web statsweb stats

Berita Terkini

1 bulan yang lalu: PRN Negeri Sembilan: Hari pencalonan 18 Julai, undi awal 28 Julai dan hari mengundi 1 Ogos - SPR 1 bulan yang lalu: PRN Johor: Hari pencalonan 27 Jun, undi awal 7 Julai dan hari mengundi 11 Julai - SPR 6 bulan yang lalu: Najib Razak dijatuhkan hukuman penjara 15 tahun dan denda RM11.4 bilion untuk kesemua 25 pertuduhan 7 bulan yang lalu: Ketua UMNO Sabah, Datuk Seri Bung Mokhtar Radin disahkan meninggal dunia 8 bulan yang lalu: Ismanira Abdul Manaf, ibu kepada kanak-kanak autistik, Zayn Rayyan didapati bersalah atas tuduhan pengabaian anak hari ini

IKUTI KAMI


Kalah Atau Menang, Saya, Rafizi Tetap Setia Kepada PKR - Saifuddin

Politik Dikemaskini 4 tahun yang lalu · Diterbitkan pada 08 Apr 2022 9:00AM

Saifuddin Nasution Ismail - Gambar Syeda Imran

Kongsi Artikel Ini

Langgani saluran Telegram kami untuk berita terkini dan paparan gaya hidup pelengkap hari anda.

KUALA LUMPUR - Calon Timbalan Presiden PKR, Datuk Seri Saifuddin Nasution Ismail tidak melihat karakter beliau dan 'seterunya' Rafizi Ramli akan mengulangi sejarah pengkhianatan individu tertentu terhadap parti, sekiranya mereka gagal dalam pemilihan bulan depan.

Sebaliknya, Saifuddin berkata, persaingan antara beliau dengan mantan Naib Presiden PKR itu hanyalah pertembungan antara dua sahabat dan anggota perlu mengambil peluang tersebut untuk memilih calon sesuai menduduki jawatan nombor dua parti berkenaan.

Bagaimanapun, beliau mengakui bahawa masih terdapat stigma dalam pemikiran banyak pihak bahawa pemilihan PKR bersamaan dengan bencana, perpecahan dan sebagainya.

“Saya nak cakap bahawa itu (khianat) tidak akan berulang. Apa yang berlaku sebelum ini, yang menang kemudian khianat.

“Sekarang ini cuma ada dua kemungkinan saja, iaitu saya atau Rafizi. Saya tak nampak karakter kami ini akan mengulangi apa yang (Datuk Seri) Azmin (Ali) buat,” katanya.

Beliau berkata demikian ketika ditemui selepas Mesyuarat Jawatankuasa Pemandu Transformasi dan Kestabilan Politik di sini.

Saifuddin Nasution Ismail. - Gambar Syeda Imran
Saifuddin Nasution Ismail. - Gambar Syeda Imran

Ketika ditanya sama ada beliau akan terus aktif jika kecundang di tangan Rafizi pada pemilihan bakal berlangsung 13 hingga 18 Mei itu, Saifuddin berkata, dirinya akan terus kekal bersama PKR dan meneruskan perjuangan parti.

“Tak syak lagi saya akan kekal dengan keputusan (pemilihan) untuk terus bersama parti, lagi pun saya tiada pilihan lain.

“Saya adalah seorang Ahli Parlimen dan ADUN (Ahli Dewan Undangan Negeri), sekurang-kurangnya untuk sekarang, saya juga tiada komitmen lain atau perniagaan. Saya cuma ada PKR sahaja,” katanya.

Jelasnya, beliau tidak akan berundur mahupun membawa diri jika tidak terpilih sebagai Timbalan Presiden partinya itu nanti.

Mengulas lanjut, Saifuddin memaklumkan, beliau juga terbuka bekerjasama dengan mana-mana pemimpin PKR  untuk bergandingan pada pemilihan parti.

“Saya buat masa ini tak ada bergantung pada mana-mana ‘cai’ (kem), tapi ada terima macam-macam permintaan untuk ikut bergandingan dan saya terbuka untuk itu.

“Sebenarnya ‘cai’ saya adalah seluruh kepimpinan PKR yang menawarkan diri untuk masuk bertanding,” katanya. - Getaran, 8 April 2022

Sorotan

1

Laporan Akhir RCI TH Akan Didedah, Orang Ramai Berhak Tahu - PM

2

3 Wanita Didakwa Lakukan Aksi ‘Superman’ Di Jalan Pintasan Kuantan

3

Kanak-Kanak Perempuan Maut Digilis Lori Dipandu Datuk 

4

Belanjawan 2027 Mula Dirangka, PM Berdepan Cabaran Subsidi, Tekanan Fiskal & Kos Sara Hidup

5

Muhyiddin ‘Sound’ Khaled, Bersatu Bukan Bertanding Sekadar ‘Kacau Daun’

6

PETROS Mula Pengeluaran Minyak Pertama, Hasilkan 800 Tong Sehari

Disyorkan untuk anda

Semasa 1 hari yang lalu

Diperdaya Pelaburan Palsu, Pengarah Syarikat Rugi RM10 Juta

oleh Sophia Ahmad

Semasa 13 jam yang lalu

Urus Niaga Sekuriti Tanpa Lesen, Bekas Penganalisis Bank Dipenjara 3 Tahun

oleh Sophia Ahmad

Politik 1 hari yang lalu

PRN Negeri Sembilan: Kerjasama PN & BN Jadi PBN - Hamzah

oleh Sophia Ahmad

Semasa 23 jam yang lalu

PETROS Mula Pengeluaran Minyak Pertama, Hasilkan 800 Tong Sehari

oleh Amirah Abu Bakar