Berita Terkini

5 hari yang lalu: Hafizul Hawari yang disyaki terbabit dalam kejadian tembak di KLIA Terminal 1 pada 14 April lalu, mengaku tidak bersalah di Mahkamah Sesyen Kota Bharu pagi tadi terhadap 7 pertuduhan 6 hari yang lalu: 10 anggota dan pegawai TLDM dikhuatiri maut selepas dua pesawat bertembung pada sesi Latihan Lintas Hormat Sambutan Hari Ulang Tahun TLDM Ke-90, di Pangkalan TLDM Lumut 1 minggu yang lalu: Bekas Timbalan Ketua Menteri Sabah yang juga pengasas Parti Bersatu Rakyat Sabah (PBRS), Tan Sri Joseph Kurup meninggal dunia hari ini di IJN pada usia 79 tahun 2 minggu yang lalu: Keputusan Ujian Penilaian Kelas Al-Quran dan Fardu Ain (UPKK) 2023 diumumkan pada 18 April ini - JAKIM 2 minggu yang lalu: Umat Islam di Malaysia dan Singapura akan menyambut Aidilfitri esok.

IKUTI KAMI


PRU-15: MUDA Mampu Pikat Hati Pengundi Baharu Jika Sertai PH

Politik Dikemaskini 1 tahun yang lalu · Diterbitkan pada 08 Sep 2022 9:08AM

MUDA menyasarkan untuk bertanding di 15 kerusi Parlimen pada PRU-15. - Gambar oleh Azim Abd Rahman

Kongsi Artikel Ini

Langgani saluran Telegram kami untuk berita terkini dan paparan gaya hidup pelengkap hari anda.

KUALA LUMPUR - Meskipun dianggap sebagai pendatang baharu dalam pentas politik negara, penyertaan parti Ikatan Demokratik Malaysia (MUDA) bersama Pakatan Harapan (PH) diyakini mampu menarik lebih ramai pengundi untuk menyokong gabungan itu pada Pilihan Raya Umum Ke-15 (PRU-15).

Parti pimpinan Ahli Parlimen Muar, Syed Saddiq Syed Abdul Rahman itu juga dianggap boleh memberi saingan kepada lawan politik dan memikat hati pengundi muda yang jumlahnya bukan sedikit.

Mengakui perkara itu, penganalisis politik dari Universiti Teknologi MARA (UiTM) Cawangan Pahang Kampus Raub, Dr Jazimin Zakaria berkata, ia terbukti menerusi kemenangan MUDA di Dewan Undangan Negeri (DUN) Puteri Wangsa pada Pilihan Raya Negeri (PRN) Johor, Mac lalu.

Dr Jazimin Zakaria
Dr Jazimin Zakaria

Jazimin berkata, kematangan berpolitik dan persepsi positif dalam kalangan masyarakat mampu diwujudkan, sekiranya PH memberi ruang kepada parti baharu yang majoritinya terdiri daripada anak muda untuk bertanding pada PRU-15.

“Ada kelebihan (jika MUDA sertai PH), mampu beri ancaman kepada BN walaupun gabungan itu, khususnya UMNO mempunyai kepimpinan muda, namun ia tidak jelas seperti PH, sehingga BN itu dibayangi muka lama atau pemimpin senior dalam politik. Kalau ada muka baharu pun sedikit, tidak seperti PH.

“MUDA mampu menjadi magnet bagi menarik Undi18 mahupun pengundi baharu sebab parti itu dan PH menggunakan media sosial dengan maksimum dalam mengetengahkan isu semasa, tidak seperti orang muda dalam BN yang sedikit ‘handicap’ (kecacatan) dengan apa yang berlaku sekarang,” katanya ketika dihubungi Getaran.

Mengulas strategi MUDA ingin bertanding di 15 kerusi Parlimen, Jazimin selaku Penolong Rektor UiTM Cawangan Pahang, Kampus Raub menegaskan ia percubaan ‘berani mati’ bagi parti junior yang baharu pertama kali menyertai Pilihan Raya Umum (PRU).

“Cuma politik sekarang ini kita tak berapa jelas Undi18 atau adakah pengundi baharu ini sedar tanggungjawab politik sebab masa PRN Johor tempoh hari, peratusan mereka keluar amat rendah yang memberi kesan besar (keputusan) pada pilihan raya itu.

