web statsweb stats

Berita Terkini

5 bulan yang lalu: Najib Razak dijatuhkan hukuman penjara 15 tahun dan denda RM11.4 bilion untuk kesemua 25 pertuduhan 6 bulan yang lalu: Ketua UMNO Sabah, Datuk Seri Bung Mokhtar Radin disahkan meninggal dunia 7 bulan yang lalu: Ismanira Abdul Manaf, ibu kepada kanak-kanak autistik, Zayn Rayyan didapati bersalah atas tuduhan pengabaian anak hari ini 7 bulan yang lalu: PRN Sabah: Penamaan calon ialah pada 15 November manakala mengundi awal pada 25 November - SPR 8 bulan yang lalu: Semua kapal yang menyertai misi FFCxTMTGM telah dipintas tentera Israel dalam lingkungan 120 batu nautika dari Gaza - MyCARE

IKUTI KAMI


Kit Siang Nafi Muhyiddin Tak Mahu Jadi PM, Sanggah Kenyataan Art Harun

Politik Dikemaskini 3 tahun yang lalu · Diterbitkan pada 30 Jul 2022 3:33PM

Azhar Harun ketika pelancaran buku 'Muhyiddin Yassin: Leading a Nation in Unprecedented Crisis', menyifatkan Perdana Menteri kelapan itu sebagai 'reformis yang tidak diendahkan' - Gambar Bernama

Kongsi Artikel Ini

Langgani saluran Telegram kami untuk berita terkini dan paparan gaya hidup pelengkap hari anda.

KUALA LUMPUR - Dakwaan Speaker Dewan Rakyat, Tan Sri Azhar Harun bahawa Presiden BERSATU, Tan Sri Muhyiddin Yassin tidak pernah meminta untuk menjadi perdana menteri adalah tidak benar.

Veteran DAP, Lim Kit Siang berkata, Speaker Dewan Rakyat itu nyata telah melakukan kesilapan apabila menafikan Muhyiddin pernah berbuat demikian. 

“Azhar silap sama sekali apabila beliau mengatakan yang Muhyiddin tidak pernah meminta untuk menjadi perdana menteri.

“Saya tahu perkara ini kerana Muhyiddin telah meminta kepada saya untuk mendapatkan sokongan DAP bagi menjadi perdana menteri pada Julai 2016,” katanya hari ini.

Serentak dengan itu, beliau menolak kenyataan Azhar bahawa Muhyiddin tidak pernah mahukan jawatan perdana menteri, sama dengan dirinya ketika menyandang jawatan Pengerusi Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR).

Menurut Kit Siang, beliau menolak permintaan Muhyiddin kerana DAP komited dengan keputusan mereka untuk menyokong Ketua Pembangkang, Datuk Seri Anwar Ibrahim sebagai calon perdana menteri.

Dalam perkembangan lain, Ahli Parlimen Iskandar Puteri itu turut mempersoalkan ucapan Azhar ketika pelancaran buku “Muhyiddin Yassin: Leading a Nation in Unprecedented Crisis” oleh Abdul Mutalib Razak, apabila menyifatkan Perdana Menteri kelapan itu sebagai 'reformis yang tidak diendahkan'.

“Azhar berkata, ramai yang memilih untuk mengabaikan perkara itu, atas apa jua sebab yang mereka ada, sambil menambah bahawa Muyiddin tidak pernah meminta untuk menjadi perdana menteri.

“Jadi, saya ingin tanya Azhar, sama ada Muhyiddin adalah 'reformis tersembunyi yang tidak pernah menunjukkan dirinya', kerana beliau berkata pengerusi Perikatan Nasional (PN) itu akan lebih diingati atas kegagalannya,” soalnya.

Kegagalan Muhyiddin tegas Kit Siang, jelas terbukti menerusi pelaksanaan Langkah Sheraton, pengumuman darurat yang tidak sah dari segi perlembagaan selama enam bulan, mempunyai antara rekod terburuk dunia dalam mengendalikan wabak COVID-19, mempunyai Kabinet gergasi terbesar dengan 32 menteri, 38 timbalan menteri dan empat duta khas bertaraf menteri.

“Peningkatan mendadak kes dan kematian akibat COVID-19 sejak pengumuman darurat yang turut meggantung sidang Parlimen adalah keputusan salah.

“Ia adalah penyalah gunaan kuasa oleh golongan Eksekutif,” tegasnya. - Getaran, 30 Julai 2022

Sorotan

1

Lelaki Guna Pembesar Suara Cetus Kebimbangan, Dakwa Kononnya COVID-19 Kembali Menular

2

Kanak-Kanak Perempuan Maut, Abang Kritikal Jatuh Dari Pangsapuri

3

PM Puji Keberkesanan Kementerian Komunikasi Perjelas Pelaksanaan BUDI95

4

Gempa Bumi 8.2 Landa Mindanao, Pihak Berkuasa Keluarkan Amaran Tsunami

5

Dikurung Dalam Stor Beberapa Minggu, Polis Selamatkan Kanak-Kanak Mangsa Dera Ibu Angkat

6

Sebuah Kerajaan Bukan Hadiah Untuk Dirampas

Disyorkan untuk anda

Semasa 19 jam yang lalu

Lakukan Serangan Seksual Terhadap 6 Pelajar, Guru Muzik Mengaku Tak Bersalah

oleh Sophia Ahmad

Semasa 1 hari yang lalu

Dikurung Dalam Stor Beberapa Minggu, Polis Selamatkan Kanak-Kanak Mangsa Dera Ibu Angkat

oleh Sophia Ahmad

Semasa 1 hari yang lalu

Padah Pasport Diconteng Anak, Wanita Terpaksa Tunda Penerbangan 

oleh Sophia Ahmad

Luar Negara 2 jam yang lalu

Gempa Bumi Selatan Filipina: Angka  Korban Meningkat 37, Ribuan Gempa Susulan Menanti Penyelamat

oleh Wartawan Getaran