web statsweb stats

Berita Terkini

5 bulan yang lalu: Najib Razak dijatuhkan hukuman penjara 15 tahun dan denda RM11.4 bilion untuk kesemua 25 pertuduhan 6 bulan yang lalu: Ketua UMNO Sabah, Datuk Seri Bung Mokhtar Radin disahkan meninggal dunia 7 bulan yang lalu: Ismanira Abdul Manaf, ibu kepada kanak-kanak autistik, Zayn Rayyan didapati bersalah atas tuduhan pengabaian anak hari ini 7 bulan yang lalu: PRN Sabah: Penamaan calon ialah pada 15 November manakala mengundi awal pada 25 November - SPR 8 bulan yang lalu: Semua kapal yang menyertai misi FFCxTMTGM telah dipintas tentera Israel dalam lingkungan 120 batu nautika dari Gaza - MyCARE

IKUTI KAMI


PBM Benarkan Paul Yong Berehat Aktiviti Politik

Politik Dikemaskini 3 tahun yang lalu · Diterbitkan pada 29 Jul 2022 9:38PM

Kelmarin, Paul Yong dihukum penjara 13 tahun dan dua sebatan selepas didapati bersalah merogol pembantu rumahnya tiga tahun lalu - Gambar Fail Bernama

Kongsi Artikel Ini

Langgani saluran Telegram kami untuk berita terkini dan paparan gaya hidup pelengkap hari anda.

KUALA LUMPUR - Parti Bangsa Malaysia (PBM) bersetuju membenarkan Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Tronoh, Paul Yong Choo Kiong untuk berehat sepenuhnya daripada aktiviti mahupun pengurusan parti sehingga proses rayuannya di mahkamah selesai.

Ketua Penerangan PBM, Zakaria Abdul Hamid berkata, keputusan sebulat suara itu dicapai dalam mesyuarat Majlis Tertinggi PBM yang berlangsung, hari ini.

Susulan itu katanya, jawatan Bendahari Agung dan Pengerusi negeri Perak yang disandang Choo Kiong akan diganti dengan pelantikan baharu dalam masa terdekat.

“MT PBM telah bermesyuarat hari ini untuk membincangkan mengenai hal berkaitan pengurusan parti dan isu terkini berkaitan parti.

“Dalam mesyuarat itu, MT PBM sebulat suara bersetuju menerima permohonan beliau,” katanya hari ini.

Kelmarin, Choo Kiong dihukum penjara 13 tahun dan dua sebatan selepas didapati bersalah merogol pembantu rumahnya yang juga warga Indonesia, tiga tahun lalu.

Hakim Datuk Abdul Wahab Mohamed membuat keputusan itu selepas berpuas hati pihak pendakwaan berjaya membuktikan kes melampaui keraguan munasabah.

Choo Kiong, 51, berdepan hukuman penjara maksimum 20 tahun dan boleh dikenakan sebatan seperti diperuntukkan mengikut Seksyen 376(1) Kanun Keseksaan.

Dalam perkembangan berasingan, Zakaria turut memaklumkan PBM bersetuju mengadakan Persidangan Agung Tahunan Bahagian pada 30 Julai hingga 14 Ogos depan.

Katanya, Persidangan Agung Tahunan Negeri pula akan diadakan bermula 15 hingga 29 Ogos depan.

“Turut diadakan pada tarikh sama, persidangan bagi sayap wanita dan pemuda PBM bagi setiap bahagian dan negeri di seluruh negara.

“Tarikh Persidangan Agung Tahunan Pusat PBM pula akan ditentukan dalam mesyuarat akan datang dan dimaklumkan kepada umum nanti,” katanya. - Getaran, 29 Julai 2022

Sorotan

1

Lelaki Guna Pembesar Suara Cetus Kebimbangan, Dakwa Kononnya COVID-19 Kembali Menular

2

Kanak-Kanak Perempuan Maut, Abang Kritikal Jatuh Dari Pangsapuri

3

PM Puji Keberkesanan Kementerian Komunikasi Perjelas Pelaksanaan BUDI95

4

Gempa Bumi 8.2 Landa Mindanao, Pihak Berkuasa Keluarkan Amaran Tsunami

5

Dikurung Dalam Stor Beberapa Minggu, Polis Selamatkan Kanak-Kanak Mangsa Dera Ibu Angkat

6

Sebuah Kerajaan Bukan Hadiah Untuk Dirampas

Disyorkan untuk anda

Semasa 22 jam yang lalu

Kanak-Kanak Perempuan Maut, Abang Kritikal Jatuh Dari Pangsapuri

oleh Wartawan Getaran

Semasa 22 jam yang lalu

Warga SPRM Wajib Isytihar Harta Dalam Tempoh Sebulan - KP SPRM

Semasa 1 hari yang lalu

PM Puji Keberkesanan Kementerian Komunikasi Perjelas Pelaksanaan BUDI95

Semasa 19 jam yang lalu

Lakukan Serangan Seksual Terhadap 6 Pelajar, Guru Muzik Mengaku Tak Bersalah

oleh Sophia Ahmad