web statsweb stats

Berita Terkini

1 bulan yang lalu: PRN Negeri Sembilan: Hari pencalonan 18 Julai, undi awal 28 Julai dan hari mengundi 1 Ogos - SPR 1 bulan yang lalu: PRN Johor: Hari pencalonan 27 Jun, undi awal 7 Julai dan hari mengundi 11 Julai - SPR 6 bulan yang lalu: Najib Razak dijatuhkan hukuman penjara 15 tahun dan denda RM11.4 bilion untuk kesemua 25 pertuduhan 7 bulan yang lalu: Ketua UMNO Sabah, Datuk Seri Bung Mokhtar Radin disahkan meninggal dunia 8 bulan yang lalu: Ismanira Abdul Manaf, ibu kepada kanak-kanak autistik, Zayn Rayyan didapati bersalah atas tuduhan pengabaian anak hari ini

IKUTI KAMI


UMNO Takkan Bergerak Solo, Pasti Wujud Kerjasama Jika Mahu Dominasi Kerajaan

Politik Dikemaskini 3 tahun yang lalu · Diterbitkan pada 11 Aug 2022 5:44PM

Dr Raduan Che Rose (dua dari kiri) ketika menjadi Ahli Forum Bicara Nasional: Senario Politik Semasa di Malaysia anjuran Jabatan Pengajian Kenegaraan dan Ketamadunan, Fakulti Ekologi Manusia, UPM, di sini, hari ini. - Gambar oleh Azim Abd Rahman

Kongsi Artikel Ini

Langgani saluran Telegram kami untuk berita terkini dan paparan gaya hidup pelengkap hari anda.

SERDANG - UMNO dijangka membentuk kerjasama dengan pelbagai parti politik selepas gabungan itu diramalkan tidak mampu mendominasi kemenangan pada Pilihan Raya Umum Ke-15 (PRU15).

Presiden dan Ketua Eksekutif Majlis Profesor Negara (MPN), Profesor Datuk Dr Raduan Che Rose berkata, ramalan tersebut berdasarkan suasana politik negara ketika ini yang dilihat tidak mampu menjamin kemenangan dua pertiga mana-mana parti atau gabungan.

Menurut beliau, tindakan Presiden UMNO, Datuk Seri Ahmad Zahid Hamidi mengajak PAS beradu kekuatan terlebih dahulu pada PRU1 sekiranya ingin bercakap mengenai  kerjasama, hanyalah satu strategi demi meraih undi akar umbi.

Dr Raduan Che Rose - Gambar oleh Azim Abd Rahman
Dr Raduan Che Rose - Gambar oleh Azim Abd Rahman

“Sebagai contoh, sekiranya pakatan baharu diwujudkan dan perkiraannya melebihi keupayaan (Ahli Parlimen) BN, takkan nak berdiam diri sahaja. Sangat malang sekiranya tak mengambil inisiatif untuk mengimbangi kekuatan pihak lawan.

“Saya menjangkakan di saat akhir akan ada pakatan dilaksanakan walaupun bukan secara formal. Tetapi, ia hanya boleh dibuat melalui kerjasama serta prinsip menang-menang, berbanding bergaduh sehingga melepas ke pihak lain,” katanya.

Beliau berkata demikian ketika ditemui media selepas Program Bicara Nasional Senario Politik Semasa Di Malaysia di Universiti Putra Malaysia (UPM), di sini, hari ini.

Terdahulu, Ahmad Zahid berkata, sekiranya PAS masih mahu membentuk kerjasama dengan UMNO, ia boleh dilakukan selepas PRU15.

Ditanya sama ada UMNO atau BN kekal dengan pendirian untuk bergerak secara solo, Zahid berkata ia adalah keputusan rasmi walaupun beliau memberi bayangan akan mewujudkan kerjasama sekiranya BN mendominasi kerajaan.

Mengulas lanjut, Raduan tidak menolak rakyat akan disajikan dengan lebih banyak penyertaan calon bebas terdiri daripada golongan profesional pada PRU-15.

“Bagaimanapun hakikatnya di Malaysia, seorang calon itu perlu mendapat sokongan. Kalau (menggunakan) konsep itu, BN memiliki kelebihan kerana sudah ada satu struktur kemas untuk mobilize pengundi.

“Saya yakin BN atau UMNO perlu melakukan pertimbangan dengan memikirkan semula strategi selepas PRU-15 (laksana kerjasama). Kalau dibiarkan (peluang) akan terlepas dan mereka semestinya tidak mahu mengambil risiko itu,” katanya.

Dalam perkembangan berkaitan, beliau ketika ditanya mengenai keperluan untuk mengehadkan penyertaan ahli elit politik atau veteran berkata, kerajaan perlu meneliti perkara itu bagi memberi peluang kepada pemimpin muda ataupun muka baharu dalam barisan kepimpinan.

“Memang kita sudah nampak ada trend parti politik beri ruang pada pelapis muda dan orang baharu. Ini kita perlu raikan kerana elit politik ini sudah berada terlalu lama dan sudah tiba masanya beri peluang pada tokoh baharu.

“Mereka juga mahu berkhidmat untuk rakyat. Kalau perlu, kerajaan perlu kaji wujudkan peraturan untuk menghadkan penyertaan ahli politik. Sebagai contoh Ahli Parlimen mungkin dihadkan hanya kepada tiga penggal seperti diamalkan kebanyakan negara lain, termasuk bagi jawatan Perdana Menteri yang tak boleh melebihi dua penggal,” katanya. – Getaran, 11 Ogos 2022.

Sorotan

1

Pelajar, Bapa Dipukul Di Luar Sekolah, Beberapa Individu Ditahan

2

Laporan Akhir RCI TH Akan Didedah, Orang Ramai Berhak Tahu - PM

3

3 Wanita Didakwa Lakukan Aksi ‘Superman’ Di Jalan Pintasan Kuantan

4

Kanak-Kanak Perempuan Maut Digilis Lori Dipandu Datuk 

5

Belanjawan 2027 Mula Dirangka, PM Berdepan Cabaran Subsidi, Tekanan Fiskal & Kos Sara Hidup

6

PETROS Mula Pengeluaran Minyak Pertama, Hasilkan 800 Tong Sehari

Disyorkan untuk anda

Semasa 1 hari yang lalu

Taktik Makin Canggih, Sindiket Antarabangsa Eksploitasi Daftar Masuk Saat Akhir Untuk Keldai Dadah

oleh Sophia Ahmad

Semasa 1 hari yang lalu

Laporan Akhir RCI TH Akan Didedah, Orang Ramai Berhak Tahu - PM

oleh Sophia Ahmad

Semasa 5 jam yang lalu

Kebakaran Pasar Borong Selangor Dipadam Sepenuhnya, Operasi Beralih Kepada Fasa Baik Pulih

oleh Amirah Abu Bakar

Semasa 4 jam yang lalu

187 Jenis Ubat Berisiko Tinggi, Jumlah Stok Kurang 60 Hari - MOH

oleh Sophia Ahmad