web statsweb stats

Berita Terkini

5 bulan yang lalu: Najib Razak dijatuhkan hukuman penjara 15 tahun dan denda RM11.4 bilion untuk kesemua 25 pertuduhan 6 bulan yang lalu: Ketua UMNO Sabah, Datuk Seri Bung Mokhtar Radin disahkan meninggal dunia 7 bulan yang lalu: Ismanira Abdul Manaf, ibu kepada kanak-kanak autistik, Zayn Rayyan didapati bersalah atas tuduhan pengabaian anak hari ini 7 bulan yang lalu: PRN Sabah: Penamaan calon ialah pada 15 November manakala mengundi awal pada 25 November - SPR 8 bulan yang lalu: Semua kapal yang menyertai misi FFCxTMTGM telah dipintas tentera Israel dalam lingkungan 120 batu nautika dari Gaza - MyCARE

IKUTI KAMI


Peratusan Keluar Mengundi Rendah Bukan Tanda PKR Lemah

Politik Dikemaskini 4 tahun yang lalu · Diterbitkan pada 29 May 2022 1:00PM

William Leong - Gambar fail Bernama

Kongsi Artikel Ini

Langgani saluran Telegram kami untuk berita terkini dan paparan gaya hidup pelengkap hari anda.

KUALA LUMPUR - Pemimpin PKR menepis spekulasi oleh penganalisis politik yang mendakwa peratusan keluar mengundi yang rendah dalam pemilihan parti baru-baru ini, mencerminkan kekuatan keahliannya.

Malah, dakwaan peratusan keluar mengundi rendah itu mencerminkan kepimpinan semasa parti juga tidak seharusnya diterima bulat-bulat.

Ahli parti, William Leong berkata, tidak adil bagi penganalisis tersebut mengeluarkan komen sedemikian tanpa menganalisis jenis dan ‘kategori’ berbeza yang dimiliki oleh ahli parti.

Beliau menegaskan, tidak semua 1.1 juta ahli sedia ada adalah golongan yang aktif, kerana majoriti yang menyertai parti selepas pilihan raya umum 2018 mempunyai ‘motif’ tersendiri.

“Sebelum 2008, ahli parti adalah aktivis. Mereka menyertai kerana mahukan reformasi, dan merupakan ahli yang sangat aktif,” katanya kepada The Vibes.

“Selepas 2008, orang ramai melihat bahawa ada potensi PKR boleh menjadi kerajaan yang memerintah, dan kumpulan ahli berbeza telah menyertai parti.

“Selepas 2018, ketika itulah kami ‘meletup’, apabila kita mempunyai ahli bukan aktivis atau mereka yang mahu melakukan sesuatu untuk negara,” katanya.

Dalam satu laporan oleh Free Malaysia Today sebelum ini, penganalisis menimbulkan persoalan berhubung keahlian PKR dan mendakwa, peratusan keluar mengundi yang rendah mencerminkan kegagalan calon menarik sokongan pengundi.

William yang juga Ahli Parlimen Selayang menjelaskan, kadar keluar mengundi rendah tidak menggambarkan kurangnya semangat dalam kalangan ahli yang aktif.

Menekankan bahawa masalah logistik berpotensi menjadi punca peratusan keluar mengundi yang rendah, beliau berkata, hanya terdapat satu pusat mengundi bagi setiap 222 bahagian dalam pemilihan parti.

“Sebagai contoh, di Selayang ada 19,000 ahli. Bagaimana mungkin 19,000 ahli membuang undi di satu pusat mengundi?

“Sekiranya kadar keluar mengundi adalah 10 peratus, terdapat kira-kira 2,000 ahli beratur di pusat mengundi sekali gus.

“Mereka telah mempunyai pengalaman buruk pada 2018, apabila terpaksa mengambil masa berjam-jam untuk membuang undi. Jadi, ia adalah masalah dengan logistik,” katanya.

