web statsweb stats

Berita Terkini

1 bulan yang lalu: PRN Negeri Sembilan: Hari pencalonan 18 Julai, undi awal 28 Julai dan hari mengundi 1 Ogos - SPR 1 bulan yang lalu: PRN Johor: Hari pencalonan 27 Jun, undi awal 7 Julai dan hari mengundi 11 Julai - SPR 7 bulan yang lalu: Najib Razak dijatuhkan hukuman penjara 15 tahun dan denda RM11.4 bilion untuk kesemua 25 pertuduhan 7 bulan yang lalu: Ketua UMNO Sabah, Datuk Seri Bung Mokhtar Radin disahkan meninggal dunia 8 bulan yang lalu: Ismanira Abdul Manaf, ibu kepada kanak-kanak autistik, Zayn Rayyan didapati bersalah atas tuduhan pengabaian anak hari ini

IKUTI KAMI


WARISAN Bukan Parti Politik Khusus Untuk Cina

Politik Dikemaskini 4 tahun yang lalu · Diterbitkan pada 09 Mar 2022 6:43PM

Mohd Shafie Apdal (tiga dari kanan) bertemu pengundi di kawasan DUN Bukit Batu, hari ini.

Kongsi Artikel Ini

Langgani saluran Telegram kami untuk berita terkini dan paparan gaya hidup pelengkap hari anda.

KULAI - Parti Warisan Sabah (WARISAN) menafikan dakwaan segelintir pihak bahawa parti politik itu adalah khusus untuk masyarakat Cina.

Presidennya, Datuk Seri Mohd Shafie Apdal berkata, parti itu adalah satu-satunya parti politik yang mencerminkan kepelbagaian kaum di peringkat kepimpinan tertinggi mereka.

Ahli Parlimen Semporna itu menegaskan, WARISAN berbeza dengan parti politik lain yang mendakwa ia mempunyai ahli berbilang kaum seperti DAP dan PKR.

“Siapa pimpinan tertinggi DAP, Lim Guan Eng, siapa lagi, Lim Kit Siang, Pengerusi DAP Johor, Liew Chin Tong, semua hanya dari satu kaum.

“Begitu juga PKR, kepimpinan tertinggi mereka, Datuk Seri Anwar Ibrahim, kemudian bertukar kepada isterinya, Datuk Seri Dr Wan Azizah Wan Ismail, kemudian anaknya, Nurul Izzah,” katanya.

Beliau berkata demikian pada sidang media di Bilik Gerakan WARISAN di Dewan Undangan Negeri (DUN) Bukit Batu di sini, hari ini. 

Turut hadir, calon WARISAN kerusi berkenaan, Lee Ming Wen.

Mohd Shafie berkata, apabila parti lain berkenaan mendakwa ia berbilang kaum, itu tidak lebih daripada sekadar cakap mulut sahaja, berbeza dengan WARISAN.

“Tetapi lihat WARISAN dan barisan kepimpinan tertingginya, ada Melayu beragama Islam, ada Cina, ada Kristian, itu buktinya kita adalah sebuah parti berbilang kaum,” katanya.

Menurut Mohd Shafie, dakwaan bahawa sokongan diterima pihaknya ketika membuat keputusan memasuki Semenanjung hanya mampu menarik minat masyarakat Cina juga tidak benar.

Hakikatnya, beliau berkata, apa dilihat adalah calon dan jentera diketengahkan di Pekan Nanas adalah Melayu, manakala di Bekok calon dan jenteranya India yang menyaksikan parti itu mendapat sokongan semua kaum serta agama.

“Namun, tidak dinafikan majoriti daripadanya adalah masyarakat Cina dan saya berterima kasih kepada mereka kerana bijak menilai dengan realistik.

“Sokongan kepada sesuatu parti politik tidak seharusnya dibuat berdasarkan kaum dan agama, tetapi pihak yang benar-benar ikhlas dalam memberi perkhidmatan kepada rakyat,” katanya.

PRN Johor menyaksikan WARISAN buat pertama kali bertanding pada pilihan raya di Semenanjung dengan mempertaruhkan enam calonnya di enam kerusi DUN.

DUN itu adalah Pekan Nenas, Bekok, Mahkota, Johor Jaya, Bukit Baru dan Permas. – Getaran, 9 Mac 2022

Berita Berkaitan

1

Semasa 4 tahun yang lalu

Exco Johor Bakal Dilantik Perlu Isytihar Harta, Lalui Semakan Latar Belakang

2

Politik 4 tahun yang lalu

Tiada Krisis Dalaman UMNO, Pelantikan Onn Hafiz Selaras Undang-Undang Tubuh Johor

3

Politik 4 tahun yang lalu

PAS Tiada Halangan Muhyiddin Berundur, Keputusan Mohd Khairuddin Pendirian Peribadi

4

Politik 4 tahun yang lalu

Siapa Menteri Besar Johor?

Sorotan

1

2 Remaja Perempuan Maut Nahas, Polis Tahan Pemandu 

2

Keupayaan BN Tadbir Negeri Dipersoal, Mampukah Atasi Rekod Pelaburan PH? - Aminuddin

3

Nahas Ragut Nyawa 2 Remaja: Pemandu Sah Positif Dadah - Polis

4

Sepang Kembali Dalam Kalendar F1, Bakal Anjur GP Bahrain Oktober Nanti 

5

PRU: ‘Tiada Perbincangan Setakat Ini’ - Zahid

6

Kanak-Kanak Autistik Maut Terjatuh Dari Tingkat 13

Disyorkan untuk anda

Politik 1 hari yang lalu

PRU: ‘Tiada Perbincangan Setakat Ini’ - Zahid

oleh Sophia Ahmad

Semasa 4 jam yang lalu

PRN Negeri Sembilan: Institusi Diraja Kekal Berkecuali - Istana

oleh Sophia Ahmad

Semasa 2 jam yang lalu

Pihak Hina Institusi Diraja Negeri Sembilan Perlu Dikenakan Tindakan - Aminuddin

oleh Sophia Ahmad

Semasa 5 jam yang lalu

RCI TH: ‘Jika Mereka Tak Bersalah, Pertahankan; Jika Bersalah, Sila Dakwa’ - PM

oleh Sophia Ahmad