web statsweb stats

Berita Terkini

5 bulan yang lalu: Najib Razak dijatuhkan hukuman penjara 15 tahun dan denda RM11.4 bilion untuk kesemua 25 pertuduhan 6 bulan yang lalu: Ketua UMNO Sabah, Datuk Seri Bung Mokhtar Radin disahkan meninggal dunia 7 bulan yang lalu: Ismanira Abdul Manaf, ibu kepada kanak-kanak autistik, Zayn Rayyan didapati bersalah atas tuduhan pengabaian anak hari ini 7 bulan yang lalu: PRN Sabah: Penamaan calon ialah pada 15 November manakala mengundi awal pada 25 November - SPR 8 bulan yang lalu: Semua kapal yang menyertai misi FFCxTMTGM telah dipintas tentera Israel dalam lingkungan 120 batu nautika dari Gaza - MyCARE

IKUTI KAMI


Skandal LCS Alat Politik PH, Nur Jazlan Jangan Buat Fitnah - Pengerusi PAC

Politik Dikemaskini 3 tahun yang lalu · Diterbitkan pada 20 Aug 2022 8:01PM

Dakwaan skandal projek kapal tempur pesisir (LCS) hanyalah modal politik PH menjelang Pilihan Raya Umum ke-15 (PRU-15) adalah fitnah semata-mata.- Gambar fail 

Kongsi Artikel Ini

Langgani saluran Telegram kami untuk berita terkini dan paparan gaya hidup pelengkap hari anda.

KUALA LUMPUR - Dakwaan bahawa skandal projek kapal tempur pesisir (LCS) hanyalah modal politik Pakatan Harapan (PH) menjelang Pilihan Raya Umum ke-15 (PRU-15) adalah fitnah semata-mata. 

Pengerusi Jawatankuasa Kira-Kira Wang Negara (PAC), Wong Kah Woh berkata, pihaknya amat kecewa dengan kenyataan dilemparkan oleh Timbalan Pengerusi Badan Perhubungan UMNO Johor, Datuk Nur Jazlan Mohamed itu.

Menurut beliau, Nur Jazlan sebagai mantan Pengerusi PAC seharusnya tahu jawatankuasa tersebut adalah badan bebas.

Serentak dengan itu, Kah Wou turut memberi amaran kepada pemimpin terbabit agar tidak mencabar krebiliti PAC.

"Seperti sesetengah politikus yang lain, Nur Jazlan menuduh PAC dipengerusikan saya dipergunakan bagi mencari modal politik baru untuk serang UMNO atau Barisan Nasional (BN).

"Bukan sekali saya telah menjawab tuduhan dan tohman sebegitu. Jangan cuba memburukkan kredibiliti PAC. Kamu nak cari jalan keluar politik, kreatif sikit, itu tidak kena mengena dengan PAC, jangan sentuh PAC. Bekas Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Razak pun telah banyak kali ungkitkan perkara sama, yang saya telah jawab pada tahun lepas dan tahun ini," katanya.

Terdahulu, Nur Jazlan menuduh kononnya isu tersebut menjadi modal politik PH menerusi Kah Woh yang juga Ahli Parlimen Ipoh Timur dari DAP.

Beliau berkata, PH seperti biasa selepas gagal mentadbir kerajaan dipimpin oleh Tun Dr Mahathir Mohamad, kembali kepada taktik lama mereka iaitu menghasut rakyat dengan melemparkan tuduhan tidak berasas kepada pemimpin BN. 

Dalam perkembangan berkaitan, Kah Woh mengulangi pendirian bahawa PAC tidak membuat laporan melalui perasaan sendiri kerana semua penelitian itu berpandukan kepada keterangan dan fakta. 

Menurut beliau, laporan PAC merupakan hasil konsensus kesemua ahlinya yang terdiri daripada parti kerajaan serta pembangkang demi memastikan wang rakyat sentiasa dilindungi.

"Nur Jazlan kata beliau seorang akauntan professional lulusan ACCA dan amat arif tentang tata cara dan prosedur dalam setiap pelaporan penemuan yang dibuat oleh PAC.

"Beliau kata saya tidak mempunyai pengalaman dalam pentadbiran kerajaan dan juga korporat atau pengauditan antarabangsa serta jawatankuasa yang dipimpin. Baginya, saya tidak mempunyai pengalaman sama selain hanya menjadi politikus.