Sementara itu, penyandang Ketua Cabang Kota Raja, Gunaraj George berkata, PKR adalah satu-satunya parti di negara ini yang membenarkan seluruh ahlinya pergi ke pusat mengundi untuk membuang undi, berbeza dengan parti lain yang mengamalkan sistem perwakilan.

Gunaraj memberitahu, penganalisis tidak boleh membandingkan kira-kira 13 peratus ahli PKR yang menuju ke pusat mengundi, dengan kurang 1 peratus keahlian melalui sistem perwakilan dalam parti lain.

Ahli Dewan Undangan (ADUN) Sentosa itu menambah, kali ini merupakan pemilihan parti pertama menampilkan sistem pengundian dalam talian, yang menyaksikan bilangan pengundi meningkat sehingga dua kali ganda.

“Sebagai contoh, di kawasan saya (Kota Raja), pada 2018, kita mempunyai 2,400 orang yang keluar mengundi. Kali ini, kita telah menggandakan jumlah itu, iaitu 4,800 orang melalui pengundian fizikal dan dalam talian.”

Berkongsi sentimen sama ialah calon naib presiden, Datuk Seri Shamsul Iskandar Md Akin yang berpendapat, terdapat sedikit peningkatan dalam jumlah atau peratusan keluar mengundi berbanding pemilihan parti sebelum ini.

Shamsul berkata, tidak adil untuk mengkritik ahli sebenar, kerana mereka yang berminat untuk menyertai hanya perlu membuat permohonan melalui telefon bimbit, memandangkan parti itu mengamalkan sistem keahlian dalam talian.

“Walaupun begitu, inisiatif untuk menganjurkan pemilihan parti sebelum pilihan raya umum adalah langkah berani, dan berbuat demikian melalui cara dalam talian menjadikan PKR perintis dalam pemilihan parti digital,” kata beliau.

Semakan The Vibes di laman web pemilihan PKR memaklumkan bahawa setakat 9 malam semalam, 147,334 ahli atau 13.17 peratus sama ada telah mengundi secara fizikal atau dalam talian. - Getaran, 29 Mei, 2022

Berita Berkaitan

1

Politik 1 tahun yang lalu

Anwar Sahkan Rafizi Hadir Mesyuarat MPP PKR

2

Politik 1 tahun yang lalu

‘Kemenangan Ini Amanah Besar, Wakili Suara Ramai’ - Afdlin Shauki

3

Politik 2 tahun yang lalu

2 Timbalan Menteri Dilantik Pengerusi Majlis Pimpinan Negeri PKR

4

Politik 2 tahun yang lalu

PRK KKB: Fahmi Sangkal Dakwaan PKR Tak Bantu Kempen Calon Kerajaan Perpaduan

Sorotan

1

Lelaki Guna Pembesar Suara Cetus Kebimbangan, Dakwa Kononnya COVID-19 Kembali Menular

2

Kanak-Kanak Perempuan Maut, Abang Kritikal Jatuh Dari Pangsapuri

3

PM Puji Keberkesanan Kementerian Komunikasi Perjelas Pelaksanaan BUDI95

4

Gempa Bumi 8.2 Landa Mindanao, Pihak Berkuasa Keluarkan Amaran Tsunami

5

Dikurung Dalam Stor Beberapa Minggu, Polis Selamatkan Kanak-Kanak Mangsa Dera Ibu Angkat

6

Sebuah Kerajaan Bukan Hadiah Untuk Dirampas

Disyorkan untuk anda

Semasa 1 hari yang lalu

Hanya Belajar Di Media Sosial, Anak Kampung Kini Hasilkan 6,000 Ikan Angelfish

Semasa 19 jam yang lalu

Dikurung Dalam Stor Beberapa Minggu, Polis Selamatkan Kanak-Kanak Mangsa Dera Ibu Angkat

oleh Sophia Ahmad

Semasa 1 hari yang lalu

Bekas Timbalan Speaker DUN Kedah Ditemukan Lemas Di Sungai

Semasa 1 hari yang lalu

Nahas 2 Kenderaan, Kanak-Kanak 9 Tahun Maut Kereta Dipandu Ibu Bertembung 

oleh Sophia Ahmad