web statsweb stats

Berita Terkini

5 bulan yang lalu: Najib Razak dijatuhkan hukuman penjara 15 tahun dan denda RM11.4 bilion untuk kesemua 25 pertuduhan 6 bulan yang lalu: Ketua UMNO Sabah, Datuk Seri Bung Mokhtar Radin disahkan meninggal dunia 7 bulan yang lalu: Ismanira Abdul Manaf, ibu kepada kanak-kanak autistik, Zayn Rayyan didapati bersalah atas tuduhan pengabaian anak hari ini 7 bulan yang lalu: PRN Sabah: Penamaan calon ialah pada 15 November manakala mengundi awal pada 25 November - SPR 8 bulan yang lalu: Semua kapal yang menyertai misi FFCxTMTGM telah dipintas tentera Israel dalam lingkungan 120 batu nautika dari Gaza - MyCARE

IKUTI KAMI


PH Bincang Penyertaan MUDA Dalam Masa Terdekat, 'Kami Akan Usahakan'

Politik Dikemaskini 3 tahun yang lalu · Diterbitkan pada 10 Sep 2022 9:05AM

Anwar Ibrahim - Gambar oleh Azim Abd Rahman

Kongsi Artikel Ini

Langgani saluran Telegram kami untuk berita terkini dan paparan gaya hidup pelengkap hari anda.

PETALING JAYA - Pakatan Harapan (PH) akan membincangkan perkara berkaitan penyertaan Parti Ikatan Demokratik Malaysia (MUDA) dalam gabungan itu secepat mungkin.

Pengerusi PH, Datuk Seri Anwar Ibrahim berkata, beliau tidak menafikan kemungkinan kerjasama sedemikian tetapi perkara itu masih belum dibincangkan oleh pemimpin PH.

“Kami masih belum membincangkan perkara ini tetapi kami akan usahakan dalam masa terdekat,” katanya kepada pemberita selepas berucap pada majlis Pentas Angkatan Muda di Taman Medan di sini.

Anwar Ibrahim pada majlis Pentas Angkatan Muda di Taman Medan, malam tadi.
Anwar Ibrahim pada majlis Pentas Angkatan Muda di Taman Medan, malam tadi.

Pada Selasa, MUDA mengumumkan hasratnya untuk menyertai PH sambil menolak sebarang kerjasama dengan Gerakan Tanah Air (GTA) yang ditubuhkan mantan Perdana Menteri, Tun Dr Mahathir Mohamad.

“Perbincangan tidak rasmi telah dijalankan dengan Ketua Pembangkang Datuk Seri Anwar Ibrahim, Timbalan Presiden PKR Rafizi Ramli, (Setiausaha Agung DAP) Anthony Loke serta Presiden Parti Amanah Negara (AMANAH) Mohamad Sabu,” kata Presiden MUDA, Syed Saddiq Syed Abdul Rahman pada sidang media, Selasa lalu.

Tambahnya, perbincangan tidak rasmi mengenai kerjasama dengan PH itu berlangsung sebaik saja tamatnya Pilihan Raya Negeri (PRN) Johor pada Mac lalu.

MUDA dilaporkan menyasarkan untuk bertanding tidak lebih daripada 15 kerusi Parlimen pada Pilihan Raya Umum Ke-15 (PRU-15) akan datang termasuklah mempertahankan kerusi Parlimen Muar yang kini disandang Syed Saddiq.

Bagaimanapun pada Rabu, Pengarah Komunikasi PKR Fahmi Fadzil berkata, gabungan tersebut masih belum menerima permohonan daripada MUDA untuk menyertai PH, dan perkara itu tidak pernah dibincangkan dalam mesyuarat Majlis Presiden gabungan itu.

Sementara itu, Anwar berkata, rundingan kerusi untuk PRU-15 akan dilakukan tidak lama lagi.

“Kami akan memutuskannya secepat mungkin. Semuanya berlaku terlalu pantas,” katanya. - The Vibes, 10 September 2022

Sorotan

1

Lelaki Guna Pembesar Suara Cetus Kebimbangan, Dakwa Kononnya COVID-19 Kembali Menular

2

Kanak-Kanak Perempuan Maut, Abang Kritikal Jatuh Dari Pangsapuri

3

PM Puji Keberkesanan Kementerian Komunikasi Perjelas Pelaksanaan BUDI95

4

Gempa Bumi 8.2 Landa Mindanao, Pihak Berkuasa Keluarkan Amaran Tsunami

5

Dikurung Dalam Stor Beberapa Minggu, Polis Selamatkan Kanak-Kanak Mangsa Dera Ibu Angkat

6

Sebuah Kerajaan Bukan Hadiah Untuk Dirampas

Disyorkan untuk anda

Semasa 1 hari yang lalu

Kerajaan Tolak Desakan Beremosi, Tangani Isu Pelarian Dengan Berhemah - Saifuddin

oleh Sophia Ahmad

Semasa 1 hari yang lalu

Dikurung Dalam Stor Beberapa Minggu, Polis Selamatkan Kanak-Kanak Mangsa Dera Ibu Angkat

oleh Sophia Ahmad

Semasa 1 hari yang lalu

Warga SPRM Wajib Isytihar Harta Dalam Tempoh Sebulan - KP SPRM

Politik 7 jam yang lalu

Kerjasama Dengan BERSATU Tamat Demi Perpaduan Dan Kestabilan Politik - PAS

oleh Sophia Ahmad