web statsweb stats

Berita Terkini

5 bulan yang lalu: Najib Razak dijatuhkan hukuman penjara 15 tahun dan denda RM11.4 bilion untuk kesemua 25 pertuduhan 6 bulan yang lalu: Ketua UMNO Sabah, Datuk Seri Bung Mokhtar Radin disahkan meninggal dunia 7 bulan yang lalu: Ismanira Abdul Manaf, ibu kepada kanak-kanak autistik, Zayn Rayyan didapati bersalah atas tuduhan pengabaian anak hari ini 7 bulan yang lalu: PRN Sabah: Penamaan calon ialah pada 15 November manakala mengundi awal pada 25 November - SPR 8 bulan yang lalu: Semua kapal yang menyertai misi FFCxTMTGM telah dipintas tentera Israel dalam lingkungan 120 batu nautika dari Gaza - MyCARE

IKUTI KAMI


Jangan Pinggir Veteran UMNO, Kami Penyeri Perjuangan Parti

Politik Dikemaskini 4 tahun yang lalu · Diterbitkan pada 19 Mar 2022 5:33PM

Othman Desa - Gambar UMNO Online

Kongsi Artikel Ini

Langgani saluran Telegram kami untuk berita terkini dan paparan gaya hidup pelengkap hari anda.

KUALA LUMPUR - Veteran UMNO meminta kepimpinan parti itu tidak meminggirkan kumpulan berkenaan dan memberikan pengiktirafan sewajarnya kepada mereka, khususnya dalam aspek mendapatkan nasihat serta pandangan. 

Jurucakap Veteran UMNO, Datuk Othman Desa berkata, kumpulan itu juga mengharapkan kewujudan mereka dirasai menerusi kerjasama untuk memastikan parti terbabit meraih kemenangan pada Pilihan Raya Umum (PRU) ke-15 (PRU-15).

“Saya menaruh harapan kepada Presiden, kepimpinan dan semua pimpinan di peringkat negeri serta bahagian untuk ini (menghargai) sebab bila saya pergi ke mana-mana kawasan, apa dibangkitkan veteran adalah soal pengiktirafan.

“Saya tanya nak iktiraf apa lagi, dah (sudah) iktiraf lah ini tapi mereka kata tidak kerana bila kadang-kadang kami datang ke UMNO negeri dan bahagian, ada buat-buat tak kisah.

“Ada kata awat kacau daun ni, jadi permintaan daripada veteran seluruh negara supaya kewujudan veteran itu dirasai, boleh turut serta dan bekerjasama untuk nak pastikan kemenangan kita (UMNO) pada Pilihan Raya Umum (PRU) akan datang,” katanya.

Beliau berkata demikian ketika menyampaikan perbahasan pada Persidangan Agung UMNO (PAU) 2021 di Pusat Dagangan Dunia (WTC) di sini, hari ini.

Sebahagian perwakilan mendengar ucapan Othman Desa pada Perhimpunan Agung UMNO 2021 di WTC, hari ini. - Gambar Sairien Nafis
Sebahagian perwakilan mendengar ucapan Othman Desa pada Perhimpunan Agung UMNO 2021 di WTC, hari ini. - Gambar Sairien Nafis

Menurut Othman, meskipun digelar veteran, kumpulan itu mempunyai semangat tinggi, pengalaman, ‘contact’ dan ahli keluarga yang setia mengundi Barisan Nasional (BN) untuk membantu perjuangan parti.

Katanya, Veteran UMNO seharusnya dilihat sebagai pemangkin kepimpinan bukan pesaing kepimpinan parti itu.

“Kalau jamuan, kita ini mungkin desert (pemanis mulut) sahaja, bukan nasi tambah pun, tapi kalau tak ada desert tak sedap juga.

“Oleh sebab itu terimalah veteran sebagai penyeri perjuangan UMNO yang kita dukungi, veteran bapa, ayah, atuk, abang, kakak dan adik kita.

“Veteran adalah pemangkin kepimpinan UMNO, bukan pesaing kepada kepimpinan UMNO,” katanya.

