web statsweb stats

Berita Terkini

4 jam yang lalu: PRN Negeri Sembilan: Hari pencalonan 18 Julai, undi awal 28 Julai dan hari mengundi 1 Ogos - SPR 4 jam yang lalu: PRN Johor: Hari pencalonan 27 Jun, undi awal 7 Julai dan hari mengundi 11 Julai - SPR 5 bulan yang lalu: Najib Razak dijatuhkan hukuman penjara 15 tahun dan denda RM11.4 bilion untuk kesemua 25 pertuduhan 6 bulan yang lalu: Ketua UMNO Sabah, Datuk Seri Bung Mokhtar Radin disahkan meninggal dunia 7 bulan yang lalu: Ismanira Abdul Manaf, ibu kepada kanak-kanak autistik, Zayn Rayyan didapati bersalah atas tuduhan pengabaian anak hari ini

IKUTI KAMI


Jawatankuasa Peringkat Parlimen Perlu Segerakan Akta Pendanaan Politik

Politik Dikemaskini 3 tahun yang lalu · Diterbitkan pada 19 Jun 2022 8:05AM

Gambar fail

Kongsi Artikel Ini

Langgani saluran Telegram kami untuk berita terkini dan paparan gaya hidup pelengkap hari anda.

ALOR GAJAH - Satu jawatankuasa peringkat Parlimen perlu dibentuk bagi membolehkan draf Akta Pendanaan Politik segera dibentangkan, kata Setiausaha Agung UMNO, Datuk Seri Ahmad Maslan.

Beliau berkata hal ini kerana draf akta itu sudah lengkap sejak 2017 dan perlu segera dibentang supaya individu yang memberikan dana politik tidak berasa khuatir manakala penerima tidak dizalimi.

Ahmad Maslan - Gambar fail
Ahmad Maslan - Gambar fail

"Draf akta itu sudah ada dan siap sejak 2017 dengan Menteri di Jabatan Perdana Menteri (ketika itu) Datuk Paul Low yang antara tugasnya ialah menyiapkan Akta Pendanaan Politik.

"Bagaimanapun, dalam peringkat jawatankuasa perbincangan pembangkang tidak setuju kerana mereka khuatir syarikat yang memberi dana politik kepada parti itu akan disenarai hitam oleh kerajaan," katanya kepada pemberita selepas merasmikan Mesyuarat Agung Pertama UMNO Cawangan Taman Rambai Jaya Fasa III Dewan Undangan Negeri Paya Rumput di sini, semalam.  

Ahmad berkata akta itu sudah lama diguna pakai di negara barat agar ahli politik atau mana-mana individu tidak menjadi mangsa kerana menerima atau memberi dana kepada parti politik.

"Saya sendiri dimangsakan kerana menerima dana politik yang saya tidak tahu bahawa duit itu ada kaitan atau tidak dengan 1MDB... Ini kerana ketika itu, saya adalah Ketua Penerangan UMNO dan Presiden bagi (dana politik)… namun mujurlah segalanya sudah selesai," katanya. - Bernama

Sorotan

1

Pemandu Rentung Kenderaan Terbakar Selepas Kemalangan

2

PRN Johor: Kerajaan Negeri Johor Terus Jalankan Tugas Pentadbiran 

3

Penganggur Dituduh Bunuh Kenalan, Mayat Ditemukan Dalam Gulungan Tilam  

4

Gelaran Tan Sri Untuk Isa Samad Ditarik Balik 

5

Tuanku Muhriz Masih Yamtuan Besar Negeri Sembilan Yang Sah - KJ

6

Ops Bersepadu Khazanah Bongkar Aktiviti Pemburuan Haram, 8 Warga Myanmar Ditahan

Disyorkan untuk anda

Politik 4 jam yang lalu

PRN Johor 11 Julai, PRN Negeri Sembilan 1 Ogos - SPR

oleh Sophia Ahmad

Semasa 1 hari yang lalu

Penganggur Dituduh Bunuh Kenalan, Mayat Ditemukan Dalam Gulungan Tilam  

Politik 1 hari yang lalu

PRN Johor: Kerajaan Negeri Johor Terus Jalankan Tugas Pentadbiran 

oleh Sophia Ahmad

Semasa 3 jam yang lalu

Diperdaya Sindiket Kerja Sambilan Dalam Talian, Suri Rumah Rugi Hampir RM100,000

oleh Amirah Abu Bakar