web statsweb stats

Berita Terkini

5 bulan yang lalu: Najib Razak dijatuhkan hukuman penjara 15 tahun dan denda RM11.4 bilion untuk kesemua 25 pertuduhan 6 bulan yang lalu: Ketua UMNO Sabah, Datuk Seri Bung Mokhtar Radin disahkan meninggal dunia 7 bulan yang lalu: Ismanira Abdul Manaf, ibu kepada kanak-kanak autistik, Zayn Rayyan didapati bersalah atas tuduhan pengabaian anak hari ini 7 bulan yang lalu: PRN Sabah: Penamaan calon ialah pada 15 November manakala mengundi awal pada 25 November - SPR 8 bulan yang lalu: Semua kapal yang menyertai misi FFCxTMTGM telah dipintas tentera Israel dalam lingkungan 120 batu nautika dari Gaza - MyCARE

IKUTI KAMI


PRN Johor: Keluar Mengundi Ikut Masa MySPR Semak - SPR

Politik Dikemaskini 4 tahun yang lalu · Diterbitkan pada 10 Mar 2022 11:38AM

maklumaMaklumat untuk masa keluar mengundi yang digalakkan bagi setiap pengundi dipaparkan menerusi aplikasi MySPR Semak. - Gambar Azim Abd Rahman

Kongsi Artikel Ini

Langgani saluran Telegram kami untuk berita terkini dan paparan gaya hidup pelengkap hari anda.

JOHOR BAHRU - Seramai 2,539,606 pengundi Pilihan Raya Negeri (PRN) Johor pada Sabtu ini, dinasihatkan keluar mengundi mengikut masa yang dicadangkan seperti yang tertera dalam aplikasi MySPR Semak.

Setiausaha Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) ,Datuk Ikmalrudin Ishak menerusi kenyataan berkata maklumat masa keluar mengundi yang digalakkan untuk setiap pengundi, dipaparkan menerusi aplikasi itu. 

Beliau berkata bagi pengundi yang tidak dapat hadir pada masa keluar mengundi yang digalakkan atas sebab-sebab tertentu, mereka masih boleh keluar mengundi mengikut kelapangan masa bermula dari pukul 8 pagi hingga 6 petang, atau waktu yang telah diwartakan di pusat mengundi masing-masing.

Namun demikian, pengundi adalah dinasihatkan untuk tidak keluar mengundi pada saat-saat akhir dan sentiasa mematuhi semua undang-undang, peraturan dan garis panduan khas pencegahan COVID-19 pada hari mengundi nanti,” katanya.

Beliau turut mengingatkan pengundi supaya membawa kad pengenalan dan catatan maklumat pengundian, serta menunjukkannya kepada Kerani Pengundian Pertama (KP1) di saluran, bagi memudahkan semakan nama pengundi serta membantu kelancaran proses pengundian pada hari mengundi.

“Selain itu, pengundi juga dinasihatkan untuk menyimpan kad pengenalan mereka dengan selamat dan tidak menyerahkannya kepada pihak lain, kecuali petugas pilihan raya di pusat mengundi masing-masing,” katanya.

Ikmalrudin pada masa sama menyeru kepada semua pengundi supaya keluar menunaikan tanggungjawab mereka dan menyarankan agar semakan maklumat pengundian dibuat lebih awal sebelum hari mengundi, sama ada menerusi portal pengundi.spr.gov.my, aplikasi MySPR Semak atau Hotline SPR di talian 03-88927018.

Seramai 2,539,606 orang pengundi biasa daripada 2,597,742 orang pengundi berdaftar, layak mengundi pada Sabtu ini, manakala 21,407 orang merupakan pengundi awal dan 36,729 pula mengundi secara pos. - Bernama

Sorotan

1

Lelaki Guna Pembesar Suara Cetus Kebimbangan, Dakwa Kononnya COVID-19 Kembali Menular

2

Kanak-Kanak Perempuan Maut, Abang Kritikal Jatuh Dari Pangsapuri

3

PM Puji Keberkesanan Kementerian Komunikasi Perjelas Pelaksanaan BUDI95

4

Gempa Bumi 8.2 Landa Mindanao, Pihak Berkuasa Keluarkan Amaran Tsunami

5

Dikurung Dalam Stor Beberapa Minggu, Polis Selamatkan Kanak-Kanak Mangsa Dera Ibu Angkat

6

Sebuah Kerajaan Bukan Hadiah Untuk Dirampas

Disyorkan untuk anda

Semasa 1 hari yang lalu

Hanya Belajar Di Media Sosial, Anak Kampung Kini Hasilkan 6,000 Ikan Angelfish

Luar Negara 1 hari yang lalu

UNIFIL Kecam Serangan Ragut Nyawa Anggota Tentera Lubnan

Politik 1 hari yang lalu

‘PRN Johor Bukan Keutamaan Saya, Pemulihan Ekonomi Masih Fokus Kerajaan Persekutuan’ – Anwar

oleh Sophia Ahmad

Sukan 1 hari yang lalu

MPL MY: Team Vamos Mara Ke Grand Final, Tempah Tiket Ke MSC