web statsweb stats

Berita Terkini

5 bulan yang lalu: Najib Razak dijatuhkan hukuman penjara 15 tahun dan denda RM11.4 bilion untuk kesemua 25 pertuduhan 6 bulan yang lalu: Ketua UMNO Sabah, Datuk Seri Bung Mokhtar Radin disahkan meninggal dunia 7 bulan yang lalu: Ismanira Abdul Manaf, ibu kepada kanak-kanak autistik, Zayn Rayyan didapati bersalah atas tuduhan pengabaian anak hari ini 7 bulan yang lalu: PRN Sabah: Penamaan calon ialah pada 15 November manakala mengundi awal pada 25 November - SPR 8 bulan yang lalu: Semua kapal yang menyertai misi FFCxTMTGM telah dipintas tentera Israel dalam lingkungan 120 batu nautika dari Gaza - MyCARE

IKUTI KAMI


Lokasi Debat Perdana, Anwar-Najib Sepakat Pilih MATIC

Politik Dikemaskini 4 tahun yang lalu · Diterbitkan pada 06 May 2022 12:23PM

Najib Razak, Anwar Ibrahim

Kongsi Artikel Ini

Langgani saluran Telegram kami untuk berita terkini dan paparan gaya hidup pelengkap hari anda.

KUALA LUMPUR - Presiden PKR, Datuk Seri Anwar Ibrahim dan mantan Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Razak akhirnya menemui lokasi sesuai untuk penganjuran Debat Perdana pada 12 Mei depan.

Jurucakap pejabat kedua-dua ahli politik itu memaklumkan, mereka mencapai kata sepakat menjadikan Kompleks Pelancongan Malaysia (MATIC) dekat sini sebagai lokasi penganjuran debat tersebut yang akan berlangsung pada jam 9 malam.

“Pihak Anwar dan Najib sudah mengadakan perbincangan serta mencapai kata sepakat terkait tempat penganjuran Debat Perdana.

“Kedua-dua pihak bersetuju menjadikan Kompleks Penerangan Pelancongan Malaysia (MATIC), Kuala Lumpur sebagai lokasi Debat Perdana pada 12 Mei, jam 9 malam,” katanya menerusi kenyataan bersama hari ini.

Menurut kenyataan sama, Debat Perdana itu akan disiarkan secara langsung oleh media rasmi menerusi saluran televisyen dan media sosial yang diumumkan kelak.

Katanya, kedua-dua pihak turut berharap debat tersebut akan berlangsung sempurna pada minggu hadapan.

Terdahulu, Pengarah Komunikasi Pakatan Harapan (PH), Fahmi Fadzil berkata, debat tersebut bakal berlangsung pada 12 Mei ini di Dewan Tunku Canselor Universiti Malaya (UM).

Bagaimanapun penganjuran debat itu di lokasi berkenaan tidak mendapat kelulusan pihak pengurusan UM.

Menurut beliau, acara dijangka selama dua jam itu boleh disaksikan secara langsung, sama ada melalui saluran media utama, termasuk media sosial atau hadir ke lokasi.

Beliau bersama Ketua Penerangan Barisan Nasional (BN) Selangor, Isham Jalil menerusi sidang media khas baru-baru ini, menjelaskan format debat itu akan merangkumi tiga bahagian. 

“Pertama, debat itu akan menyentuh berhubung permasalahan dihadapi syarikat minyak dan gas, Sapura Energy Berhad (SEB) serta sama ada ia perlu diselamatkan atau tidak.

“Kedua, berhubung ‘Masa Depan Malaysia’ yang merangkumi aspek ekonomi, politik, urus tadbir dan hala tuju negara. Bahagian terakhir adalah sesi soal jawab,” kata Fahmi. - Getaran, 6 Mei 2022
 

Sorotan

1

Lelaki Guna Pembesar Suara Cetus Kebimbangan, Dakwa Kononnya COVID-19 Kembali Menular

2

Kanak-Kanak Perempuan Maut, Abang Kritikal Jatuh Dari Pangsapuri

3

PM Puji Keberkesanan Kementerian Komunikasi Perjelas Pelaksanaan BUDI95

4

Gempa Bumi 8.2 Landa Mindanao, Pihak Berkuasa Keluarkan Amaran Tsunami

5

Dikurung Dalam Stor Beberapa Minggu, Polis Selamatkan Kanak-Kanak Mangsa Dera Ibu Angkat

6

Sebuah Kerajaan Bukan Hadiah Untuk Dirampas

Disyorkan untuk anda

Semasa 15 jam yang lalu

Warga SPRM Wajib Isytihar Harta Dalam Tempoh Sebulan - KP SPRM

Semasa 16 jam yang lalu

Kanak-Kanak Perempuan Maut, Abang Kritikal Jatuh Dari Pangsapuri

oleh Wartawan Getaran

Semasa 16 jam yang lalu

Kerajaan Tolak Desakan Beremosi, Tangani Isu Pelarian Dengan Berhemah - Saifuddin

oleh Sophia Ahmad

Semasa 22 jam yang lalu

PM Puji Keberkesanan Kementerian Komunikasi Perjelas Pelaksanaan BUDI95