web statsweb stats

Berita Terkini

5 bulan yang lalu: Najib Razak dijatuhkan hukuman penjara 15 tahun dan denda RM11.4 bilion untuk kesemua 25 pertuduhan 6 bulan yang lalu: Ketua UMNO Sabah, Datuk Seri Bung Mokhtar Radin disahkan meninggal dunia 7 bulan yang lalu: Ismanira Abdul Manaf, ibu kepada kanak-kanak autistik, Zayn Rayyan didapati bersalah atas tuduhan pengabaian anak hari ini 7 bulan yang lalu: PRN Sabah: Penamaan calon ialah pada 15 November manakala mengundi awal pada 25 November - SPR 8 bulan yang lalu: Semua kapal yang menyertai misi FFCxTMTGM telah dipintas tentera Israel dalam lingkungan 120 batu nautika dari Gaza - MyCARE

IKUTI KAMI


Ketua Pemuda UMNO Selar Ketua ARMADA, 'Mungkin Wan Ahmad Fayhsal Lupa'

Politik Dikemaskini 3 tahun yang lalu · Diterbitkan pada 11 Jul 2022 3:27PM

Dr Asyraf Wajdi Dusuki (kiri) dan Wan Ahmad Fayhsal Wan Ahmad Kamal.

Kongsi Artikel Ini

Langgani saluran Telegram kami untuk berita terkini dan paparan gaya hidup pelengkap hari anda.

KUALA LUMPUR - Pertelingkahan antara UMNO dan Parti Pribumi Bersatu Malaysia (BERSATU) nampaknya kian memuncak apabila Ketua Pemuda UMNO, Datuk Dr Asyraf Wajdi Dusuki hari ini menyelar Ketua Angkatan Bersatu Anak Muda (ARMADA), Wan Ahmad Fayhsal Wan Ahmad Kamal.

Asyraf mengkritik kecaman Wan Ahmad Fayhsal sebelum ini bahawa segelintir pemimpin UMNO yang rakus untuk berkuasa sedang mencetuskan ketidakstabilan politik dalam kerajaan pimpinan Perdana Menteri, Ismail Sabri Yaakob.

"Aikk… Yang tuntut hampir setiap hari jawatan Perdana Menteri (PM) siapa? Yang tuntut hendak tambah lagi jawatan menteri walaupun hari ini Kabinet sudah melebihi 70 orang termasuk pegawai bertaraf menteri siapa? 

"Yang sentiasa ugut nak tekan ‘button’ siapa?" soalnya dalam satu hantaran di Facebook hari ini.

Secara sinis, Asyraf menambah, Ketua ARMADA itu mungkin terlupa tentang semua tuntutan tersebut kerana terlalu sibuk dengan formula cetak wang untuk menyelesaikan masalah ekonomi negara.

"Serahkan balik mandat mutlak kepada rakyat! Tiada siapa mahu melabur dalam ekonomi yang ditadbir kerajaan campuran atau hibrid yang di dalamnya sentiasa berlaku ugut-mengugut dalam kalangan parti-parti yang bersaing," katanya lagi.

Wan Ahmad Fayhsal yang juga Timbalan Menteri Belia dan Sukan sebelum ini dipetik sebagai berkata, segelintir pemimpin UMNO yang rakus untuk berkuasa itu sedang mencetuskan ketidakstabilan politik dalam kerajaan pimpinan Ismail Sabri.

Beliau menambah, kumpulan minoriti itu seolah-olah ‘sakit mata’ melihat kestabilan yang diusahakan Ismail Sabri dan Muhyiddin Yassin, sebelum ini.

Pergeseran antara UMNO dan BERSATU dilihat semakin hangat terutamanya selepas Muhyiddin memaklumkan bahawa beliau telah mengadakan perjumpaan dengan Perdana Menteri bagi membincangkan isu lantikan jawatan baharu termasuk jawatan Timbalan Perdana Menteri (TPM).

Perbincangan tersebut bagaimanapun mengundang kritikan daripada pelbagai pihak termasuk Asyraf sendiri yang melihat desakan itu tidak seharusnya timbul, apatah lagi rakyat berada dalam situasi sukar apabila menghadapi kenaikan mendadak harga barang.

Beliau menganggap, bukan masanya untuk menuntut jawatan TPM atau menambah lagi menteri baharu, terutama dengan saiz Kabinet ketika ini yang disifatkan  sebagai terbesar dalam sejarah Malaysia.

Jumlah itu katanya, tidak termasuk pegawai tinggi bertaraf menteri termasuk pelantikan duta khas bagi memenuhi tuntutan pelbagai parti yang membentuk kerajaan campuran ketika ini. - Getaran, 11 Julai 2022

Sorotan

1

Lelaki Guna Pembesar Suara Cetus Kebimbangan, Dakwa Kononnya COVID-19 Kembali Menular

2

Kanak-Kanak Perempuan Maut, Abang Kritikal Jatuh Dari Pangsapuri

3

PM Puji Keberkesanan Kementerian Komunikasi Perjelas Pelaksanaan BUDI95

4

Gempa Bumi 8.2 Landa Mindanao, Pihak Berkuasa Keluarkan Amaran Tsunami

5

Dikurung Dalam Stor Beberapa Minggu, Polis Selamatkan Kanak-Kanak Mangsa Dera Ibu Angkat

6

Sebuah Kerajaan Bukan Hadiah Untuk Dirampas

Disyorkan untuk anda

Semasa 21 jam yang lalu

Kerajaan Tolak Desakan Beremosi, Tangani Isu Pelarian Dengan Berhemah - Saifuddin

oleh Sophia Ahmad

Semasa 1 hari yang lalu

Bekas Timbalan Speaker DUN Kedah Ditemukan Lemas Di Sungai

Luar Negara 51 minit yang lalu

Gempa Bumi Selatan Filipina: Angka  Korban Meningkat 37, Ribuan Gempa Susulan Menanti Penyelamat

oleh Wartawan Getaran

Semasa 1 hari yang lalu

Hanya Belajar Di Media Sosial, Anak Kampung Kini Hasilkan 6,000 Ikan Angelfish