Selain itu, Othman berkata, seluruh ahli UMNO perlu menyerahkan kepada Perdana Menteri untuk menentukan tarikh PRU-15, memandangkan itu adalah di bawah kuasa beliau sebagai pemimpin nombor satu kerajaan.

Jelasnya, apa harus ditumpukan ahli UMNO adalah seperti apa dikatakan Presiden, Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi, iaitu PRU-15 dan sebaik habis pilihan raya, parti boleh melakukan pemilihannya dan ketika itu semua individu yang mahu bertanding boleh melakukannya.

Ujarnya, kata-kata dan suara sumbang yang berisiko merosakkan parti itu tidak seharusnya ada.

“Paling penting adalah persediaan untuk memenangi PRU-15. Kita sibuk mengenai pilihan raya, tapi gerak kerja kita tak susun.

“Harapan veteran macam kita kata mahu melangsungkan pernikahan, acara ini penting tapi pelaksanaan pernikahan itu lagi penting,” katanya.

Pada masa sama, Othman berkata, veteran sangat gembira dan bersetuju dengan prinsip atau pegangan dibuat Presiden UMNO, Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi yang mahu parti menampilkan calon ‘wangi’, memiliki keupayaan tinggi serta diterima pengundi.

“Kita bersetuju calon cantik, calon baik, kita tak mahu calon ‘loklak’, kita tak mahu calon yang rebus tak empuk,” katanya.

Mengulas lanjut, Othman berkata, UMNO adalah sebuah parti yang mengamalkan etika politik islamik lebih baik daripada parti yang bernama Islam.

Parti Melayu terbesar itu, katanya, tidak mengata orang dan sikap itu adalah kehebatannya yang harus dikekalkan.

Malah, beliau mengajak kepimpinan UMNO dan generasi muda parti itu berpolitik secara kasih sayang serta berakhlak demi diterima rakyat untuk menerajui negara.

“Kita jangan ikut orang buat benda-benda tak elok, nabi kita tak suruh kita buat macam tu,” katanya.

“Parti lawan ni tak tahu nak nasihat apa sebab dia memang tak dengar nasihat, dia lawan dengan kita seperti di Johor dan Melaka, semua tala kita, parti apa pun semua hentam kita macam-macam isu dia bangkitkan kerana dia tak ada agenda.

“Saya selalu katakan biar agenda mengatasi isu jangan isu menenggelamkan agenda, mereka cerita semua kempen BN tak elok, mereka tak cerita apa agenda mereka yang elok, tak ada,” katanya – Getaran, 19 Mac 2022
 

Sorotan

1

Lelaki Guna Pembesar Suara Cetus Kebimbangan, Dakwa Kononnya COVID-19 Kembali Menular

2

Kanak-Kanak Perempuan Maut, Abang Kritikal Jatuh Dari Pangsapuri

3

PM Puji Keberkesanan Kementerian Komunikasi Perjelas Pelaksanaan BUDI95

4

Gempa Bumi 8.2 Landa Mindanao, Pihak Berkuasa Keluarkan Amaran Tsunami

5

Dikurung Dalam Stor Beberapa Minggu, Polis Selamatkan Kanak-Kanak Mangsa Dera Ibu Angkat

6

Sebuah Kerajaan Bukan Hadiah Untuk Dirampas

Disyorkan untuk anda

Semasa 19 jam yang lalu

Dikurung Dalam Stor Beberapa Minggu, Polis Selamatkan Kanak-Kanak Mangsa Dera Ibu Angkat

oleh Sophia Ahmad

Semasa 19 jam yang lalu

PM Puji Keberkesanan Kementerian Komunikasi Perjelas Pelaksanaan BUDI95

Semasa 13 jam yang lalu

Warga SPRM Wajib Isytihar Harta Dalam Tempoh Sebulan - KP SPRM

Luar Negara 1 hari yang lalu

UNIFIL Kecam Serangan Ragut Nyawa Anggota Tentera Lubnan