web statsweb stats

Berita Terkini

1 bulan yang lalu: PRN Negeri Sembilan: Hari pencalonan 18 Julai, undi awal 28 Julai dan hari mengundi 1 Ogos - SPR 1 bulan yang lalu: PRN Johor: Hari pencalonan 27 Jun, undi awal 7 Julai dan hari mengundi 11 Julai - SPR 6 bulan yang lalu: Najib Razak dijatuhkan hukuman penjara 15 tahun dan denda RM11.4 bilion untuk kesemua 25 pertuduhan 7 bulan yang lalu: Ketua UMNO Sabah, Datuk Seri Bung Mokhtar Radin disahkan meninggal dunia 8 bulan yang lalu: Ismanira Abdul Manaf, ibu kepada kanak-kanak autistik, Zayn Rayyan didapati bersalah atas tuduhan pengabaian anak hari ini

IKUTI KAMI


Ahli Parlimen Setia, Tak Lompat Parti Wajar Isi Kerusi Zuraida - Ahmad Zahid

Politik Dikemaskini 4 tahun yang lalu · Diterbitkan pada 26 May 2022 6:03PM

Zuraida (dua dari kanan) ketika melawat Kilang Meditech Gloves Sdn Bhd di Melaka, April lalu. - Gambar Bernama

Kongsi Artikel Ini

Langgani saluran Telegram kami untuk berita terkini dan paparan gaya hidup pelengkap hari anda.

KUALA LUMPUR - Kekosongan jawatan Menteri Perusahaan Perladangan dan Komoditi ditinggalkan Datuk Zuraida Kamaruddin wajar diisi Ahli Parlimen yang setia dan tidak melompat parti.

Presiden UMNO, Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi ketika menyuarakan cadangan tersebut berkata, Perdana Menteri Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob perlu melihat perkara itu dengan serius dan tidak lagi berkompromi dengan pemimpin yang melompat.

“Ia sebahagian tanda sokongan terhadap ketegasan menangani isu lompat parti dalam kalangan wakil rakyat menjelang pelaksanaan undang-undang lompat.

“Ramai lagi Ahli Parlimen yang setia terhadap parti dan tidak melompat parti wajar dipertimbangkan untuk mengisi jawatan menteri dipegang Zuraida,” katanya menerusi kenyataan di Facebook, hari ini.

Ahmad Zahid Hamidi - Gambar fail
Ahmad Zahid Hamidi - Gambar fail

Terdahulu Zuraida yang juga Ahli Parlimen Ampang mengisytiharkan pengunduran dari Parti Pribumi Bersatu Malaysia (BERSATU) bagi menyertai Parti Bangsa Malaysia (PBM).

Serentak dengan itu, beliau turut mengumumkan peletakan jawatan sebagai Menteri Perusahaan Perladangan dan Komoditi (KPPK).

Susulan tindakan Zuraida, Ahmad Zahid menggesa agar Rang Undang-Undang (RUU) Lompat Parti perlu disegerakan.

Menurut beliau, tanpa pindaan undang-undang yang disegerakan, tidak mustahil krisis kepercayaan terhadap sistem demokrasi dan institusi politik akan menyebabkan kadar peratusan mengundi semakin rendah pada Pilihan Raya Umum (PRU) akan datang.

“Apabila Zuraida yang pernah keluar PKR menyertai BERSATU dan kini keluar pula untuk menyertai PBM, ia seolah-olah menggambarkan sangat mudah kepada wakil rakyat di negara ini untuk bertukar parti mengikut selera dan cita rasa sendiri.

“Tindakan lompat demi lompat sudah pasti mengecewakan rakyat dan menunjukkan tiada kawalan terhadap wakil rakyat sehingga mereka bebas buat apa-apa sahaja,” katanya.

Pada masa sama Ahmad Zahid berkata, tindakan itu sebenarnya menyebabkan kepercayaan rakyat terhadap wakil rakyat dan parti politik yang semakin terhakis.

“Ia seolah-olah mempermainkan undi rakyat,” katanya. – Getaran, 26 Mei 2022

Sorotan

1

Laporan Akhir RCI TH Akan Didedah, Orang Ramai Berhak Tahu - PM

2

3 Wanita Didakwa Lakukan Aksi ‘Superman’ Di Jalan Pintasan Kuantan

3

Kanak-Kanak Perempuan Maut Digilis Lori Dipandu Datuk 

4

Belanjawan 2027 Mula Dirangka, PM Berdepan Cabaran Subsidi, Tekanan Fiskal & Kos Sara Hidup

5

Muhyiddin ‘Sound’ Khaled, Bersatu Bukan Bertanding Sekadar ‘Kacau Daun’

6

PETROS Mula Pengeluaran Minyak Pertama, Hasilkan 800 Tong Sehari

Disyorkan untuk anda

Semasa 1 hari yang lalu

Didakwa Lakukan Amang Seksual Fizikal Terhadap Anak, Anggota Polis Mengaku Tak Bersalah

oleh Sophia Ahmad

Semasa 21 jam yang lalu

Laporan Akhir RCI TH Akan Didedah, Orang Ramai Berhak Tahu - PM

oleh Sophia Ahmad

Semasa 5 minit yang lalu

187 Jenis Ubat Berisiko Tinggi, Jumlah Stok Kurang 60 Hari - MOH

oleh Sophia Ahmad

Semasa 1 hari yang lalu

4 Rumah Musnah Kebakaran Di Taiping, Tiada Kemalangan Jiwa

oleh Sophia Ahmad