web statsweb stats

Berita Terkini

5 bulan yang lalu: Najib Razak dijatuhkan hukuman penjara 15 tahun dan denda RM11.4 bilion untuk kesemua 25 pertuduhan 6 bulan yang lalu: Ketua UMNO Sabah, Datuk Seri Bung Mokhtar Radin disahkan meninggal dunia 7 bulan yang lalu: Ismanira Abdul Manaf, ibu kepada kanak-kanak autistik, Zayn Rayyan didapati bersalah atas tuduhan pengabaian anak hari ini 7 bulan yang lalu: PRN Sabah: Penamaan calon ialah pada 15 November manakala mengundi awal pada 25 November - SPR 8 bulan yang lalu: Semua kapal yang menyertai misi FFCxTMTGM telah dipintas tentera Israel dalam lingkungan 120 batu nautika dari Gaza - MyCARE

IKUTI KAMI


Nurafiqah Tak Gentar Berdepan Mantan MB, ADUN Di Bukit Kepong

Politik Dikemaskini 4 tahun yang lalu ยท Diterbitkan pada 28 Feb 2022 7:11PM

Nurafiqah (dua kiri) akan memastikan pembangunan seimbang untuk masyarakat luar bandar. - Gambar Bernama

Kongsi Artikel Ini

Langgani saluran Telegram kami untuk berita terkini dan paparan gaya hidup pelengkap hari anda.

MUAR - Ketidakseimbangan pembangunan kawasan bandar dengan pedalaman antara perkara utama yang menjadi fokus calon Parti Ikatan Demokratik Malaysia (MUDA), Nurafiqah M Zulkifli sekiranya diberi mandat mewakili rakyat untuk kerusi berkenaan.

Katanya, misi itu penting demi mewujudkan keseimbangan pembangunan masyarakat di kawasan luar bandar yang memerlukan kegiatan ekonomi untuk membangunkan sektor terbabit secara holistik.

Menurut beliau, sekiranya pembangunan tidak dilaksanakan secara terancang, ia membawa kepada kemelesetan kualiti hidup serta menimbulkan masalah sosioekonomi yang tidak diingini.

“Dewan Undangan Negeri (DUN) Bukit Kepong ini di bawah Parlimen Pagoh namun apa kemajuan yang dikecapi rakyat di sini? Kalau dilihat, Batu Pahat lagi maju dan rancak ekonominya berbanding Muar. Walaupun ada pemimpin besar namun hanya Johor Bahru difokuskan untuk pembangunan.

“Saya berasal dari sini namun pembangunan Johor tidak dinikmati oleh kami. Masalah ketidakseimbangan ini sangat ketara dan lebih menyedihkan, bukan sahaja pembangunan besar, malah keperluan infrastruktur asas penduduk di sini sangat mendukacitakan,” katanya.

Beliau berkata demikian ketika ditemui Getaran di Bilik Gerakan Utama MUDA di Taman Pagoh Jaya, hari ini.

Nurafiqah mengakui, beliau juga tidak gentar untuk berhadapan dengan mantan Menteri Besar Johor, Datuk Dr Sahruddin Jamal dan mantan Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Bukit Serampang, Ismail Mohamed bagi merebut kerusi DUN Bukit Kepong.

Beliau turut yakin penyertaannya mampu memberi saingan sengit kepada dua calon veteran itu, kerana rakyat sudah muak dengan suasana politik ketika ini yang dikuasai oleh pemimpin lama dan lebih menjaga kepentingan peribadi serta parti.

“Bukan orang muda sahaja, orang tua juga mahukan perubahan kerana memikirkan masa depan anak cucu mereka sekiranya politik di Malaysia masih sama. Mereka sudah masak dan meluat dengan isu politik yang sering dimainkan oleh parti lama.

“Permasalahan politik ini sudah merentasi kaum dan kawasan, kalau lihat di Felda kita ada penyokong namun mereka tidak boleh dedahkan kepada umum kerana risau akan dipulau oleh penduduk di kampung yang menjadi kubu kuat Barisan Nasional (BN) dan Perikatan Nasional (PN),” katanya.

