web statsweb stats

Berita Terkini

5 bulan yang lalu: Najib Razak dijatuhkan hukuman penjara 15 tahun dan denda RM11.4 bilion untuk kesemua 25 pertuduhan 6 bulan yang lalu: Ketua UMNO Sabah, Datuk Seri Bung Mokhtar Radin disahkan meninggal dunia 7 bulan yang lalu: Ismanira Abdul Manaf, ibu kepada kanak-kanak autistik, Zayn Rayyan didapati bersalah atas tuduhan pengabaian anak hari ini 7 bulan yang lalu: PRN Sabah: Penamaan calon ialah pada 15 November manakala mengundi awal pada 25 November - SPR 8 bulan yang lalu: Semua kapal yang menyertai misi FFCxTMTGM telah dipintas tentera Israel dalam lingkungan 120 batu nautika dari Gaza - MyCARE

IKUTI KAMI


Logo Baharu PN Bakal Diumum, Dijangka Terima Kecaman Tentera Siber Lawan 

Politik Dikemaskini 3 tahun yang lalu · Diterbitkan pada 24 Jul 2022 1:28PM

PN sedang meneliti logo baharu parti berkenaan dan dijangka diumumkan dalam masa terdekat. - Gambar oleh Alif Omar

Kongsi Artikel Ini

Langgani saluran Telegram kami untuk berita terkini dan paparan gaya hidup pelengkap hari anda.

KUALA LUMPUR - Perikatan Nasional (PN) dijangka memutus dan mengumumkan logo baharu yang akan digunakan parti itu pada Pilihan Raya Umum ke-15 (PRU-15) dalam masa terdekat. 

Ahli Jawatankuasa Biro Penerangan Parti Pribumi Bersatu Malaysia (BERSATU), Kamarudin Mohd Kasim @ Long Middin berkata, logo tersebut sedang diteliti sepenuhnya Setiausaha Agung PN, Datuk Seri Hamzah Zainudin. 

Menurut beliau, masalah dihadapi PN ketika ini adalah kekeliruan pengundi terhadap logo gabungan itu yang seakan-akan logo kembar Barisan Nasional (BN), sebagaimana dapat dilihat pada Pilihan Raya Negeri (PRN) di Melaka dan Johor. 

“Saya tertarik dengan pemakluman terkini Hamzah bahawa satu mesyuarat khas dalaman PN akan diadakan dalam waktu terdekat yang antara lain bagi membincangkan agenda meluluskan penggunaan logo PN baharu. 

“Saya percaya logo baharu nanti akan menyelesaikan isu berkaitan ‘salah faham’ serta ‘salah pilih dan salah pangkah’ dalam kalangan pengundi,” katanya menerusi kenyataan kepada Getaran hari ini. 

Bendera Perikatan Nasional
Bendera Perikatan Nasional

Terdahulu, Pengerusi PN, Tan Sri Muhyiddin Yassin dilaporkan berkata, gabungan terbabit akan memperkenalkan logo baharu untuk digunakan pada PRU-15. 

Katanya, ia susulan cadangan mengubah suai logo sedia ada yang dibuat pada Mesyuarat Majlis Tertinggi PN sebelum ini.

Jelasnya, usaha itu juga sebagai penambaikan, malah logo terbabit nanti turut disertakan simbol dan ia sudah dimaklumkan kepada Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR). 

Sementara itu, Kamarudin menegaskan, selepas logo PN baharu diumumkan, ia sudah pasti akan mendapat tentangan hebat daripada tentera siber UMNO dan BN.

Lantaran itu, beliau mengingatkan pemimpin serta akar umbi PN agar bersiap sedia menerima kritikan dan biarlah penghinaan itu memberi kelebihan kepada gabungan terbabit, malah menjadi promosi percuma kepada rakyat di seluruh negara.

“Saya awal-awal ingin ingatkan kepada penyokong PN bahawa cytro (tentera siber) UMNO-BN sedang stanby (bersedia) untuk kutuk dan hina logo PN baharu nanti.  Persetankan tindakan cytro UMNO, BN dan teruskan agenda dirancang. 

“Tugas penyokong PN perlu mempromosikan seluas mungkin logo parti yang baharu itu nanti selepas ia diumumkan supaya pengundi dapat mengenalinya. Teruskan momemtum ini, rakyat akan sepakat bersama,” katanya. - Getaran, 24 Julai 2022.

Sorotan

1

Lelaki Guna Pembesar Suara Cetus Kebimbangan, Dakwa Kononnya COVID-19 Kembali Menular

2

Kanak-Kanak Perempuan Maut, Abang Kritikal Jatuh Dari Pangsapuri

3

PM Puji Keberkesanan Kementerian Komunikasi Perjelas Pelaksanaan BUDI95

4

Gempa Bumi 8.2 Landa Mindanao, Pihak Berkuasa Keluarkan Amaran Tsunami

5

Dikurung Dalam Stor Beberapa Minggu, Polis Selamatkan Kanak-Kanak Mangsa Dera Ibu Angkat

6

Sebuah Kerajaan Bukan Hadiah Untuk Dirampas

Disyorkan untuk anda

Luar Negara 2 jam yang lalu

Gempa Bumi Selatan Filipina: Angka  Korban Meningkat 37, Ribuan Gempa Susulan Menanti Penyelamat

oleh Wartawan Getaran

Semasa 23 jam yang lalu

Kerajaan Tolak Desakan Beremosi, Tangani Isu Pelarian Dengan Berhemah - Saifuddin

oleh Sophia Ahmad

Luar Negara 1 hari yang lalu

Gempa Bumi 8.2 Landa Mindanao, Pihak Berkuasa Keluarkan Amaran Tsunami

oleh Wartawan Getaran

Semasa 1 hari yang lalu

Tersalah Tekan Pedal Minyak, Wanita 61 Tahun Pandu Posche Rempuh Lobi Hotel

oleh Sophia Ahmad