web statsweb stats

Berita Terkini

1 bulan yang lalu: PRN Negeri Sembilan: Hari pencalonan 18 Julai, undi awal 28 Julai dan hari mengundi 1 Ogos - SPR 1 bulan yang lalu: PRN Johor: Hari pencalonan 27 Jun, undi awal 7 Julai dan hari mengundi 11 Julai - SPR 6 bulan yang lalu: Najib Razak dijatuhkan hukuman penjara 15 tahun dan denda RM11.4 bilion untuk kesemua 25 pertuduhan 7 bulan yang lalu: Ketua UMNO Sabah, Datuk Seri Bung Mokhtar Radin disahkan meninggal dunia 8 bulan yang lalu: Ismanira Abdul Manaf, ibu kepada kanak-kanak autistik, Zayn Rayyan didapati bersalah atas tuduhan pengabaian anak hari ini

IKUTI KAMI


Dinasti Lim? Kalau Saya Nak Monopoli, Saya Tak Serahkan Kuasa

Politik Dikemaskini 4 tahun yang lalu · Diterbitkan pada 12 Jun 2022 11:52AM

Guan Eng dengan sinis berkata, beliau akan kekal selama-lamanya sebagai Setiausaha Agung jika benar wujud monopoli kuasa dalam parti berkenaan. - Gambar oleh Alif Omar

Kongsi Artikel Ini

Langgani saluran Telegram kami untuk berita terkini dan paparan gaya hidup pelengkap hari anda.

KUALA LUMPUR - Dakwaan bahawa DAP dikuasai ‘Dinasti Lim’ secara berterusan hanyalah satu persepsi dimainkan pihak lawan untuk memburukkan parti itu.

Pengerusi DAP, Lim Guan Eng dengan sinis berkata, beliau akan kekal selama-lamanya sebagai Setiausaha Agung jika benar wujud monopoli kuasa dalam parti berkenaan.

Menurut beliau, perkara itu boleh sahaja dilakukan jika pindaan dibuat ke atas perlembagaan parti.

“Apabila ada perubahan iaitu Setiausaha Agung yang baharu, mengapa timbul perkara ini lagi sedangkan parti lain masih belum berubah. Kenapa tidak tanya isu ini pula (kepada mereka)?

“Saya rasa mereka gunakan apa yang kita suka sebut, permainan mereka iaitu ‘semua salah DAP’,” katanya dalam wawancara eksklusif bersama Getaran.

Dalam Jawatankuasa Tertinggi Pusat (CEC) bagi 2022 hingga 2025, Anthony Loke Siew Fook dilantik sebagai Setiausaha Agung DAP baharu menggantikan Guan Eng, yang sebelum ini memegang jawatan tersebut selama kira-kira 17 tahun.

Guan Eng pula telah dilantik sebagai Pengerusi DAP yang baharu menggantikan Ahli Parlimen Cheras, Tan Kok Wai.

Mengulas lanjut, Guan Eng yang juga Ahli Parlimen Bagan berkata, pelantikannya itu merupakan keputusan ahli-ahli parti dan beliau akan terus berkhidmat selagi diperlukan.

“Kita adalah alat kepada parti kerana parti yang akan menentukan segalanya,” katanya.

Beliau menambah, DAP adalah sebuah parti yang unik kerana meletakkan had tempoh kepada jawatan disandang pemimpin, selain memperuntukkan kuota penglibatan wanita sebanyak 30 dalam barisan kepimpinan.

Sementara itu, ditanya berhubung gelaran kurang manis dilontarkan kepada beliau seperti ‘tokong’ dan ‘sombong’, Guan Eng ternyata tidak ambil pusing.

Katanya, itu hanyalah cubaan pihak lawan untuk menimbulkan persepsi negatif terhadap beliau.

"Itu permainan merekalah. Kalau kita buat kerja, mereka kata sombong, apa boleh saya buat? Takkan saya hendak hentikan kerja saya?

“Kalau saya bantu rakyat, itu dikatakan sombong, bila saya pergi melawat tempat untuk bantu yang susah, (apakah) itu yang sombong?,” soalnya. - Getaran, 12 Jun 2022

Berita Berkaitan

1

Politik 6 bulan yang lalu

‘Nantikan Keputusan Mahkamah Projek Terowong Dasar Laut’, Mat Hasan Sindir DAP 

2

Semasa 1 tahun yang lalu

DAP Ketandusan Pemimpin India

3

Semasa 1 tahun yang lalu

Pengganti Chow Kon Yeow Di Pulau Pinang Jadi Tanda Tanya

4

Semasa 2 tahun yang lalu

‘Lihat Sendiri Jumlah Permohonan Yang Diterima, Bukan Semua Orang Cina!’ - Syahredzan

Sorotan

1

El Nino Semakin Buruk, Malaysia Berisiko Berdepan Suhu Tertinggi Dalam Sejarah Tahun Depan

2

Subahat Kes Rasuah RM2.8 Juta, Zizie Izette Bebas Dan Lepas Dari 3 Pertuduhan 

3

Dataran Merdeka Bagaikan Lautan Sampah, Hannah Yeoh Luah Rasa Kecewa 

4

Andy Burnham Angkat Sumpah PM Baharu UK, Janji Rombak Ekonomi Dan Tangani Kos Sara Hidup 

5

Sepanyol Tamatkan Penguasaan Argentina, Julang Piala Dunia Buat Kali Kedua 

6

Lelaki, Wanita Ditahan, Disyaki Berkhalwat Dalam Bilik Hotel

Disyorkan untuk anda

Luar Negara 1 hari yang lalu

Kucing Masih Hidup Ditemui Bawah Runtuhan Gempa Bumi, Jadi Simbol Harapan

oleh Wartawan Getaran

Semasa 1 hari yang lalu

Subahat Kes Rasuah RM2.8 Juta, Zizie Izette Bebas Dan Lepas Dari 3 Pertuduhan 

oleh Sophia Ahmad

Semasa 1 hari yang lalu

Dataran Merdeka Bagaikan Lautan Sampah, Hannah Yeoh Luah Rasa Kecewa 

oleh Sophia Ahmad

Semasa 1 hari yang lalu

El Nino Semakin Buruk, Malaysia Berisiko Berdepan Suhu Tertinggi Dalam Sejarah Tahun Depan

oleh Wartawan Getaran