web statsweb stats

Berita Terkini

5 bulan yang lalu: Najib Razak dijatuhkan hukuman penjara 15 tahun dan denda RM11.4 bilion untuk kesemua 25 pertuduhan 6 bulan yang lalu: Ketua UMNO Sabah, Datuk Seri Bung Mokhtar Radin disahkan meninggal dunia 7 bulan yang lalu: Ismanira Abdul Manaf, ibu kepada kanak-kanak autistik, Zayn Rayyan didapati bersalah atas tuduhan pengabaian anak hari ini 7 bulan yang lalu: PRN Sabah: Penamaan calon ialah pada 15 November manakala mengundi awal pada 25 November - SPR 8 bulan yang lalu: Semua kapal yang menyertai misi FFCxTMTGM telah dipintas tentera Israel dalam lingkungan 120 batu nautika dari Gaza - MyCARE

IKUTI KAMI


UMNO Mahu Siap Siaga Hadapi PRU-15, Bukan 'Misi' Selamatkan Najib dan Ahmad Zahid

Politik Dikemaskini 3 tahun yang lalu · Diterbitkan pada 27 Aug 2022 7:03AM

Dr Jeniri Amir berkata tiada gunanya menyelamatkan barisan kepimpinan sekiranya UMNO terjerumus dalam permasalahan besar hingga membolehkan parti itu ‘bungkus’ pada PRU-15. - Gambar fail

Kongsi Artikel Ini

Langgani saluran Telegram kami untuk berita terkini dan paparan gaya hidup pelengkap hari anda.

KUALA LUMPUR - Tuduhan bahawa UMNO mendesak untuk mengadakan Pilihan Raya Umum Ke-15 (PRU-15) segera bagi menyelamatkan Presidennya, Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi serta mantan Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Razak adalah tidak berasas.

Felo Kanan Majlis Profesor Negara (MPN), Dr Jeniri Amir berkata, tuduhan terhadap Najib telah pun diputuskan di mahkamah berdasarkan bukti dan lunas undang-undang.

Menurut beliau, kenyataan terbabit hanya mahu mewujudkan persepsi negatif terhadap kepimpinan UMNO, khususnya Ahmad Zahid, sekali gus menjatuhkan imej parti itu menjelang PRU akan datang.

“Ia adalah tuduhan liar tidak berasas bagi meletakkan UMNO dalam keadaan tidak baik di mata rakyat, dan tidak ada asas kuat (untuk) kepimpinan tertinggi parti itu memaksa Perdana Menteri, Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob adakan PRU.

“UMNO bukan sangat nak menyelamatkan Najib ataupun Presidennya. Mana lagi penting, selamatkan pemimpinnya ataupun parti tersebut,” katanya ketika dihubungi Getaran, hari ini.

 Dr Jeniri Amir
Dr Jeniri Amir

Jeniri berkata, tiada gunanya menyelamatkan barisan kepimpinan sekiranya UMNO terjerumus dalam permasalahan besar hingga membolehkan parti itu ‘bungkus’ pada PRU-15.

“Itu hanya cubaan mewujudkan naratif politik bagi mempengaruhi persepsi dan sentimen rakyat, kerana sebenarnya tidak baik untuk UMNO kalau isu tersebut dimainkan, seolah-olah ia lebih mengutamakan dua tiga orang sahaja bukan parti dan rakyat secara keseluruhannya,” katanya.

Beliau menjangkakan, taklimat khas Presiden UMNO hari ini dilakukan bagi menyemarakkan semangat kepimpinan bawahan atau akar umbi parti, dalam merencanakan strategi untuk bersiap siaga menghadapi PRU akan datang.

Tegas Jeniri, terdapat keperluan untuk ahli parti terbabit bercakap benar berdasarkan realiti dan sentimen di bawah, sekiranya mahu menyelamatkan UMNO.

