang lalu

642 Pegawai, Anggota Polis Selangor Bertugas Pastikan Kelancaran PRK Kuala Kubu Baharu

Luar Negara 1 hari yang lalu

Jamaica Secara Rasmi Iktiraf Palestin Sebagai Sebuah Negara

Semasa 1 hari yang lalu

Prestasi Malaysia Dalam Laporan Amnesty International Buruk