“MUDA adalah berani tapi saya boleh katakan 50-50 walaupun (parti) baharu dengan kerusi dipertaruhkan, ia memberi sedikit kelebihan pada sesetengah kawasan,” katanya.

Terdahulu, MUDA berhasrat menyertai PH sebagai antara parti komponen dalam gabungan itu bagi menghadapi PRU-15.

Syed Saddiq Syed Abdul Rahman
Syed Saddiq Syed Abdul Rahman

Syed Saddiq yang juga presiden parti itu berkata, MUDA juga terbuka mengadakan perbincangan secara rasmi dengan Majlis Presiden PH berhubung hal itu, malah cadangan menyertai gabungan berkenaan sebenarnya sudah bermula sebaik selesai PRN Johor.

Pada masa sama, Syed Saddiq berkata, MUDA menyasarkan untuk bertanding di 15 kerusi Parlimen pada PRU-15.

Dr Jamaie Hamil
Dr Jamaie Hamil

Dalam pada itu, penganalisis politik dari Universiti Kebangsaan Malaysia (UKM), Dr Jamaie Hamil berkata, sekiranya MUDA menyertai gabungan itu, ia tidak boleh mempertikaikan keputusan kepimpinan tertinggi PH jika permintaan untuk bertanding di kerusi Parlimen tertentu yang dimahukan, ditolak.

Jelasnya, terdapat keperluan untuk MUDA bertanding di kawasan PH yang tewas pada PRU-14 sebagai cabaran dan pembuktian bahawa parti itu kuat serta sentiasa bersama gabungan berkenaan, walau apa berlaku terhadap politik negara.

“Mereka boleh dapat tujuh atau lapan kerusi (menang) pada PRU akan datang sekiranya ikut cadangan daripada kepimpinan PH, namun mungkin penyertaan MUDA akan mencetuskan ‘perbalahan’ dalam mesyuarat pengagihan kerusi. Parti itu kena sedar mereka adalah junior.

“Saya rasa MUDA kena pertimbangkan sebab dalam mana-mana pilihan raya, pengagihan kerusi adalah masalah utama. Kita tak mahu nanti dah gabung dan menang, tiba-tiba keluar PH jadi BEBAS serta masuk parti kerajaan,” katanya.

Mengulas lanjut, Jamaie menegaskan, penyertaan MUDA adalah langkah terbaik dan bonus kepada PH dalam membentuk kekuatan terhadap gabungan tersebut.

“MUDA tak boleh pergi jauh sekiranya bergerak solo dan memerlukan rakan-rakan (parti) yang sudah lama dalam politik, selain menjadi perkembangan menarik politik menjelang PRU-15 sebab sebelum ini, orang kata pembangkang tidak bersatu.

“Jadi, bila MUDA sertai PH, ia adalah ancaman serius kepada UMNO dan BN pada PRU-15 yang memungkinkan parti pimpinan Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi itu, kehilangan pengundi muda. Ini mungkin MUDA tidak akan nampak sekiranya ia bergerak sendiri,” katanya. - Getaran, 8 September 2022.

Sorotan

1

Letupan Bom Sungai Golok: PDRM Tingkat Kawalan Keselamatan Sempadan Malaysia – Thailand

2

Piala Thomas: Malaysia Benam Algeria 5-0 Untuk Tempah Slot Suku Akhir

3

Akta Keselamatan Kesihatan Pekerja (Pindaan) 2022 Berkuat Kuasa 1 Jun

4

Pakar Ekonomi Sabut Baik Penubuhan Akaun Ketiga KWSP

5

Kempen PRK KKB: Semua Pihak Diingatkan Tidak Sentuh Isu 3R - Fahmi

6

Genting Malaysia Nafi Babit Bincang Mengenai Kasino Di Forest City

Disyorkan untuk anda

Semasa 11 jam yang lalu

Bekas Pemain Ragbi Kedah Maut Selepas Rebah Pada Perlawanan Pertunjukan Dengan MB Kedah

oleh Rafisqi Radhi

Semasa 9 jam yang lalu

Letupan Bom Sungai Golok: PDRM Tingkat Kawalan Keselamatan Sempadan Malaysia – Thailand

Semasa 1 hari yang lalu

SPRM Siasat Pemimpin Kanan Disyaki Lantik Syarikat Berkepentingan

Luar Negara 1 hari yang lalu

Pihak Berkuasa Jerman Rampas 4 Bugatti Dikaitkan Dengan Kes 1MDB

oleh Wartawan Getaran