web statsweb stats

Berita Terkini

1 bulan yang lalu: PRN Negeri Sembilan: Hari pencalonan 18 Julai, undi awal 28 Julai dan hari mengundi 1 Ogos - SPR 1 bulan yang lalu: PRN Johor: Hari pencalonan 27 Jun, undi awal 7 Julai dan hari mengundi 11 Julai - SPR 7 bulan yang lalu: Najib Razak dijatuhkan hukuman penjara 15 tahun dan denda RM11.4 bilion untuk kesemua 25 pertuduhan 7 bulan yang lalu: Ketua UMNO Sabah, Datuk Seri Bung Mokhtar Radin disahkan meninggal dunia 8 bulan yang lalu: Ismanira Abdul Manaf, ibu kepada kanak-kanak autistik, Zayn Rayyan didapati bersalah atas tuduhan pengabaian anak hari ini

IKUTI KAMI


Hanya Separuh Pengundi Johor Tunai Hak Setakat 4 Petang

Politik Dikemaskini 4 tahun yang lalu · Diterbitkan pada 12 Mar 2022 5:24PM

Seorang pengundi menunaikan tanggungjawab sempena PRN Johor di SMK Aminuddin Baki, Perling. - Gambar oleh Alif Omar

Kongsi Artikel Ini

Langgani saluran Telegram kami untuk berita terkini dan paparan gaya hidup pelengkap hari anda.

KUALA LUMPUR - Berbaki dua jam sebelum majoriti pintu pusat pengundian Pilihan Raya Negeri (PRN) Johor ditutup pada jam 6 petang nanti, kadar pengundi yang keluar melaksanakan tanggungjawab itu hanya sekitar 50 peratus.

Setakat jam 4 petang ini, kira-kira 1,299,899 daripada 2,599,797 pemilih keluar mengundi di 1,021 pusat, membabitkan 4,638 saluran di 56 Dewan Undangan Negeri (DUN).

Jumlah peratusan itu dimaklumkan Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) menerusi Facebook.

Walaupun cuaca, terutama di sebelah pagi cerah dan SPR serta pemimpin politik meminta pengundi untuk keluar lebih awal menunaikan hak mereka itu, peratusan terbabit masih rendah.

PRN Johor menyaksikan seramai 239 calon, iaitu 202 lelaki dan 37 wanita daripada 11 parti politik dan Bebas berentap untuk merebut kerusi DUN ditandingi.

Proses pengundian bermula jam 8 pagi ini dilaksanakan dengan prosedur operasi standard (SOP) ketat, iaitu pengundi diwajibkan memakai pelitup muka, menggunakan pensanitasi tangan, merekodkan kehadiran dan mengamalkan penjarakan sosial.

Malah, pensanitasi tangan akan disediakan di empat stesen dalam pusat mengundi yang perlu digunakan mereka, iaitu pintu masuk utama, pintu masuk saluran, dalam saluran (selepas mencelup jari dengan dakwat) dan sebelum keluar dari pusat.

SPR turut membenarkan pengundi bergejala COVID-19 menunaikan tanggungjawab memilih di khemah khas dengan dipantau pegawai kesihatan untuk pemeriksaan dan tindakan susulan.

Pengundi berstatus individu disyaki (PUI) dan individu dalam pemantauan (PUS) yang ingin berbuat demikian perlu memohon kebenaran dari pegawai kesihatan daerah (PKD), pejabat kesihatan daerah yang mengawasi Arahan Perintah Pengawasan dan Pemerhatian berkenaan untuk keluar sementara ke pusat mengundi.

Bagaimanapun, pengundi positif virus itu tidak dibenarkan hadir mengundi. - Getaran, 12 Mac 2022

Berita Berkaitan

1

Politik 3 tahun yang lalu

16 Peratus Keluar Mengundi Awal - SPR

2

Politik 4 tahun yang lalu

Peratusan Keluar Mengundi Rendah Bukan Tanda PKR Lemah

3

Semasa 4 tahun yang lalu

Exco Johor Bakal Dilantik Perlu Isytihar Harta, Lalui Semakan Latar Belakang

4

Politik 4 tahun yang lalu

Tiada Krisis Dalaman UMNO, Pelantikan Onn Hafiz Selaras Undang-Undang Tubuh Johor

Sorotan

1

2 Remaja Perempuan Maut Nahas, Polis Tahan Pemandu 

2

Keupayaan BN Tadbir Negeri Dipersoal, Mampukah Atasi Rekod Pelaburan PH? - Aminuddin

3

Nahas Ragut Nyawa 2 Remaja: Pemandu Sah Positif Dadah - Polis

4

Sepang Kembali Dalam Kalendar F1, Bakal Anjur GP Bahrain Oktober Nanti 

5

PRU: ‘Tiada Perbincangan Setakat Ini’ - Zahid

6

Kanak-Kanak Autistik Maut Terjatuh Dari Tingkat 13

Disyorkan untuk anda

Semasa 1 hari yang lalu

Pemerasan RM2 Juta, 12 Pegawai Dan Anggota Polis Ditahan

oleh Sophia Ahmad

Semasa 1 hari yang lalu

Nahas 6 Maut Di Karak, PM Zahir Ucapan Takziah

oleh Sophia Ahmad

Semasa 12 jam yang lalu

Nahas Ragut Nyawa 2 Remaja: Pemandu Sah Positif Dadah - Polis

oleh Sophia Ahmad

Sukan 1 hari yang lalu

F1 GP Bahrain: Malaysia Bakal Jadi Tuan Rumah Di Litar Sepang - PM 

oleh Sophia Ahmad