web statsweb stats

Berita Terkini

1 bulan yang lalu: PRN Negeri Sembilan: Hari pencalonan 18 Julai, undi awal 28 Julai dan hari mengundi 1 Ogos - SPR 1 bulan yang lalu: PRN Johor: Hari pencalonan 27 Jun, undi awal 7 Julai dan hari mengundi 11 Julai - SPR 6 bulan yang lalu: Najib Razak dijatuhkan hukuman penjara 15 tahun dan denda RM11.4 bilion untuk kesemua 25 pertuduhan 7 bulan yang lalu: Ketua UMNO Sabah, Datuk Seri Bung Mokhtar Radin disahkan meninggal dunia 8 bulan yang lalu: Ismanira Abdul Manaf, ibu kepada kanak-kanak autistik, Zayn Rayyan didapati bersalah atas tuduhan pengabaian anak hari ini

IKUTI KAMI


'Saya Tak Pernah Beritahu Ada Sokongan Majoriti Ahli Parlimen' - Muhyiddin

Politik Dikemaskini 4 tahun yang lalu · Diterbitkan pada 05 Jun 2022 8:48PM

Muhyiddin Yassin - Gambar fail

Kongsi Artikel Ini

Langgani saluran Telegram kami untuk berita terkini dan paparan gaya hidup pelengkap hari anda.

KUALA LUMPUR - Mantan Perdana Menteri, Tan Sri Muhyiddin Yassin menyifatkan dakwaan bahawa beliau pernah memberitahu atau mengesahkan kepada sesiapa yang dirinya mendapat sokongan majoriti Ahli Parlimen adalah tidak benar.

Presiden Parti Pribumi Bersatu Malaysia (BERSATU) berkata, beliau juga tidak pernah memaklumkan perkara itu kepada mana-mana pihak untuk dilantik semula sebagai Perdana Menteri.

“Beberapa hari lalu timbul tuduhan bahawa saya memberitahu pemimpin sebuah parti politik bahawa saya mendapat sokongan majoriti Ahli Parlimen untuk dilantik semula sebagai Perdana Menteri.

“Saya ingin tegaskan bahawa saya tidak pernah memberitahu atau mengesahkan kepada sesiapa bahawa saya mendapat sokongan majoriti Ahli Parlimen. Tuduhan tersebut adalah tidak benar.

Muhyiddin berkata, apa dibincangkan pada pertemuannya dengan beberapa pimpinan parti politik selain Barisan Nasional (BN) adalah untuk merintis persefahaman bagi menghadapi Pilihan Raya Umum ke-15 (PRU-15).

Katanya, perkara itu dibincangkan secara tidak rasmi apabila terdapat beberapa ahli politik dari parti pembangkang menemui beliau selepas pilihan raya negeri (PRN) Johor.

Beliau berkata, rata-rata mereka berpendapat cara terbaik untuk menghadapi PRU-15 adalah dengan mengusahakan formula ‘satu lawan satu’ menentang BN.

“Ini kerana kemenangan BN dalam PRN Melaka dan Johor adalah semata-mata kerana undi parti-parti selain BN berpecah.

“BN tidak mendapat sokongan majoriti rakyat, malah sokongan kepada parti itu tidak bertambah,” katanya.

Susulan itu, Muhyiddin yang juga Ahli Parlimen Pagoh berkata, beliau mengambil inisiatif untuk berhubung dengan pimpinan parti selain BN, bagi berkongsi pandangan mengenai formula ‘satu lawan satu’.

Jelasnya, inisiatif terbabit dilaksanakannya selepas mendapat persetujuan Biro Politik dan Majlis Pimpinan Tertinggi BERSATU, malah beliau tidak bertindak secara bersendirian, sebaliknya memperoleh mandat daripada parti itu.

Menurut Muhyiddin, formula ‘satu lawan satu’ dikemukakan BERSATU adalah bersifat kerjasama atau persefahaman pilihan raya (electoral pact) yang tidak membabitkan pembentukan satu gabungan baharu parti politik.

“Tujuan persefahaman ini adalah untuk mengelakkan pertembungan banyak penjuru dalam pilihan raya yang hanya menguntungkan BN, sepertimana berlaku pada PRN Melaka dan Johor.

“Electoral pact ini mesti diasaskan kepada satu agenda bersama (common agenda) untuk memastikan Malaysia tidak kembali dikuasai kumpulan kleptokrat yang pada masa ini menguasai parti BN.

“Saya percaya majoriti rakyat menolak kleptokrasi dan suatu usaha mesti dilakukan untuk menghalang BN daripada kembali berkuasa sepenuhnya di negara ini,” katanya.

Mengulas lanjut, Muhyiddin berkata, dalam siri perbincangannya dengan pimpinan parti politik selain BN, beliau mengambil maklum mengenai pendirian setiap parti berhubung cadangan itu.

Ujarnya, beliau akur masing-masing mempunyai pandangan tertentu mengenai beberapa perkara berkaitan dengan cadangan terbabit.

Justeru, katanya, beliau mengambil sikap terbuka, sebagai sebahagian daripada proses perundingan antara parti yang berlangsung secara tidak rasmi.

“Pintu rundingan BERSATU sentiasa terbuka kepada parti-parti selain BN untuk mencapai kata sepakat mengenai formula terbaik bagi menghadapi PRU-15,” katanya.

Terdahulu, media melaporkan, Presiden Parti Warisan Malaysia (WARISAN), Datuk Seri Mohd Shafie Apdal mendakwa Muhyiddin menghubunginya dua bulan lalu bagi mendapatkan sokongan dilantik semula sebagai Perdana Menteri.

Mohd Shafie yang juga Ahli Parlimen Semporna menegaskan, Muhyiddin memaklumkan bahawa beliau mendapat sokongan 119 daripada 222 Ahli Parlimen di Dewan Rakyat. – 5 Jun 2022
 

Sorotan

1

187 Jenis Ubat Berisiko Tinggi, Jumlah Stok Kurang 60 Hari - MOH

2

11 Lelaki Didakwa Jadi Ahli ‘Geng Vinod’, Berdepan Penjara Hingga 20 Tahun

3

Pelajar, Bapa Dipukul Di Luar Sekolah, Beberapa Individu Ditahan

4

Kebakaran Pasar Borong Selangor Dipadam Sepenuhnya, Operasi Beralih Kepada Fasa Baik Pulih

5

Laporan Akhir RCI TH Akan Didedah, Orang Ramai Berhak Tahu - PM

6

3 Wanita Didakwa Lakukan Aksi ‘Superman’ Di Jalan Pintasan Kuantan

Disyorkan untuk anda

Semasa 1 hari yang lalu

Laporan Akhir RCI TH Akan Didedah, Orang Ramai Berhak Tahu - PM

oleh Sophia Ahmad

Politik 1 hari yang lalu

Muhyiddin ‘Sound’ Khaled, Bersatu Bukan Bertanding Sekadar ‘Kacau Daun’

oleh Amirah Abu Bakar

Semasa 23 jam yang lalu

Urus Niaga Sekuriti Tanpa Lesen, Bekas Penganalisis Bank Dipenjara 3 Tahun

oleh Sophia Ahmad

Semasa 1 hari yang lalu

4 Rumah Musnah Kebakaran Di Taiping, Tiada Kemalangan Jiwa

oleh Sophia Ahmad