web statsweb stats

Berita Terkini

5 bulan yang lalu: Najib Razak dijatuhkan hukuman penjara 15 tahun dan denda RM11.4 bilion untuk kesemua 25 pertuduhan 6 bulan yang lalu: Ketua UMNO Sabah, Datuk Seri Bung Mokhtar Radin disahkan meninggal dunia 7 bulan yang lalu: Ismanira Abdul Manaf, ibu kepada kanak-kanak autistik, Zayn Rayyan didapati bersalah atas tuduhan pengabaian anak hari ini 7 bulan yang lalu: PRN Sabah: Penamaan calon ialah pada 15 November manakala mengundi awal pada 25 November - SPR 8 bulan yang lalu: Semua kapal yang menyertai misi FFCxTMTGM telah dipintas tentera Israel dalam lingkungan 120 batu nautika dari Gaza - MyCARE

IKUTI KAMI


Negara Semakin Rosak, Jangan Biarkan Rasuah Penjawat Awam Berleluasa 

Politik Dikemaskini 4 tahun yang lalu · Diterbitkan pada 09 Apr 2022 3:33PM

Anwar Ibrahim - Gambar fail

Kongsi Artikel Ini

Langgani saluran Telegram kami untuk berita terkini dan paparan gaya hidup pelengkap hari anda.

KUALA LUMPUR - Tindakan yang lebih tegas perlu dilaksanakan Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) demi menangani isu rasuah yang semakin berleluasa dalam kalangan penjawat awam.

Pengerusi Pakatan Harapan (PH), Datuk Seri Anwar Ibrahim berkata, pendedahan kes rasuah mutakhir ini menunjukkan bahawa negara semakin rosak akibat jenayah itu yang berlaku dalam skala besar.

"Tatkala kes melibatkan 1MDB serta kes rampasan ratusan juta di Kota Kinabalu masih belum terungkai, kini muncul pula kes rasuah melibatkan lapan individu yang direman berhubung projek milik syarikat berkaitan kerajaan (GLC) bernilai lebih RM2.3 bilion.

"Ia ternyata satu tragedi yang menimpa negara tatkala rompakan oleh pemimpin dan golongan elit mencecah puluhan bilion tanpa titik noktah," katanya. 

Apa yang mengecewakan jelas Anwar ialah keyakinan masyarakat awam bahawq mereka pasti tidak akan mendapat pembelaan sekiranya terbabit dalam jeayah itu.

"Kalau rakyat miskin serta golongan yang terpinggir hampir pasti tidak akan mendapat pembelaan," luahnya menerusi hantaran di Facebook, hari ini. 

SPRM menahan reman 8 individu bagi membantu siasatan berhubung kes rasuah melibatkan projek milik syarikat berkaitan kerajaan (GLC) bernilai lebih RM2.3 bilion. - Gambar Bernama
SPRM menahan reman 8 individu bagi membantu siasatan berhubung kes rasuah melibatkan projek milik syarikat berkaitan kerajaan (GLC) bernilai lebih RM2.3 bilion. - Gambar Bernama

Semalam, lapan individu direman antara dua ke lima hari bagi membantu siasatan kes rasuah melibatkan projek GLC bernilai lebih RM2.3 bilion.

Kesemua mereka berusia lingkungan 35 hingga 45 tahun itu terdiri daripada ketua pegawai eksekutif, ketua pegawai operasi, pegawai eksekutif, pengarah dan pemilik syarikat.

Enam daripadanya menjalani prosiding permohonan tahanan reman di hadapan Majistret Putrajaya, Shah Wira Abdul Halim pada Jumaat.

Sementara itu di Kuching, Sarawak, Majistret Zubaidah Sharkawi menetapkan tahanan reman antara dua hingga lima hari terhadap dua individu.

Menurut sumber, kesemua individu berkenaan dipercayai terlibat dalam kes rasuah melibatkan beberapa projek sebuah GLC dengan anggaran nilai kontrak keseluruhan melebihi RM2.3 bilion antara tahun 2017 hingga 2021.

Katanya, kesemua mereka ditahan di Ibu Pejabat SPRM di Putrajaya dan SPRM Sarawak kira-kira jam 1.30 petang semalam hingga 12.30 tengah malam tadi ketika hadir memberi keterangan.

Tambah sumber, SPRM juga menyita 10 buah kenderaan mewah pelbagai jenama, pelbagai mata wang tunai melebihi RM27,000, lebih 50 barang kemas pelbagai jenis termasuk bar emas susulan penahanan.

Barangan lain disita termasuk 15 utas jam tangan mewah pelbagai jenama dan 13 beg tangan mewah pelbagai jenama.

SPRM turut membekukan 12 akaun syarikat dan individu.

Dalam pada itu, Anwar yang juga Presiden PKR menegaskan, aktiviti rasuah dilihat semakin rancak dan berleluasa di Malaysia. 

"Tiada ketegasan dari segi tindakan dan undang-undang oleh pihak berwajib. Saya alu-alukan langkah tegas SPRM dalam beberapa kes mutakhir ini, 

"Namun, kami tetap mendesak agar tindakan terus diambil terhadap pimpinan politik dan penjawat awam (yang terlibat rasuah)," katanya. - Getaran, 9 April 2022.

Sorotan

1

Lelaki Guna Pembesar Suara Cetus Kebimbangan, Dakwa Kononnya COVID-19 Kembali Menular

2

Kanak-Kanak Perempuan Maut, Abang Kritikal Jatuh Dari Pangsapuri

3

PM Puji Keberkesanan Kementerian Komunikasi Perjelas Pelaksanaan BUDI95

4

Gempa Bumi 8.2 Landa Mindanao, Pihak Berkuasa Keluarkan Amaran Tsunami

5

Dikurung Dalam Stor Beberapa Minggu, Polis Selamatkan Kanak-Kanak Mangsa Dera Ibu Angkat

6

Sebuah Kerajaan Bukan Hadiah Untuk Dirampas

Disyorkan untuk anda

Semasa 1 hari yang lalu

Tersalah Tekan Pedal Minyak, Wanita 61 Tahun Pandu Posche Rempuh Lobi Hotel

oleh Sophia Ahmad

Semasa 21 jam yang lalu

Dikurung Dalam Stor Beberapa Minggu, Polis Selamatkan Kanak-Kanak Mangsa Dera Ibu Angkat

oleh Sophia Ahmad

Semasa 1 hari yang lalu

Padah Pasport Diconteng Anak, Wanita Terpaksa Tunda Penerbangan 

oleh Sophia Ahmad

Sukan 1 hari yang lalu

MPL MY: Team Vamos Mara Ke Grand Final, Tempah Tiket Ke MSC