web statsweb stats

Berita Terkini

1 bulan yang lalu: PRN Negeri Sembilan: Hari pencalonan 18 Julai, undi awal 28 Julai dan hari mengundi 1 Ogos - SPR 1 bulan yang lalu: PRN Johor: Hari pencalonan 27 Jun, undi awal 7 Julai dan hari mengundi 11 Julai - SPR 6 bulan yang lalu: Najib Razak dijatuhkan hukuman penjara 15 tahun dan denda RM11.4 bilion untuk kesemua 25 pertuduhan 7 bulan yang lalu: Ketua UMNO Sabah, Datuk Seri Bung Mokhtar Radin disahkan meninggal dunia 8 bulan yang lalu: Ismanira Abdul Manaf, ibu kepada kanak-kanak autistik, Zayn Rayyan didapati bersalah atas tuduhan pengabaian anak hari ini

IKUTI KAMI


AMANAH Bekerjasama Dengan PAS? Tidak Mungkin - Mahfuz

Politik Dikemaskini 4 tahun yang lalu · Diterbitkan pada 21 Apr 2022 4:09PM

Mahfuz Omar - Gambar fail

Kongsi Artikel Ini

Langgani saluran Telegram kami untuk berita terkini dan paparan gaya hidup pelengkap hari anda.

KUALA LUMPUR - Naib Presiden AMANAH, Datuk Seri Mahfuz Omar berkata parti itu tidak akan melayan sebarang perbincangan mengenai kerjasama dengan PAS, sambil menyifatkan adalah mustahil untuk berbuat demikian kerana PAS tidak boleh dipercayai.

Beliau berkata, kebocoran beberapa dokumen minit mesyuarat yang didakwa menggariskan persiapan PAS untuk pilihan raya negara akan datang adalah bukti bahawa parti berkenaan akan membuang sekutu mereka dengan mudah dan bertukar kesetiaan jika ia sesuai dengan kepentingan mereka.

Dokumen berkenaan yang dimuatnaik dalam laman web Malaysia Hot pada Isnin, menamakan Setiausaha Agung PAS, Datuk Seri Takiyuddin Hassan dan Naib Presiden Datuk Seri Ahmad Samsuri Mokhtar sebagai penggerak utama yang telah berbincang dengan pemimpin tertinggi beberapa parti politik mengenai kemungkinan pakatan baharu menjelang pilihan raya umum, termasuk dengan Pakatan Harapan (PH). 

Dokumen itu juga menggariskan dakwaan pandangan pemimpin PAS mengenai keperluan untuk menyegerakan kes rasuah terhadap Presiden UMNO, Datuk Seri Ahmad Zahid Hamidi dan Datuk Seri Najib Razak.

Takiyuddin bagaimanapun tidak menjawab dengan segera mengenai perkara itu.

Samsuri pula menyifatkan dokumen berkenaan sebagai 'sampah' yang diedarkan pihak tidak bertanggungjawab.

PAS menyertai Perikatan Nasional (PN) yang diketuai BERSATU, dan merupakan penyokong utama kepada Presiden BERSATU, Tan Sri Muhyiddin Yassin ketika beliau menjadi Perdana Menteri.

Mahfuz berkata, Takiyuddin dengan jelas telah menunjukkan PAS akan mengalih sokongan dengan mudah apabila menyokong Perdana Menteri, Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob secara terbuka untuk satu penggal lagi dan bukannya Muhyiddin, yang merupakan ketua kepada gabungan mereka.

''Dan bagaimana sekarang mereka menyatakan akan menyokong calon Perdana Menteri dari PH? Pada saya persoalan sama ada AMANAH bersedia untuk bekerjasama dengan PAS tidak timbul, kerana mereka tidak boleh dipercayai,'' katanya.

Mahfuz merupakan sebahagian daripada bekas pemimpin PAS yang keluar dari parti berkenaan kerana tidak bersetuju dengan hala tuju Presiden PAS, Datuk Seri Abdul Hadi Awang, terutama mengenai langkah untuk berundur dari gabungan pembangkang, Pakatan Harapan yang turut disertai PKR dan DAP.

Kumpulan berkenaan, yang diketuai Mohamad Sabu, kemudiannya menubuhkan AMANAH pada 2015 dan menyertai PKR serta DAP untuk membentuk PH.

Di sebalik kedudukan AMANAH, pemimpin PKR percaya bahawa sebarang rancangan untuk bekerjasama dengan PAS mesti dibincangkan oleh pimpinan PH sebelum keputusan boleh dibuat.

 Shamsul Iskandar Md Akin - Gambar fail
Shamsul Iskandar Md Akin - Gambar fail

Ketua Penerangan PKR, Datuk Seri Shamsul Iskandar Md Akin berkata dalam konvensyen PH bahawa keputusan muktamad dibuat oleh Majlis Presiden PH.

Shamsul berkata, mereka berpendapat PAS percaya peluang pilihan raya lebih baik jika mereka bersekutu dengan UMNO, walaupun ia bermakna meninggalkan PN.

Fahmi Fadzil - Gambar fail
Fahmi Fadzil - Gambar fail

Pengarah Komunikasi PKR, Fahmi Fadzil pula berkata, parti itu akan berhati-hati dalam sebarang bentuk kerjasama dengan PAS.

''Apa pun, PKR kini dalam proses mengadakan pemilihan parti. Saya rasa sebarang persoalan yang memerlukan keputusan dasar utama seperti ini mesti diputuskan oleh kepimpinan yang akan datang,” katanya. – The Vibes, 21 April 2022

Sorotan

1

Laporan Akhir RCI TH Akan Didedah, Orang Ramai Berhak Tahu - PM

2

3 Wanita Didakwa Lakukan Aksi ‘Superman’ Di Jalan Pintasan Kuantan

3

Kanak-Kanak Perempuan Maut Digilis Lori Dipandu Datuk 

4

Belanjawan 2027 Mula Dirangka, PM Berdepan Cabaran Subsidi, Tekanan Fiskal & Kos Sara Hidup

5

Muhyiddin ‘Sound’ Khaled, Bersatu Bukan Bertanding Sekadar ‘Kacau Daun’

6

PETROS Mula Pengeluaran Minyak Pertama, Hasilkan 800 Tong Sehari

Disyorkan untuk anda

Politik 20 jam yang lalu

UMNO Tolak Cadangan ‘PBN’ Hamzah, Kerjasama BN-PN Bukan Pembentukan Gabungan Baharu

oleh Sophia Ahmad

Semasa 15 jam yang lalu

Urus Niaga Sekuriti Tanpa Lesen, Bekas Penganalisis Bank Dipenjara 3 Tahun

oleh Sophia Ahmad

Semasa 1 hari yang lalu

4 Rumah Musnah Kebakaran Di Taiping, Tiada Kemalangan Jiwa

oleh Sophia Ahmad

Semasa 16 jam yang lalu

11 Ditahan Dalam Ops Rapido, Geng Vinod Tumpas 

oleh Sophia Ahmad