web statsweb stats

Berita Terkini

1 bulan yang lalu: PRN Negeri Sembilan: Hari pencalonan 18 Julai, undi awal 28 Julai dan hari mengundi 1 Ogos - SPR 1 bulan yang lalu: PRN Johor: Hari pencalonan 27 Jun, undi awal 7 Julai dan hari mengundi 11 Julai - SPR 7 bulan yang lalu: Najib Razak dijatuhkan hukuman penjara 15 tahun dan denda RM11.4 bilion untuk kesemua 25 pertuduhan 7 bulan yang lalu: Ketua UMNO Sabah, Datuk Seri Bung Mokhtar Radin disahkan meninggal dunia 8 bulan yang lalu: Ismanira Abdul Manaf, ibu kepada kanak-kanak autistik, Zayn Rayyan didapati bersalah atas tuduhan pengabaian anak hari ini

IKUTI KAMI


Kadar Keluar Mengundi Diramal Merosot Berbanding Jangkaan 70 Peratus SPR

Politik Dikemaskini 4 tahun yang lalu · Diterbitkan pada 12 Mar 2022 7:52PM

Seorang pengundi membuang undi di SK Taman Sutera Perling. - Gambar oleh Azim Rahman

Kongsi Artikel Ini

Langgani saluran Telegram kami untuk berita terkini dan paparan gaya hidup pelengkap hari anda.

KUALA LUMPUR - Peratusan keluar mengundi pada Pilihan Raya Negeri (PRN) Johor mungkin merosot berbanding 70 peratus jangkaan awal ditetapkan Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR).

Menurut penganalisis politik yang juga Pensyarah Kanan Universiti Putra Malaysia (UPM), Profesor Madya Mohd Izani Mohd Zain berkata, kemerosotan itu mungkin disebabkan beberapa faktor, seperti pengundi luar tidak pulang mengundi kerana bimbang dengan penularan jangkitan varian Omicron COVID-19.

Katanya, kemerosotan itu juga berkemungkinan terdapat pengundi tidak dapat menunaikan tanggungjawab berkenaan kerana disahkan positif virus terbabit.

“Penambahan pengundi baharu seramai kira-kira 750,000 yang didaftarkan secara automatik, termasuk golongan Undi18 mungkin juga menjadi faktornya apabila ada antara mereka tidak keluar mengundi, sekali gus menyaksikan peratusan turun mendadak.

“Ada antara mereka ini mungkin tidak ada kesedaran, termasuk segelintir mereka berumur 30, 40 atau 50 tahun yang selama ini tidak pernah mengambil kisah soal mengundi, didaftarkan juga secara automatik menyebabkan mereka masih enggan berbuat demikian,” katanya ketika dihubungi Getaran.

Mohd Izani Mohd Zain
Mohd Izani Mohd Zain

Mohd Izani berkata, tiada daya tarikan kuat untuk pengundi keluar menunaikan hak itu juga mungkin menjadi faktor penyumbang kepada peratusan rendah memandangkan mereka melihat tiada keperluan untuk mengundi pada PRN.

Jelasnya, walaupun di pihak ahli dan pemimpin politik merasakan pilihan raya negeri berkenaan penting, namun majoriti pengundi mungkin melihat sebaliknya.

Justeru, beliau menjangkakan peratusan penuh keluar mengundi adalah sekitar 50 ke 60 sahaja.

“Ramalan ini berlandaskan kenaikan empat peratus sejam apabila kadar keluar mengundi mencatatkan 46 peratus pada jam 3 petang sebelum meningkat kepada 50 peratus pada jam 4 petang,” katanya.

Ditanya parti mana yang mendapat kelebihan ekoran jumlah peratusan mengundi rendah, Mohd Izani berkata, ia mungkin berpihak kepada Barisan Nasional (BN) memandangkan parti itu memiliki pengundi tegar, berbanding Pakatan Harapan (PH) dan Perikatan Nasional (PN) yang bergantung kepada pengundi luar serta Undi18.

“Saya pun mahu melihat berapa peratus pengundi 18 tahun sebab mereka dilihat memberi impak kepada politik, tetapi jika mereka tidak keluar mengundi, tiada kesan kepada pilihan raya ini.

“Saya menunggu juga berapa peratusan pengundi 18 hingga 20 tahun ini,” katanya.

Mengulas lanjut, Mohd Izani menganggap pendaftaran automatik itu bagus, namun beliau lebih menyokong jika proses terbabit dilaksanakan secara ‘organik’, iaitu pendaftaran secara manual dibuat individu secara sukarela.

Ujarnya, persoalan yang timbul apabila pendaftaran dilakukan secara automatik, adakah mereka ini bersedia untuk keluar mengundi kerana proses pengundian memerlukan pengundi melakukan tiga perkara iaitu mendaftar, menyemak daftar pemilih dan keluar melaksanakan tanggungjawab itu.

“Zaman kita dahulu, buat pendaftaran dengan sendiri, berusaha mendaftar dengan pergi ke pejabat pos, melakukan pendaftaran secara dalam talian atau ke kaunter SPR.

“Maksudnya, apabila kita sudah mendaftar dengan sendiri, kita memiliki komitmen untuk mengundi. Namun, individu didaftarkan secara automatik melalui sistem, ada antaranya tidak mengambil kisah, sekali gus tidak membantu peratusan keluar mengundi jika tiada kesedaran.

“Saya lebih suka pendaftaran secara organik, bila umur 21 tahun, individu itu akan mendaftar sendiri. Jadi kita boleh melihat ada pendidikan dan kesedaran di situ. Paling penting, dengan mendaftar sendiri, mereka ada pengalaman sebagai pengundi,” katanya. - Getaran, 12 Mac 2022

Berita Berkaitan

1

Politik 3 tahun yang lalu

16 Peratus Keluar Mengundi Awal - SPR

2

Politik 4 tahun yang lalu

Peratusan Keluar Mengundi Rendah Bukan Tanda PKR Lemah

3

Semasa 4 tahun yang lalu

Exco Johor Bakal Dilantik Perlu Isytihar Harta, Lalui Semakan Latar Belakang

4

Politik 4 tahun yang lalu

Tiada Krisis Dalaman UMNO, Pelantikan Onn Hafiz Selaras Undang-Undang Tubuh Johor

Sorotan

1

2 Remaja Perempuan Maut Nahas, Polis Tahan Pemandu 

2

Keupayaan BN Tadbir Negeri Dipersoal, Mampukah Atasi Rekod Pelaburan PH? - Aminuddin

3

Nahas Ragut Nyawa 2 Remaja: Pemandu Sah Positif Dadah - Polis

4

Sepang Kembali Dalam Kalendar F1, Bakal Anjur GP Bahrain Oktober Nanti 

5

PRU: ‘Tiada Perbincangan Setakat Ini’ - Zahid

6

Kanak-Kanak Autistik Maut Terjatuh Dari Tingkat 13

Disyorkan untuk anda

Politik 1 hari yang lalu

PRU: ‘Tiada Perbincangan Setakat Ini’ - Zahid

oleh Sophia Ahmad

Semasa 12 jam yang lalu

Nahas Ragut Nyawa 2 Remaja: Pemandu Sah Positif Dadah - Polis

oleh Sophia Ahmad

Sukan 12 jam yang lalu

Sepang Kembali Dalam Kalendar F1, Bakal Anjur GP Bahrain Oktober Nanti 

oleh Sophia Ahmad

Semasa 1 hari yang lalu

Pemerasan RM2 Juta, 12 Pegawai Dan Anggota Polis Ditahan

oleh Sophia Ahmad