web statsweb stats

Berita Terkini

1 bulan yang lalu: PRN Negeri Sembilan: Hari pencalonan 18 Julai, undi awal 28 Julai dan hari mengundi 1 Ogos - SPR 1 bulan yang lalu: PRN Johor: Hari pencalonan 27 Jun, undi awal 7 Julai dan hari mengundi 11 Julai - SPR 7 bulan yang lalu: Najib Razak dijatuhkan hukuman penjara 15 tahun dan denda RM11.4 bilion untuk kesemua 25 pertuduhan 7 bulan yang lalu: Ketua UMNO Sabah, Datuk Seri Bung Mokhtar Radin disahkan meninggal dunia 8 bulan yang lalu: Ismanira Abdul Manaf, ibu kepada kanak-kanak autistik, Zayn Rayyan didapati bersalah atas tuduhan pengabaian anak hari ini

IKUTI KAMI


Hidupkan Sektor Pelancongan Gersik Misi Dr Sahruddin

Politik Dikemaskini 4 tahun yang lalu · Diterbitkan pada 27 Feb 2022 5:04PM

Datuk Dr Sahruddin Jamal

Kongsi Artikel Ini

Langgani saluran Telegram kami untuk berita terkini dan paparan gaya hidup pelengkap hari anda.

MUAR - Membangunkan kawasan Gersik sebagai pusat pelancongan menjadi antara fokus calon Perikatan Nasional (PN) bagi Dewan Undangan Negeri (DUN) Bukit Kepong, Datuk Dr Sahruddin Jamal, sekiranya beliau memenangi kerusi itu pada Pilihan Raya Negeri (PRN) Johor.

Katanya, misi terbabit penting dalam menarik pelancong luar untuk menikmati suasana dan tarikan dimiliki kawasan berkenaan, terutama kaki pancing, seterusnya mewujudkan peluang ekonomi kepada penduduk sekitar.

“Bagus untuk jadikan pekan (Bukit Kepong) ini sebagai pusat pelancongan dan kita sudah membina dataran dan dewan yang dapat digunakan masyarakat untuk aktiviti terbabit (pelancongan).

“Kita juga mempunyai muara sungai Muar - Gersik yang menjadi tarikan orang luar, khususnya kaki pancing untuk ke sini. Penduduk mahu muara sungai dicantikkan dan saya akan cuba sebaiknya membangunkan kawasan ini,” katanya ketika ditemui media di Gersik hari ini.

Ditanya sekiranya ada keperluan untuk meningkatkan lebih banyak peluang pekerjaan di kawasan berkenaan, Dr Sahruddin menegaskan perkara itu tidak menjadi kepentingan setakat ini.

Menurut beliau, ia berikutan terdapat kawasan perindustrian yang majoriti penduduk di kawasan itu bekerja di situ, selain menjadi petani mahupun nelayan.

“Selain itu, pekan Gersik adalah kawasan sering dilanda banjir. Bagaimanapun, Pengerusi PN yang juga Presiden Parti Pribumi Bersatu Malaysia (BERSATU), Tan Sri Muhyiddin Yassin sudah meluluskan tiga dewan membabitkan kos RM13 juta.

“Dewan ini bukan sahaja sebagai tempat untuk rakyat lakukan aktiviti, tetapi berfungsi sebagai pusat pemindahan banjir,” katanya.

Dr Sahruddin berdepan saingan empat penjuru pada PRN Johor dalam usaha mempertahankan kerusi DUN Bukit Kepong dimenangi ketika Pilihan Raya Umum ke-14 (PRU-14) ketika bersama Pakatan Harapan (PH).

Beliau akan ditentang mantan Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Bukit Serampang, Ismail Mohamed dari Barisan Nasional (BN), selain calon PH, Nurafiqah M Zulkifli dari Parti Ikatan Demokratik Malaysia (MUDA) dan Parti Pejuang Tanah Air (PEJUANG), Md Taib Md Suhut. - Getaran, 27 Februari 2022

Berita Berkaitan

1

Jelajah 1 tahun yang lalu

Lembaga Pelancongan Sarawak Promosi Pakej Menarik Di NATAS Holidays 2024, Singapura

2

Semasa 2 tahun yang lalu

JWP Gerakkan Usaha Promosi Produk Pelancongan Domestik - Dr Zaliha

3

Semasa 2 tahun yang lalu

Acara Pelancongan Negeri Sembilan Perlu Beri Impak Maksimum - Aminuddin

4

TARA 2 tahun yang lalu

Biarpun Kadar Tukaran Wang Tinggi, Rakyat Malaysia Masih Suka Ke Singapura

Sorotan

1

2 Remaja Perempuan Maut Nahas, Polis Tahan Pemandu 

2

Keupayaan BN Tadbir Negeri Dipersoal, Mampukah Atasi Rekod Pelaburan PH? - Aminuddin

3

Nahas Ragut Nyawa 2 Remaja: Pemandu Sah Positif Dadah - Polis

4

Sepang Kembali Dalam Kalendar F1, Bakal Anjur GP Bahrain Oktober Nanti 

5

PRU: ‘Tiada Perbincangan Setakat Ini’ - Zahid

6

Kanak-Kanak Autistik Maut Terjatuh Dari Tingkat 13

Disyorkan untuk anda

Semasa 2 jam yang lalu

Pihak Hina Institusi Diraja Negeri Sembilan Perlu Dikenakan Tindakan - Aminuddin

oleh Sophia Ahmad

Semasa 4 jam yang lalu

PRN Negeri Sembilan: Institusi Diraja Kekal Berkecuali - Istana

oleh Sophia Ahmad

Politik 1 hari yang lalu

PRU: ‘Tiada Perbincangan Setakat Ini’ - Zahid

oleh Sophia Ahmad

Semasa 1 hari yang lalu

Pemerasan RM2 Juta, 12 Pegawai Dan Anggota Polis Ditahan

oleh Sophia Ahmad