web statsweb stats

Berita Terkini

5 bulan yang lalu: Najib Razak dijatuhkan hukuman penjara 15 tahun dan denda RM11.4 bilion untuk kesemua 25 pertuduhan 6 bulan yang lalu: Ketua UMNO Sabah, Datuk Seri Bung Mokhtar Radin disahkan meninggal dunia 7 bulan yang lalu: Ismanira Abdul Manaf, ibu kepada kanak-kanak autistik, Zayn Rayyan didapati bersalah atas tuduhan pengabaian anak hari ini 7 bulan yang lalu: PRN Sabah: Penamaan calon ialah pada 15 November manakala mengundi awal pada 25 November - SPR 8 bulan yang lalu: Semua kapal yang menyertai misi FFCxTMTGM telah dipintas tentera Israel dalam lingkungan 120 batu nautika dari Gaza - MyCARE

IKUTI KAMI


Rafizi Lemah, Boleh Cuba Lagi - Najib

Politik Dikemaskini 4 tahun yang lalu ยท Diterbitkan pada 31 Mar 2022 5:30PM

Najb Razak - Gambar fail

Kongsi Artikel Ini

Langgani saluran Telegram kami untuk berita terkini dan paparan gaya hidup pelengkap hari anda.

KUALA LUMPUR - Pengerusi Penasihat Ahli Lembaga Barisan Nasional (BN), Datuk Seri Najib Tun Razak menyangkal dakwaan mantan Naib Presiden PKR, Rafizi Ramli yang mendedahkan pengarah eksekutif Sapura Energy Bhd (SEB) menerima kira-kira RM983 juta ketika beliau menjadi Perdana Menteri.

Ahli Parlimen Pekan itu menegaskan, beliau sama sekali tidak pernah bersuara ketika Ketua Pengarah Eksekutif (CEO) syarikat perkhidmatan minyak dan gas itu dibayar gaji tinggi disebabkan status SEB sebagai syarikat swasta sebelum tahun 2019.

Menurut beliau, SEB juga bukan sebuah syarikat berkaitan kerajaan (GLC) yang memerlukan pengawasan dan kawalan daripada seorang Perdana Menteri.

“Saya tidak bersuara ketika pengarah eksekutif SEB dibayar dengan gaji lumayan sebab sebelum tahun 2019, ia adalah syarikat swasta yang juga dibina dan dimiliki CEO tersebut untuk menjadi syarikat perkhidmatan minyak dan gas kedua terbesar dalam dunia.

“SEB bukan GLC, syarikat swasta yang bayar, shareholders dan lembaga pengarah swasta yang luluskan gaji serta pampasan bagi pengurusannya. Dia nak dibayar RM1 bilion setahun pun bukan masalah kerajaan selagi pemegang-pemegang saham di samping lembaga pengarah syarikat terbabit izinkan. Tidak kena mengena dengan kerajaan,” katanya dalam satu hantaran di Facebook, hari ini.

Terdahulu, Rafizi mendedahkan, ketua pengarah eksekutif Sapura Energy Bhd (SEB) menerima kira-kira RM983 juta dalam pelbagai bentuk dari 2009 hingga 2018 ketika Datuk Seri Najib Razak menjadi Perdana Menteri.

Mantan Ahli Parlimen Pandan itu berkata, beberapa rekod kewangan SEB sejak sedekad lalu banyak mengundang kontroversi terutamanya berhubung bayaran kepada barisan pengarah eksekutif yang juga mewakili beberapa pemegang saham terbesar syarikat korporat tersebut.

Menurut Rafizi, sebagai Perdana Menteri dan Menteri Kewangan ketika itu, Najib seharusnya memikul amanah ketika memberi hala tuju, dalam memastikan institusi dana rakyat seperti Permodalan Nasional Bhd (PNB) dan Kumpulan Wang Amanah Persaraan (KWAP) mendapat nilai terbaik daripada pelaburan yang dijalankan.

