web statsweb stats

Berita Terkini

5 bulan yang lalu: Najib Razak dijatuhkan hukuman penjara 15 tahun dan denda RM11.4 bilion untuk kesemua 25 pertuduhan 6 bulan yang lalu: Ketua UMNO Sabah, Datuk Seri Bung Mokhtar Radin disahkan meninggal dunia 7 bulan yang lalu: Ismanira Abdul Manaf, ibu kepada kanak-kanak autistik, Zayn Rayyan didapati bersalah atas tuduhan pengabaian anak hari ini 7 bulan yang lalu: PRN Sabah: Penamaan calon ialah pada 15 November manakala mengundi awal pada 25 November - SPR 8 bulan yang lalu: Semua kapal yang menyertai misi FFCxTMTGM telah dipintas tentera Israel dalam lingkungan 120 batu nautika dari Gaza - MyCARE

IKUTI KAMI


Radzi Jangan Lupa Jasa BN Dalam Kerajaan PN

Politik Dikemaskini 4 tahun yang lalu · Diterbitkan pada 09 Mar 2022 2:49PM

Dr Mohd Radzi Md Jidin

Kongsi Artikel Ini

Langgani saluran Telegram kami untuk berita terkini dan paparan gaya hidup pelengkap hari anda.

KUALA LUMPUR - Perikatan Nasional (PN) diminta menghormati dan menghargai peranan parti komponen lain yang bersama-sama membentuk kerajaan ketika ini. 

Pengarah Komunikasi Barisan Nasional (BN), Datuk Seri Shamsul Anuar Nasarah menegaskan, gabungan tersebut bukan hanya dianggotai Parti Pribumi Bersatu Malaysia (BERSATU) dan PAS sebelum ini. 

Dr Shamsul Anuar Nasarah
Dr Shamsul Anuar Nasarah

Bagaimanapun, Shamsul Anuar berkata, kerajaan sekarang turut sama disertai BN, Gabungan Parti Sarawak (GPS) dan beberapa Ahli Parlimen Bebas. 

“Malah, Anggota Jemaah Menteri Kerajaan PN turut dianggotai Menteri GPS dan daripada BN.

“Maknanya, biarpun kerajaan PN dikuasai BERSATU dan PAS, PN tidak akan mampu membentuk kerajaannya serta tidak boleh berbuat apa-apa tanpa sokongan yang lain. Ini fakta,” katanya hari ini. 

Beliau berkata demikian bagi mengulas kenyataan Naib Presiden BERSATU, Datuk Dr Mohd Radzi Md Jidin bahawa Tan Sri Muhyiddin Yassin adalah satu-satunya Perdana Menteri yang terpaksa menguruskan dua krisis serentak, iaitu ekonomi dan kesihatan ekoran penularan COVID-19.

Menteri Kanan Pendidikan itu berkata, dalam tempoh 16 bulan PN mentadbir negara, pelbagai rintangan diatasi, termasuk penyediaan dan pengurusan vaksin yang mencukupi untuk memastikan jangkitan COVID-19 terkawal.

Mohd Radzi berkata, walaupun Muhyiddin hanya berjaya mentadbir dalam tempoh itu, pencapaian PN bagi menyelesaikan pelbagai isu tertunggak adalah sesuatu yang tidak boleh dinafikan mana-mana pihak.

Mengulas lanjut, Shamsul Anuar memaklumkan, pertambahan Ahli Parlimen BERSATU adalah hasil penat lelah yang turut diusahakan parti lain. 

Jelasnya, tanpa Ahli Parlimen yang bertindak melompat, BERSATU hanya parti kecil dan tidak mempunyai akar umbi, mahupun penyokong kuat. 

“Oleh kerana itu, hormati dan hargailah juga peranan dan jasa pihak lain yang sudah bersama PN. 

“PN tidak mungkin boleh mentadbir negara tanpa ada sokongan orang lain,” katanya. - Getaran, 9 Mac 2022.

Sorotan

1

Lelaki Guna Pembesar Suara Cetus Kebimbangan, Dakwa Kononnya COVID-19 Kembali Menular

2

Kanak-Kanak Perempuan Maut, Abang Kritikal Jatuh Dari Pangsapuri

3

PM Puji Keberkesanan Kementerian Komunikasi Perjelas Pelaksanaan BUDI95

4

Gempa Bumi 8.2 Landa Mindanao, Pihak Berkuasa Keluarkan Amaran Tsunami

5

Dikurung Dalam Stor Beberapa Minggu, Polis Selamatkan Kanak-Kanak Mangsa Dera Ibu Angkat

6

Sebuah Kerajaan Bukan Hadiah Untuk Dirampas

Disyorkan untuk anda

Semasa 11 jam yang lalu

Kerajaan Tolak Desakan Beremosi, Tangani Isu Pelarian Dengan Berhemah - Saifuddin

oleh Sophia Ahmad

Semasa 17 jam yang lalu

Dikurung Dalam Stor Beberapa Minggu, Polis Selamatkan Kanak-Kanak Mangsa Dera Ibu Angkat

oleh Sophia Ahmad

Semasa 1 hari yang lalu

Tersalah Tekan Pedal Minyak, Wanita 61 Tahun Pandu Posche Rempuh Lobi Hotel

oleh Sophia Ahmad

Semasa 10 jam yang lalu

Kanak-Kanak Perempuan Maut, Abang Kritikal Jatuh Dari Pangsapuri

oleh Wartawan Getaran