web statsweb stats

Berita Terkini

5 bulan yang lalu: Najib Razak dijatuhkan hukuman penjara 15 tahun dan denda RM11.4 bilion untuk kesemua 25 pertuduhan 6 bulan yang lalu: Ketua UMNO Sabah, Datuk Seri Bung Mokhtar Radin disahkan meninggal dunia 7 bulan yang lalu: Ismanira Abdul Manaf, ibu kepada kanak-kanak autistik, Zayn Rayyan didapati bersalah atas tuduhan pengabaian anak hari ini 7 bulan yang lalu: PRN Sabah: Penamaan calon ialah pada 15 November manakala mengundi awal pada 25 November - SPR 8 bulan yang lalu: Semua kapal yang menyertai misi FFCxTMTGM telah dipintas tentera Israel dalam lingkungan 120 batu nautika dari Gaza - MyCARE

IKUTI KAMI


UMNO Masih Angkuh, Abaikan Rakyat Jika Tergesa-Gesa Adakan PRU

Politik Dikemaskini 4 tahun yang lalu · Diterbitkan pada 22 Mar 2022 6:36PM

Dr Muhammad Faiz Na’aman - Gambar fail

Kongsi Artikel Ini

Langgani saluran Telegram kami untuk berita terkini dan paparan gaya hidup pelengkap hari anda.

KUALA LUMPUR - Keghairahan beberapa pemimpin UMNO dalam Perhimpunan Agung UMNO (PAU) 2021 yang mendesak secara terbuka kepada Perdana Menteri agar Pilihan Raya Umum Ke-15 (PRU-15) dilaksanakan dalam masa terdekat adalah tindakan mementingkan diri dan mengabaikan rakyat.

Ahli Majlis Pimpinan Tertinggi BERSATU, Dr Muhammad Faiz Na’aman berkata, desakan itu juga boleh dianggap satu pengkhianatan terhadap hak Yang di-Pertuan Agong, Al-Sultan Abdullah Ri’ayatuddin Al-Mustafa Billah dalam perihal kuasa membubarkan Parlimen.

“Tindakan Presiden UMNO, Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi yang menolak Perdana Menteri bagi memberi laluan kepada ‘National Embarrassment’ (Datuk Seri Najib Tun Razak) serta menyisihkan Ismail Sabri dari karpet merah ketika PAU menunjukkan sikap kurang ajar dan angkuh kluster mahkamah.

“Untuk berlaku adil, kita perlu memberi pujian kepada Perdana Menteri kerana beliau masih tegas dengan prinsip tidak mencampuri urusan mahkamah dan institusi kehakiman, seperti prinsip yang dipegang mantan Perdana Menteri, Tan Sri Muhyiddin Yassin,” katanya kepada Getaran, hari ini.

Jelasnya, mungkin kerana prinsip itu, Datuk Seri Ismail Sabri sedang diasak dari segenap penjuru oleh beberapa ahli politik UMNO yang sudah tidak sabar untuk meruntuhkan sekali lagi kerajaan pimpinan parti tersebut.

“Mungkin Kluster Mahkamah dan para penyokongnya lupa diri bahawa kestabilan serta keharmonian tadbir urus negara ini bukan sekadar bergantung kepada dominasi parti tunggal yang mewakili satu kelompok kaum semata-mata.

“Ia adalah atas kerjasama serta perkongsian kuasa yang adil antara semua warganegara Malaysia,” katanya.

Dr Muhammad Faiz berkata, adalah wajar setiap pemegang taruh dalam urusan politik negara ini termasuk pembangkang yang membuat Memorandum Persefahaman (MoU) dengan kerajaan untuk turut dirujuk sekiranya mahu berbincang mengenai pembubaran Parlimen.

Pada masa sama beliau berkata, rakyat juga wajar mendukung segala keputusan termasuk oleh Ismail Sabri yang mahu Bahasa Malaysia diperkasakan agar digunakan oleh wakil kerajaan ketika berucap di pentas antarabangsa.

“Kita juga menyambut baik keputusan kerajaan mewajibkan pelajar asing yang belajar di negara ini untuk menguasai bahasa kebangsaan. Ia merupakan kesinambungan polisi pro bahasa kebangsaan selepas PPSMI dimansuhkan.