Dalam pada itu, Najib mempersoalkan di mana suara Rafizi ketika Pakatan Harapan (PH) menyuntik dana tambahan sebanyak RM2.7 bilion ke dalam SEB pada 2019, untuk menjadikan Putrajaya pemegang saham terbesar walaupun mengetahui pendapatan mantan ketua pegawai eksekutifnya adalah tinggi.

“Yang bail-out, korang. Tapi kamu bisu masa itu. Dengan itu, Sapura menjadi GLC pada 2019 dan bekas CEO itu bersara sebagai CEO pada Mac 2021. Seluruh pengurusan atasan dan lembaga pengarah Sapura juga telah bertukar.”

“Kita ada peluang untuk selamatkan ekonomi dan potensi untuk menjana kembali kekayaan dengan memulihkan sebuah syarikat terbesar dalam sektor industri terpenting negara, pada ketika permintaan dunia bagi perkhidmatan minyak dan gas adalah tinggi,” katanya.

Jelasnya, pendekatan dan kaedah Rafizi lebih cenderung untuk mencari salah berbanding menghasilkan penyelesaian yang mampu membawa perubahan kepada rakyat

“Itu adalah antara sebab PH tidak boleh diberi peluang sekali lagi untuk berada di Putrajaya. Sekiranya PETRONAS yang amat memerlukan perkhidmatan Sapura mengambil alih atau membantu Sapura, kerajaan tak perlu gunakan satu sen pun untuk memulih Sapura, malah berpotensi untuk mengaut keuntungan berpuluh ganda setelah nilai Sapura dipulihkan ke keadaan sebelum ini. Jika Sapura dibiarkan muflis ia tak memberi sebarang manfaat pada negara.

“Saya nak selesaikan masalah tapi Rafizi pula cuma nak cari salah, biarpun Sapura bukan syarikat majoriti milik GLC sebelum tahun 2019. Kami positif mindset, mereka terlampau negatif. Lemah, Rafizi, boleh cuba lagi,” katanya. - Getaran, 31 Mac 2022.

Berita Berkaitan

1

Semasa 3 minggu yang lalu

Perjanjian Senjata RM1.1 Bilion: Rafizi Hadir Ke SPRM, Serah Dokumen 28 Muka Surat

2

Semasa 1 bulan yang lalu

Perjanjian RM1.1 Bilion: Rafizi Sambung Beri Keterangan Di SPRM

3

Semasa 5 bulan yang lalu

Titah Adendum: Najib Fail Rayuan Untuk Tahanan Rumah

4

Kolum 5 bulan yang lalu

Najib Razak: Segalanya Telah Berakhir

Sorotan

1

Lelaki Guna Pembesar Suara Cetus Kebimbangan, Dakwa Kononnya COVID-19 Kembali Menular

2

Kanak-Kanak Perempuan Maut, Abang Kritikal Jatuh Dari Pangsapuri

3

PM Puji Keberkesanan Kementerian Komunikasi Perjelas Pelaksanaan BUDI95

4

Gempa Bumi 8.2 Landa Mindanao, Pihak Berkuasa Keluarkan Amaran Tsunami

5

Dikurung Dalam Stor Beberapa Minggu, Polis Selamatkan Kanak-Kanak Mangsa Dera Ibu Angkat

6

Sebuah Kerajaan Bukan Hadiah Untuk Dirampas

Disyorkan untuk anda

Luar Negara 20 jam yang lalu

Gempa Bumi 8.2 Landa Mindanao, Pihak Berkuasa Keluarkan Amaran Tsunami

oleh Wartawan Getaran

Semasa 13 jam yang lalu

Warga SPRM Wajib Isytihar Harta Dalam Tempoh Sebulan - KP SPRM

Semasa 11 jam yang lalu

Lakukan Serangan Seksual Terhadap 6 Pelajar, Guru Muzik Mengaku Tak Bersalah

oleh Sophia Ahmad

Semasa 1 hari yang lalu

Tersalah Tekan Pedal Minyak, Wanita 61 Tahun Pandu Posche Rempuh Lobi Hotel

oleh Sophia Ahmad