“Paling penting, bukan sahaja pandangan akar umbi atau Ketua Cawangan UMNO tetapi juga risikan dari institusi lain yang akhirnya saya percaya, Perdana Menteri mahu pastikan partinya serta Barisan Nasional (BN) menang, apatah lagi beliau dipilih sebagai ‘poster boy’ pada PRU-15.

“Parti professional boleh lakukan dengan cara lain kalau Perdana Menteri tak mahu mendengar, tetapi saya fikir akhirnya beliau perlu akur suara kepimpinan tertinggi iaitu Ahli Majlis Kerja Tertinggi (MKT) disebabkan kuasa disandang beliau ketika ini adalah kerana UMNO, bukan disebabkan keperibadian dirinya,” katanya.

Dr Hussain Yusri Zawawi
Dr Hussain Yusri Zawawi

Pendapat senada disuarakan Penganalisis Politik Universiti Sultan Zainal Abidin (UniSZA), Dr Hussain Yusri Zawawi yang berkata, komitmen Perdana Menteri bahawa tiada isu berkaitan Najib akan dibangkitan kerana tidak mahu mencampuri urusan badan kehakiman amat terpuji. 

“Ia dilihat lebih kepada perbincangan perancangan PRU-15, tak sentuh berkenaan isu kehakiman. Tekanan dalaman itu tidak dinafikan ada suara, namun saya berpegang pada prinsip Ismail Sabri yang neutral tidak mencampuri urusan mahkamah dan legislatif termasuk perundangan,” katanya.

Jelasnya, tindakan itu bukan sahaja memperkasakan kredibilitinya sebagai pemimpin berintegriti, malah membersihkan UMNO dari tohmahan parti itu kerap menyelamatkan ahlinya yang sedang didakwa di mahkamah.

Pada masa sama Hussain Yusri berkata, ia juga mewujudkan perspektif positif serta memuaskan hati pembangkang, selepas Najib akhirnya tumpas di tangan undang-undang setelah melakukan penyelewengan wang rakyat.

“Sekiranya Ismail Sabri memihak kepada Najib (melepaskannya), imej UMNO serta dirinya akan jatuh dan kotor kerana cuba mencampuri urusan parti sebagai Perdana Menteri, Itu akan menjerut beliau serta kelangsungan politiknya.

“Namun, Ismail Sabri walaupun ditekan macam mana sekali pun, dia berpegang pada prinsip bahawa urusan undang-undang harus diselesaikan di mahkamah. Prinsip menjunjung perlembagaan dan meletakkan perundangan adalah hukum tertinggi di Malaysia untuk menjernihkan semula maruah UMNO,” katanya. - Getaran, 27 Ogos 2022.

Sorotan

1

Lelaki Guna Pembesar Suara Cetus Kebimbangan, Dakwa Kononnya COVID-19 Kembali Menular

2

Kanak-Kanak Perempuan Maut, Abang Kritikal Jatuh Dari Pangsapuri

3

PM Puji Keberkesanan Kementerian Komunikasi Perjelas Pelaksanaan BUDI95

4

Gempa Bumi 8.2 Landa Mindanao, Pihak Berkuasa Keluarkan Amaran Tsunami

5

Dikurung Dalam Stor Beberapa Minggu, Polis Selamatkan Kanak-Kanak Mangsa Dera Ibu Angkat

6

Sebuah Kerajaan Bukan Hadiah Untuk Dirampas

Disyorkan untuk anda

Semasa 21 jam yang lalu

Lakukan Serangan Seksual Terhadap 6 Pelajar, Guru Muzik Mengaku Tak Bersalah

oleh Sophia Ahmad

Semasa 1 hari yang lalu

Tersalah Tekan Pedal Minyak, Wanita 61 Tahun Pandu Posche Rempuh Lobi Hotel

oleh Sophia Ahmad

Semasa 1 hari yang lalu

Padah Pasport Diconteng Anak, Wanita Terpaksa Tunda Penerbangan 

oleh Sophia Ahmad

Politik 5 jam yang lalu

Kerjasama Dengan BERSATU Tamat Demi Perpaduan Dan Kestabilan Politik - PAS

oleh Sophia Ahmad