web statsweb stats

Berita Terkini

5 bulan yang lalu: Najib Razak dijatuhkan hukuman penjara 15 tahun dan denda RM11.4 bilion untuk kesemua 25 pertuduhan 6 bulan yang lalu: Ketua UMNO Sabah, Datuk Seri Bung Mokhtar Radin disahkan meninggal dunia 7 bulan yang lalu: Ismanira Abdul Manaf, ibu kepada kanak-kanak autistik, Zayn Rayyan didapati bersalah atas tuduhan pengabaian anak hari ini 7 bulan yang lalu: PRN Sabah: Penamaan calon ialah pada 15 November manakala mengundi awal pada 25 November - SPR 8 bulan yang lalu: Semua kapal yang menyertai misi FFCxTMTGM telah dipintas tentera Israel dalam lingkungan 120 batu nautika dari Gaza - MyCARE

IKUTI KAMI


PH Tidak Bincang Kerjasama Dengan MUDA - Anwar

Politik Dikemaskini 3 tahun yang lalu · Diterbitkan pada 05 Sep 2022 8:34PM

Anwar ketika berucap pada Majlis Simposium Perubahan IKLIM 2022 di Bangunan Parlimen hari ini. - Gambar Bernama

Kongsi Artikel Ini

Langgani saluran Telegram kami untuk berita terkini dan paparan gaya hidup pelengkap hari anda.

KUALA LUMPUR - Pakatan Harapan (PH) masih belum membincangkan perkara berkaitan kerjasama dengan Parti Ikatan Demokratik Malaysia (MUDA), kata Pengerusi PH,Datuk Seri Anwar Ibrahim.

Anwar, yang juga Presiden PKR dan ketua Pembangkang, berkata perkara itu tidak berbangkit untuk dibincangkan dalam Majlis Presiden PH.

“PH belum membincangkan hal ini (kerjasama dengan Muda), perkara ini tidak berbangkit, soal kerjasama dan perbincangan tiada masalah, baik dalam kalangan pembangkang. Tetapi untuk penyertaan (Muda) dalam PH belum dibincangkan Majlis Presiden PH,” katanya.

Beliau berkata demikian kepada pemberita ketika ditemui pada Simposium Perubahan Iklim 2022 anjuran Pejabat Ketua Pembangkang dengan kerjasama Pejabat Yang Dipertua Dewan Rakyat dan Parlimen di Bangunan Parlimen, hari ini.

Sementara itu, MUDA bersedia untuk berkerjasama dengan PH pada Pilihan Raya Umum ke-15 (PRU15) akan datang, kata presidennya, Syed Saddiq Syed Abdul Rahman.

Beliau berkata demikian ketika ditemui Bernama di luar dewan yang menjadi lokasi Bengkel Tertutup MUDA sempena Persidangan Pilihan Raya MUDA, esok.

Syed Saddiq berkata pada persidangan esok, MUDA akan melantik dan mengumumkan Pengarah Pilihan Raya dan Jawatankuasa Pilihan Raya sebagai persiapan PRU15 selain mahu lebih banyak wanita untuk berada di barisan hadapan dalam proses penentuan calon menggerakkan jentera pilihan raya. - Bernama

Sorotan

1

Lelaki Guna Pembesar Suara Cetus Kebimbangan, Dakwa Kononnya COVID-19 Kembali Menular

2

Kanak-Kanak Perempuan Maut, Abang Kritikal Jatuh Dari Pangsapuri

3

PM Puji Keberkesanan Kementerian Komunikasi Perjelas Pelaksanaan BUDI95

4

Gempa Bumi 8.2 Landa Mindanao, Pihak Berkuasa Keluarkan Amaran Tsunami

5

Dikurung Dalam Stor Beberapa Minggu, Polis Selamatkan Kanak-Kanak Mangsa Dera Ibu Angkat

6

Sebuah Kerajaan Bukan Hadiah Untuk Dirampas

Disyorkan untuk anda

Semasa 1 hari yang lalu

Warga SPRM Wajib Isytihar Harta Dalam Tempoh Sebulan - KP SPRM

Semasa 23 jam yang lalu

Lakukan Serangan Seksual Terhadap 6 Pelajar, Guru Muzik Mengaku Tak Bersalah

oleh Sophia Ahmad

Luar Negara 1 hari yang lalu

Gempa Bumi 8.2 Landa Mindanao, Pihak Berkuasa Keluarkan Amaran Tsunami

oleh Wartawan Getaran

Semasa 1 hari yang lalu

Kanak-Kanak Perempuan Maut, Abang Kritikal Jatuh Dari Pangsapuri

oleh Wartawan Getaran