web statsweb stats

Berita Terkini

5 bulan yang lalu: Najib Razak dijatuhkan hukuman penjara 15 tahun dan denda RM11.4 bilion untuk kesemua 25 pertuduhan 6 bulan yang lalu: Ketua UMNO Sabah, Datuk Seri Bung Mokhtar Radin disahkan meninggal dunia 7 bulan yang lalu: Ismanira Abdul Manaf, ibu kepada kanak-kanak autistik, Zayn Rayyan didapati bersalah atas tuduhan pengabaian anak hari ini 7 bulan yang lalu: PRN Sabah: Penamaan calon ialah pada 15 November manakala mengundi awal pada 25 November - SPR 8 bulan yang lalu: Semua kapal yang menyertai misi FFCxTMTGM telah dipintas tentera Israel dalam lingkungan 120 batu nautika dari Gaza - MyCARE

IKUTI KAMI


PM Nafi Terima Tekanan Dari Pimpinan UMNO

Politik Dikemaskini 3 tahun yang lalu · Diterbitkan pada 30 Aug 2022 12:53PM

Ismail Sabri menyampaikan amanat pada majlis Amanat Perdana Perkhidmatan Awam Ke-18 (MAPPA XVIII) di Pusat Konvensyen Antarabangsa Putrajaya (PICC) hari ini. - Gambar Bernama

Kongsi Artikel Ini

Langgani saluran Telegram kami untuk berita terkini dan paparan gaya hidup pelengkap hari anda.

PUTRAJAYA - “Tak ada apa, kadang-kadang orang luar lihat lain daripada apa sebenarnya berlaku di dalam,” kata Perdana Menteri, Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob.

Beliau berkata demikian sebagai menafikan bahawa dirinya menerima tekanan daripada segelintir pemimpin UMNO untuk tunduk kepada kehendak mereka.

“Perbincangan ketika mesyuarat tertutup parti baru-baru ini, berlangsung dalam suasana mesra tanpa sebarang isu berbangkit,” katanya kepada media selepas Majlis Amanat Perdana Perkhidmatan Awam Ke-18, di sini hari ini.

Ismail Sabri menegaskan, tiada isu di dalam UMNO seperti digembar-gembur, namun beliau tidak menafikan terdapat perbezaan pendapat.

“Tak ada apa-apa isu dalam UMNO. Perbezaan pendapat adalah perkara biasa namun itu diraikan,” katanya.

Sebelum ini, wujud desas-desus bahawa Ismail Sabri ditekan pimpinan parti, termasuk daripada Presiden UMNO, Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi untuk membubarkan Parlimen dalam masa terdekat.

Antara isu hangat diperkatakan adalah mantan Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Razak dipenjarakan berhubung penyelewengan dana RM42 milik SRC International Sdn Bhd pada 23 Ogos lalu. - Getaran, 30 Ogos 2022

Berita Berkaitan

1

Politik 2 bulan yang lalu

Selepas KJ, Hishammuddin Juga Mahu Kembali Bersama UMNO - Asyraf Wajdi

2

Politik 5 bulan yang lalu

‘Nantikan Keputusan Mahkamah Projek Terowong Dasar Laut’, Mat Hasan Sindir DAP 

3

Politik 1 tahun yang lalu

UMNO Muktamad Calon PRK Nenggiri Minggu Depan – Ahmad Zahid

4

Politik 2 tahun yang lalu

Zahid harap MCA Berubah Hati, Bantu Kempen PRK Kuala Kubu Bharu

Sorotan

1

Lelaki Guna Pembesar Suara Cetus Kebimbangan, Dakwa Kononnya COVID-19 Kembali Menular

2

Kanak-Kanak Perempuan Maut, Abang Kritikal Jatuh Dari Pangsapuri

3

PM Puji Keberkesanan Kementerian Komunikasi Perjelas Pelaksanaan BUDI95

4

Gempa Bumi 8.2 Landa Mindanao, Pihak Berkuasa Keluarkan Amaran Tsunami

5

Dikurung Dalam Stor Beberapa Minggu, Polis Selamatkan Kanak-Kanak Mangsa Dera Ibu Angkat

6

Sebuah Kerajaan Bukan Hadiah Untuk Dirampas

Disyorkan untuk anda

Luar Negara 1 hari yang lalu

Gempa Bumi 8.2 Landa Mindanao, Pihak Berkuasa Keluarkan Amaran Tsunami

oleh Wartawan Getaran

Semasa 1 hari yang lalu

Tersalah Tekan Pedal Minyak, Wanita 61 Tahun Pandu Posche Rempuh Lobi Hotel

oleh Sophia Ahmad

Semasa 22 jam yang lalu

Lakukan Serangan Seksual Terhadap 6 Pelajar, Guru Muzik Mengaku Tak Bersalah

oleh Sophia Ahmad

Semasa 1 hari yang lalu

Warga SPRM Wajib Isytihar Harta Dalam Tempoh Sebulan - KP SPRM