web statsweb stats

Berita Terkini

5 bulan yang lalu: Najib Razak dijatuhkan hukuman penjara 15 tahun dan denda RM11.4 bilion untuk kesemua 25 pertuduhan 6 bulan yang lalu: Ketua UMNO Sabah, Datuk Seri Bung Mokhtar Radin disahkan meninggal dunia 7 bulan yang lalu: Ismanira Abdul Manaf, ibu kepada kanak-kanak autistik, Zayn Rayyan didapati bersalah atas tuduhan pengabaian anak hari ini 7 bulan yang lalu: PRN Sabah: Penamaan calon ialah pada 15 November manakala mengundi awal pada 25 November - SPR 8 bulan yang lalu: Semua kapal yang menyertai misi FFCxTMTGM telah dipintas tentera Israel dalam lingkungan 120 batu nautika dari Gaza - MyCARE

IKUTI KAMI


Muhyiddin Sedia Lepaskan Jawatan

Politik Dikemaskini 4 tahun yang lalu · Diterbitkan pada 13 Mar 2022 1:35AM

Muhyiddin Yassin pada sidang media berkenaan keputusan PRN Johor di BGU PN, Taman Scientex Utama, Senai dekat Kulai, malam ini. - Gambar Bernama

Kongsi Artikel Ini

Langgani saluran Telegram kami untuk berita terkini dan paparan gaya hidup pelengkap hari anda.

KULAI - Pengerusi Perikatan Nasional (PN), Tan Sri Muhyiddin Yassin sedia bertanggungjawab atas kekalahan gabungan itu dalam Pilihan Raya Negeri (PRN) Johor, dan melepaskan jawatan sekiranya itu yang dimahukan oleh pimpinan parti gabungan itu.

“Saya bersedia jikalau itu yang ahli dan pimpinan parti buat keputusan, kerana kedudukan saya adalah persetujuan pimpinan PN.

“Saya terima kerana kita (PN) mengamalkan sistem demokrasi dan itu adalah hak ahli parti atau parti komponen PN,” kata Presiden BERSATU itu dalam sidang media mengenai keputusan PRN Johor.

Bekas Perdana Menteri itu, akur dengan kemenangan Barisan Nasional (BN).

“Kami menang, kami kalah saya bertanggungjawab. Amanah saya pikul dan kalau ada rasa terkilan, saya terima. Saya dah buat terbaik dan semua kita sudah bekerja keras,” katanya.

Muhyiddin berkata sebagai parti gabungan baharu yang bertanding pada pilihan raya, PN menghormati sistem demokrasi dan menerima keputusan rakyat Johor, yang telah memilih BN untuk menerajui negeri berkenaan.

Meskipun PN hanya memenangi tiga kerusi daripada 56 dipertandingkan iaitu di DUN Bukit Kepong, Endau dan Maharani, namun secara umumnya parti gabungan itu diterima baik malah mendapat sokongan daripada pengundi Johor.

“Tahniah kepada semua calon yang bakal menjadi YB (Yang Berhormat). Kita harap mereka akan jalankan amanat yang diberikan kepada mereka dengan baik, berkesan dan mampu memajukan kawasan masing-masing.

“Kempen kita sudah laksanakan dalam tempoh PRN ini berjaya tarik perhatian rakyat Johor, cuma ia tidak mendapat cukup bilangan. Ini adalah petanda bahawa kita diterima cuma tidak sebesar diharapkan namun perjuangan akan diteruskan,” tambahnya.

Beliau turut berkata PN akan melakukan analisa serta pascanilai berkaitan keputusan pilihan raya negeri itu terhadap PN seperti mengetahui sebab parti gabungan itu tidak memenangi jumlah kerusi yang lebih besar. - Bernama

Sorotan

1

Lelaki Guna Pembesar Suara Cetus Kebimbangan, Dakwa Kononnya COVID-19 Kembali Menular

2

Kanak-Kanak Perempuan Maut, Abang Kritikal Jatuh Dari Pangsapuri

3

PM Puji Keberkesanan Kementerian Komunikasi Perjelas Pelaksanaan BUDI95

4

Gempa Bumi 8.2 Landa Mindanao, Pihak Berkuasa Keluarkan Amaran Tsunami

5

Dikurung Dalam Stor Beberapa Minggu, Polis Selamatkan Kanak-Kanak Mangsa Dera Ibu Angkat

6

Sebuah Kerajaan Bukan Hadiah Untuk Dirampas

Disyorkan untuk anda

Semasa 11 jam yang lalu

Kanak-Kanak Perempuan Maut, Abang Kritikal Jatuh Dari Pangsapuri

oleh Wartawan Getaran

Semasa 11 jam yang lalu

Warga SPRM Wajib Isytihar Harta Dalam Tempoh Sebulan - KP SPRM

Semasa 18 jam yang lalu

Dikurung Dalam Stor Beberapa Minggu, Polis Selamatkan Kanak-Kanak Mangsa Dera Ibu Angkat

oleh Sophia Ahmad

Politik 1 hari yang lalu

‘PRN Johor Bukan Keutamaan Saya, Pemulihan Ekonomi Masih Fokus Kerajaan Persekutuan’ – Anwar

oleh Sophia Ahmad