“Bahasa Kebangsaan merupakan wadah perpaduan. Jika rakyat tidak berbicara dalam bahasa itu, maka kita akan menghasilkan generasi dengan jurang antara kaum dan status sosial yang makin melebar hingga mengancam keutuhan nasional antara masyarakat.

“Begitu juga soal kedaulatan semua negeri dalam negara ini, ia merupakan harga mati yang tidak patut dirunding lagi. Syabas kepada kerajaan Malaysia kerana tegas menafikan tuntutan waris Sultan Sulu ke atas Sabah,” katanya.

Dalam pada itu, Dr Muhammad Faiz berkata, Malaysia memerlukan satu kerajaan kolektif bagi mewakili kepentingan setiap rakyat, dalam era geopolitik serta ekonomi dunia yang makin bergolak akibat konflik ketenteraan di Ukraine serta pertikaian di Laut China Selatan antara kuasa besar.

Tegas beliau, kerajaan perlu lebih fokus ke arah kemandirian ekonomi domestik seperti bekalan makanan, pendigitalan untuk menjimatkan kos dan masa serta pelan pertahanan negara yang holistik.

“Oleh demikian, adalah tidak masuk akal apabila laungan mahu PRU secepat mungkin itu didasarkan atas alasan mahu kestabilan, sedangkan hakikatnya ia lebih bersifat menerjah pilihan raya dalam keadaan tergesa-gesa di waktu negara sedang pulih dari wabak COVID-19.

“Majoriti rakyat sedang merangkak keluar dari kesempitan ekonomi dan pilihan raya secara terburu-buru adalah satu perbuatan mengambil kesempatan merampas kuasa politik yang mensabotaj kestabilan itu sendiri,” katanya.

Lantaran itu Dr Muhammad Faiz menyeru pelbagai pihak, khususnya parti politik bagi mengutamakan kestabilan dan keharmonian negara yang kini seakan diperkosa oleh kelompok oportunis.

“Mereka bukan saja korup malah angkuh dan asobiyyah kerana mahu terus mengekalkan gaya hidup mewah warlord tua dan golongan kayangan yang pernah mendominasi politik nasional hingga Dasar Ekonomi Baru (DEB),” katanya. - Getaran, 22 Mac 2022.

Berita Berkaitan

1

Politik 4 minggu yang lalu

Dipecat Daripada BERSATU, 2 ADUN Kedah Masih Kekal Dalam Jawatan - Sanusi

2

Semasa 1 bulan yang lalu

BERSATU Terima 4 Keping Cek, Setiap 1 Bernilai RM200,000 - Saksi

3

Politik 2 bulan yang lalu

Selepas KJ, Hishammuddin Juga Mahu Kembali Bersama UMNO - Asyraf Wajdi

4

Politik 5 bulan yang lalu

‘Nantikan Keputusan Mahkamah Projek Terowong Dasar Laut’, Mat Hasan Sindir DAP 

Sorotan

1

Lelaki Guna Pembesar Suara Cetus Kebimbangan, Dakwa Kononnya COVID-19 Kembali Menular

2

Kanak-Kanak Perempuan Maut, Abang Kritikal Jatuh Dari Pangsapuri

3

PM Puji Keberkesanan Kementerian Komunikasi Perjelas Pelaksanaan BUDI95

4

Gempa Bumi 8.2 Landa Mindanao, Pihak Berkuasa Keluarkan Amaran Tsunami

5

Dikurung Dalam Stor Beberapa Minggu, Polis Selamatkan Kanak-Kanak Mangsa Dera Ibu Angkat

6

Sebuah Kerajaan Bukan Hadiah Untuk Dirampas

Disyorkan untuk anda

Luar Negara 19 jam yang lalu

Gempa Bumi 8.2 Landa Mindanao, Pihak Berkuasa Keluarkan Amaran Tsunami

oleh Wartawan Getaran

Semasa 1 hari yang lalu

Hanya Belajar Di Media Sosial, Anak Kampung Kini Hasilkan 6,000 Ikan Angelfish

Semasa 19 jam yang lalu

Dikurung Dalam Stor Beberapa Minggu, Polis Selamatkan Kanak-Kanak Mangsa Dera Ibu Angkat

oleh Sophia Ahmad

Semasa 12 jam yang lalu

Warga SPRM Wajib Isytihar Harta Dalam Tempoh Sebulan - KP SPRM