web statsweb stats

Berita Terkini

5 bulan yang lalu: Najib Razak dijatuhkan hukuman penjara 15 tahun dan denda RM11.4 bilion untuk kesemua 25 pertuduhan 6 bulan yang lalu: Ketua UMNO Sabah, Datuk Seri Bung Mokhtar Radin disahkan meninggal dunia 7 bulan yang lalu: Ismanira Abdul Manaf, ibu kepada kanak-kanak autistik, Zayn Rayyan didapati bersalah atas tuduhan pengabaian anak hari ini 7 bulan yang lalu: PRN Sabah: Penamaan calon ialah pada 15 November manakala mengundi awal pada 25 November - SPR 8 bulan yang lalu: Semua kapal yang menyertai misi FFCxTMTGM telah dipintas tentera Israel dalam lingkungan 120 batu nautika dari Gaza - MyCARE

IKUTI KAMI


MoU Mungkin Terbatal Jika RUU Anti Lompat Parti Gagal Dibentang

Politik Dikemaskini 4 tahun yang lalu · Diterbitkan pada 08 Apr 2022 1:41PM

Nurul Izzah Anwar- Gambar Syeda Imran

Kongsi Artikel Ini

Langgani saluran Telegram kami untuk berita terkini dan paparan gaya hidup pelengkap hari anda.

KUALA LUMPUR - Kegagalan kerajaan untuk membentang Rang Undang-Undang (RUU) Anti Lompat Parti boleh mengakibatkan memorandum persefahaman (MoU) dengan Pakatan Harapan (PH) terbatal.

Bahkan, menurut Ahli Parlimen Permatang Pauh, Nurul Izzah Anwar, ia membuktikan bahawa MoU Transformasi dan Kestabilan Politik dimeterai itu tidak mempunyai kredibiliti.

Katanya, kegagalan itu juga hanya akan mempercepatkan keruntuhan kerajaan sedia ada hingga boleh mengheret kepada pilihan raya diadakan.

“Jika pilihan raya (diadakan) hanya mengakibatkan kepada kerajaan dengan majoriti rapuh, kredibiliti MoU untuk mengekalkan kestabilan akan terjejas akibat kegagalan (untuk meluluskannya) minggu ini,” katanya menerusi ciapan di Twitter.

Nurul Izzah berkata, kerajaan turut digesa supaya mendedahkan barisan anggota Kabinet yang menyokong mahupun menentang RUU itu kepada masyarakat.

“Kelewatan (membentangkan) RUU Anti Lompat Parti sama saja seperti menafikannya. Barisan Kabinet yang menyokong dan mereka yang menentang kelulusannya, mesti didedahkan kepada umum.

“Jika tidak, apa yang pasti adalah kejadian melompat parti berulang lagi,” katanya.

Dr Wan Junaidi Tuanku Jaafar - Gambar fail
Dr Wan Junaidi Tuanku Jaafar - Gambar fail

Semalam Getaran melaporkan, Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Parlimen dan Undang-Undang), Datuk Seri Dr Wan Junaidi Tuanku Jaafar memaklumkan, RUU Anti Lompat Parti yang sepatutnya dibentangkan Isnin ini, ditangguhkan ke satu Mesyuarat Khas dalam masa terdekat.

Katanya, Mesyuarat Khas kedua itu akan diumumkan Perdana Menteri, Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob, selaras dengan Peraturan 11 (3) Peraturan-Peraturan Dewan Rakyat dan Dewan Negara.

Biarpun pembentangan RUU itu ditangguhkan, Wan Junaidi menjelaskan, Mesyuarat Khas Parlimen yang dijadual pada Isnin dan Selasa ini diteruskan seperti dirancang untuk tujuan membentang serta membahaskan RUU Perlembagaan (Pindaan) 2022. 

“Apapun, kedua-dua pihak (kerajaan dan pembangkang) menyatakan komitmen akan memberi sokongan bagi membolehkan RUU ini mendapat majoriti dua pertiga ketika sidang khas Parlimen pada 11 dan 12 April 2022,” katanya. - Getaran, 8 April 2022
 

Sorotan

1

Lelaki Guna Pembesar Suara Cetus Kebimbangan, Dakwa Kononnya COVID-19 Kembali Menular

2

Kanak-Kanak Perempuan Maut, Abang Kritikal Jatuh Dari Pangsapuri

3

PM Puji Keberkesanan Kementerian Komunikasi Perjelas Pelaksanaan BUDI95

4

Gempa Bumi 8.2 Landa Mindanao, Pihak Berkuasa Keluarkan Amaran Tsunami

5

Dikurung Dalam Stor Beberapa Minggu, Polis Selamatkan Kanak-Kanak Mangsa Dera Ibu Angkat

6

Sebuah Kerajaan Bukan Hadiah Untuk Dirampas

Disyorkan untuk anda

Semasa 15 jam yang lalu

Kerajaan Tolak Desakan Beremosi, Tangani Isu Pelarian Dengan Berhemah - Saifuddin

oleh Sophia Ahmad

Semasa 1 hari yang lalu

Hanya Belajar Di Media Sosial, Anak Kampung Kini Hasilkan 6,000 Ikan Angelfish

Semasa 1 hari yang lalu

Nahas 2 Kenderaan, Kanak-Kanak 9 Tahun Maut Kereta Dipandu Ibu Bertembung 

oleh Sophia Ahmad

Semasa 15 jam yang lalu

Kanak-Kanak Perempuan Maut, Abang Kritikal Jatuh Dari Pangsapuri

oleh Wartawan Getaran