web statsweb stats

Berita Terkini

5 bulan yang lalu: Najib Razak dijatuhkan hukuman penjara 15 tahun dan denda RM11.4 bilion untuk kesemua 25 pertuduhan 6 bulan yang lalu: Ketua UMNO Sabah, Datuk Seri Bung Mokhtar Radin disahkan meninggal dunia 7 bulan yang lalu: Ismanira Abdul Manaf, ibu kepada kanak-kanak autistik, Zayn Rayyan didapati bersalah atas tuduhan pengabaian anak hari ini 7 bulan yang lalu: PRN Sabah: Penamaan calon ialah pada 15 November manakala mengundi awal pada 25 November - SPR 8 bulan yang lalu: Semua kapal yang menyertai misi FFCxTMTGM telah dipintas tentera Israel dalam lingkungan 120 batu nautika dari Gaza - MyCARE

IKUTI KAMI


Parlimen Rembau: Saya Bincang Secara Tertutup, Kata Khairy

Politik Dikemaskini 3 tahun yang lalu · Diterbitkan pada 11 Sep 2022 9:21PM

Khairy Jamaluddin - Gambar Fail Bernama

Kongsi Artikel Ini

Langgani saluran Telegram kami untuk berita terkini dan paparan gaya hidup pelengkap hari anda.

KUALA LUMPUR - Ahli Parlimen Rembau Khairy Jamaluddin berkata beliau akan adakan perbincangan bersama Timbalan Presiden UMNO Datuk Seri Mohamad Hasan secara tertutup mengenai siapa yang akan bertanding kerusi itu pada Pilihan Raya Umum Ke-15  (PRU-15).

Mohamad semalam dilaporkan berkata yang beliau memang mahu bertanding kerusi parlimen pada PRU-15, tetapi masih belum buat keputusan kerusi mana yang akan ditandingi.

Beliau berkata sebagai Timbalan Presiden UMNO, memang ia bergantung kepadanya mengenai kerusi mana yang beliau akan bertanding, tetapi beliau tidak pernah bercakap untuk bertanding di kerusi mana, dan perkara itu bukanlah menjadi keutamaannya.

Mohamad yang lebih dikenali sebagai Tok Mat menambah, apa yang menjadi keutamaan parti pada masa ini ialah persediaan dan memperkuatkan jentera di seluruh bahagian sebelum membuat keputusan mengenai pengagihan kerusi dan calon.

Khairy sebelum ini dilaporkan sebagai berkata beliau telah diminta untuk mengosongkan kerusi itu oleh Mohamad yang mahu bertanding di kerusinya itu.

“Saya telah katakan apa yang saya mahu cakapkan. Saya tidak akan bincangkan perkara ini secara terbuka lagi,” katanya.

Khairy berkata demikian di Majlis Pelancaran Panduan Amalan Klinikal (CPG) Pengurusan Demensia (Edisi Ketiga) dan Pengurusan Schizophrenia (Edisi Kedua) di sebuah hotel di sini hari ini.

Beliau berkata apa yang beliau katakan sebelum ini adalah yang sebenarnya tetapi merasakan biarlah perkara itu diselesaikan secara tertutup. - Bernama

Sorotan

1

PRN Johor: 2.7 Juta Layak Mengundi, Lebih 40,000 Petugas Pilihan Raya Dilantik

2

Pemandu 4WD Positif Dadah Ditahan, Dikesan Pandu Secara Mengundur Di Lebuh Raya

3

Gempa Bumi Selatan Filipina: Angka Korban Meningkat 37, Ribuan Gempa Susulan Menanti Penyelamat

4

Kerjasama Dengan BERSATU Tamat Demi Perpaduan Dan Kestabilan Politik - PAS

5

Lelaki Guna Pembesar Suara Cetus Kebimbangan, Dakwa Kononnya COVID-19 Kembali Menular

6

Kanak-Kanak Perempuan Maut, Abang Kritikal Jatuh Dari Pangsapuri

Disyorkan untuk anda

Semasa 1 hari yang lalu

PM Puji Keberkesanan Kementerian Komunikasi Perjelas Pelaksanaan BUDI95

Semasa 1 hari yang lalu

Kanak-Kanak Perempuan Maut, Abang Kritikal Jatuh Dari Pangsapuri

oleh Wartawan Getaran

Luar Negara 1 hari yang lalu

Gempa Bumi 8.2 Landa Mindanao, Pihak Berkuasa Keluarkan Amaran Tsunami

oleh Wartawan Getaran

Semasa 5 jam yang lalu

Tengkorak Manusia Ditemui Dalam Jaring Nelayan Di Perairan Johor

oleh Sophia Ahmad