Mungkin Nur Jazlan berasa beliau lebih arif daripada sesiapapun yang pernah duduk dalam PAC. Saya menghormati pandangan beliau," katanya. 

Kah Woh memberitahu, beliau sememangnya menghormati Nur Jazlan semasa menjadi Pengerusi PAC bermula dari 2013 hingga 2015 kerana bersifat vokal dalam pelbagai isu seperti 1Malaysia Development Berhad (1MDB).

Bagaimanapun, menurut beliau, semasa Prosiding PAC 1MDB masih berjalan, pemimpin itu pula menerima pelantikan sebagai Timbalan Menteri dan terus meletak jawatan Pengerusi PAC pada 28 Julai 2015.

“Nur Jazlan sepatutnya menggunakan kearifan beliau untuk membantu PAC pada ketika itu dan habiskan Laporan Muktamad PAC 1MDB dahulu. Tunjukkan (pada orang ramai) diri anda seseorang yang berbeza daripada lain!

“Lepas dilantik, diam seribu bahasa dan sekarang pula hendak tuduh dan jatuhkan kredibiliti PAC. Kepada mantan Pengerusi PAC yang amat arif, saya fikirkan anda boleh menjadi lebih baik!” katanya. 

Kah Woh turut menyeru masyarakat meluangkan sedikit masa melayari laman sesawang PAC Parlimen Malaysia berikutan terdapat Arkib Laporan-Laporan PAC sejak dulu lagi menerusi www.parlimen.gov.my/pac.

“Rakyat boleh membaca laporan PAC yang disediakan semasa Nur Jazlan menjadi Pengerusi PAC bermula Jun 2013 hingga Julai 2015 dan disediakan semasa saya yang tidak mempunyai pengalaman dalam pentadbiran kerajaan, sejak menjadi Pengerusi PAC dari Ogos 2020 hingga sekarang.

“Biar rakyat menilai kualiti laporan-laporan yang dibentangkan. Rakyat yang akan tentukan, bukan Nur Jazlan atau saya sendiri,” katanya. - Getaran, 20 Julai 2022.

 

?????? ????????? ??? ??? ?????? Saya membaca komen berunsur tuduhan Nur Jazlan Mohamed berkenaan dengan...

Posted by Wong Kah Woh on Thursday, August 18, 2022

Berita Berkaitan

1

Politik 3 jam yang lalu

PRN Johor: 2.7 Juta Layak Mengundi, Lebih 40,000 Petugas Pilihan Raya Dilantik

2

Politik 5 jam yang lalu

Kerjasama Dengan BERSATU Tamat Demi Perpaduan Dan Kestabilan Politik - PAS

3

Politik 2 hari yang lalu

‘PRN Johor Bukan Keutamaan Saya, Pemulihan Ekonomi Masih Fokus Kerajaan Persekutuan’ – Anwar

4

Politik 2 hari yang lalu

Saifuddin, Dr Zaliha Dilantik Naib Presiden PKR

Sorotan

1

Lelaki Guna Pembesar Suara Cetus Kebimbangan, Dakwa Kononnya COVID-19 Kembali Menular

2

Kanak-Kanak Perempuan Maut, Abang Kritikal Jatuh Dari Pangsapuri

3

PM Puji Keberkesanan Kementerian Komunikasi Perjelas Pelaksanaan BUDI95

4

Gempa Bumi 8.2 Landa Mindanao, Pihak Berkuasa Keluarkan Amaran Tsunami

5

Dikurung Dalam Stor Beberapa Minggu, Polis Selamatkan Kanak-Kanak Mangsa Dera Ibu Angkat

6

Sebuah Kerajaan Bukan Hadiah Untuk Dirampas

Disyorkan untuk anda

Luar Negara 1 hari yang lalu

Gempa Bumi 8.2 Landa Mindanao, Pihak Berkuasa Keluarkan Amaran Tsunami

oleh Wartawan Getaran

Semasa 1 hari yang lalu

Dikurung Dalam Stor Beberapa Minggu, Polis Selamatkan Kanak-Kanak Mangsa Dera Ibu Angkat

oleh Sophia Ahmad

Luar Negara 4 jam yang lalu

Gempa Bumi Selatan Filipina: Angka  Korban Meningkat 37, Ribuan Gempa Susulan Menanti Penyelamat

oleh Wartawan Getaran

Politik 3 jam yang lalu

PRN Johor: 2.7 Juta Layak Mengundi, Lebih 40,000 Petugas Pilihan Raya Dilantik