Nurafiqah optimis bahawa pengalaman dan komitmennya yang sering turun padang bagi menangani isu rakyat setempat dapat memberi kelebihan untuk memenangi kerusi DUN Bukit Kepong.

Jelasnya, rakyat di kawasan itu sememangnya sudah sinonim dengan kerja kebajikan yang dilakukan MUDA di bawah pimpinan Ahli Parlimen Muar, Syed Saddiq Syed Abdul Rahman.

“Walaupun lawan saya mantan Menteri Besar dan ADUN, namun saya juga merupakan Pegawai Khas Ahli Parlimen Muar. Memang jawatan tak tinggi namun pengalaman membantu edaran komputer riba dan bantuan COVID-19 serta banjir di sini membuatkan saya lebih dikenali.

“Ramai penduduk mengharapkan saya bertanding di DUN Maharani ataupun Sungai Balang, namun parti berbincang untuk meletakkan calon di Bukit Kepong. Saya akan kerja lebih kuat dan berharap agar pengundi dapat menilai gerak kerja saya di Parlimen Muar,” katanya.

Sementara itu, ditanya berkenaan pelancaran manifesto, Nurafiqah berkata MUDA akan melancarkan perkara itu dalam masa terdekat yang bakal memberi tumpuan kepada penyelesaian masalah rakyat setempat.

Nurafiqah yang pertama kali bertanding dalam PRN Johor, akan dicabar dalam pertandingan empat penjuru menentang Datuk Dr Sahruddin Jamal (PN-BERSATU), Ismail Mohamed (BN) dan Md Taib Md Suhut (PEJUANG).

Kerusi Bukit Kepong sebelum ini dimenangi PN melalui Sahruddin, menewaskan Mohd Noor Taib daripada BN dan Iqbal Razak (PAS) dengan majoriti 1,273 undi. - Getaran, 28 Februari 2022

Berita Berkaitan

1

Semasa 2 tahun yang lalu

Pembangunan Mersing Perlu Kerjasama Kerajaan Johor, Persekutuan - MB

2

Semasa 3 tahun yang lalu

Terlalu Awal Untuk Hakimi Kerajaan Perpaduan Gagal - Fadillah

3

Ekonomi 3 tahun yang lalu

Kerajaan Masih Ada Ruang Kawal Perbelanjaan Negara - Menteri Ekonomi

4

Semasa 3 tahun yang lalu

Saiz, Kepadatan Penduduk Faktor Pembangunan Sabah, Sarawak Agak Ketinggalan - Fadillah

Sorotan

1

Lelaki Guna Pembesar Suara Cetus Kebimbangan, Dakwa Kononnya COVID-19 Kembali Menular

2

Kanak-Kanak Perempuan Maut, Abang Kritikal Jatuh Dari Pangsapuri

3

PM Puji Keberkesanan Kementerian Komunikasi Perjelas Pelaksanaan BUDI95

4

Gempa Bumi 8.2 Landa Mindanao, Pihak Berkuasa Keluarkan Amaran Tsunami

5

Dikurung Dalam Stor Beberapa Minggu, Polis Selamatkan Kanak-Kanak Mangsa Dera Ibu Angkat

6

Sebuah Kerajaan Bukan Hadiah Untuk Dirampas

Disyorkan untuk anda

Semasa 1 hari yang lalu

Hanya Belajar Di Media Sosial, Anak Kampung Kini Hasilkan 6,000 Ikan Angelfish

Semasa 16 jam yang lalu

PM Puji Keberkesanan Kementerian Komunikasi Perjelas Pelaksanaan BUDI95

Semasa 1 hari yang lalu

Tersalah Tekan Pedal Minyak, Wanita 61 Tahun Pandu Posche Rempuh Lobi Hotel

oleh Sophia Ahmad

Semasa 10 jam yang lalu

Kanak-Kanak Perempuan Maut, Abang Kritikal Jatuh Dari Pangsapuri

oleh Wartawan Getaran