web statsweb stats

Berita Terkini

1 bulan yang lalu: PRN Negeri Sembilan: Hari pencalonan 18 Julai, undi awal 28 Julai dan hari mengundi 1 Ogos - SPR 1 bulan yang lalu: PRN Johor: Hari pencalonan 27 Jun, undi awal 7 Julai dan hari mengundi 11 Julai - SPR 7 bulan yang lalu: Najib Razak dijatuhkan hukuman penjara 15 tahun dan denda RM11.4 bilion untuk kesemua 25 pertuduhan 7 bulan yang lalu: Ketua UMNO Sabah, Datuk Seri Bung Mokhtar Radin disahkan meninggal dunia 8 bulan yang lalu: Ismanira Abdul Manaf, ibu kepada kanak-kanak autistik, Zayn Rayyan didapati bersalah atas tuduhan pengabaian anak hari ini

IKUTI KAMI


Peluang Bertanding Semula Kesempatan Berharga - Abd Mutalip

Politik Dikemaskini 4 tahun yang lalu · Diterbitkan pada 26 Feb 2022 5:06PM

Abd Mutalip (kanan) dan Onn Hafiz (dua dari kanan) mengaminkan bacaan doa ketika hadir menghantar borang pencalonan PRN Johor, pagi tadi.

Kongsi Artikel Ini

Langgani saluran Telegram kami untuk berita terkini dan paparan gaya hidup pelengkap hari anda.

KLUANG - Peluang diberikan pucuk pimpinan Barisan Nasional (BN) untuk bertanding semula di kerusi Dewan Undangan Negeri (DUN) Layang-layang dilihat satu kesempatan berharga bagi bekas Exco Johor, Abd Mutalip Abd Rahim.

Beliau yang pernah menyandang jawatan Pengerusi Jawatankuasa Agama Negeri Johor menganggap ini peluang untuk menyambung semula semua perancangan yang tertangguh selepas pentadbiran kerajaan negeri beralih tangan.

"Saya menyifatkan pencalonan saya kali ini sebagai peluang untuk saya menyambung semula perancangan pembangunan yang tertangguh sebelum ini.

"Semua pembangunan yang dirancang oleh ADUN Layang-layang terdahulu iaitu Datuk Onn Hafiz Ghazi juga akan diberikan perhatian dan diteruskan pembinaannya,” katanya.

Abd Mutalip Abd Rahim
Abd Mutalip Abd Rahim

Abd Mutalip berkata, banyak perancangan pembangunan yang dirancang untuk dilakukan ketika menjadi wakil rakyat sebelum ini tertangguh kerana pada Pilihan Raya Umum (PRU) Ke-14.

“Apabila dicalonkan semula, sudah pasti ia dijadikan sebagai peluang untuk saya merancang lebih banyak lagi pembangunan untuk masyarakat di DUN Layang-layang ini," katanya.

Beliau pernah berkhidmat sebagai wakil rakyat di kawasan berkenaan pada 2014 hingga 2018 sebelum tidak bertanding pada PRU Ke-14.

Abd Mutalip turut yakin komuniti setempat di Layang-layang akan memberikan sokongan kepadanya, seperti yang pernah dilakukan ketika PRU Ke-13.

Onn Hafiz
Onn Hafiz

Dalam perkembangan berkaitan, Onn Hafiz yang berubah angin ke DUN Machap berkata, kawasan itu bukanlah satu tempat asing baginya.

Menurut beliau, sebagai Naib Ketua UMNO Bahagian Simpang Renggam, program bertemu masyarakat di DUN tersebut sentiasa dilakukan sejak menyandang jawatan berkenaan kira-kira empat tahun lalu.

"Secara hakikatnya saya sedih meninggalkan DUN Layang-layang, namun ia diterima dengan hati yang terbuka kerana itu keputusan pucuk pemimpin tertinggi negeri dan pusat, bagi membolehkan BN menang besar dalam Pilihan Raya Negeri (PRN) Johor pada 12 Mac nanti.

“Apa yang saya lakukan di Layang-layang sebelum ini akan cuba dilaksanakan di Machap sepanjang tempoh pentadbiran sekiranya terpilih sebagai wakil rakyat nanti," katanya.

Beliau turut menzahirkan harapan untuk melihat pengundi Machap memberikan peluang kepadanya menjadi wakil rakyat di kawasan itu, supaya hasrat dan perancangan dalam meneruskan pembangunan yang sudah dilaksanakan oleh kepimpinan sebelum ini dapat dicapai.

"Saya tidak menjanjikan bulan dan bintang, namun akan melakukan perancangan pembangunan secara berperingkat dari semasa ke semasa, mengikuti keperluan yang difikirkan boleh membawa manfaat kepada masyarakat setempat," katanya. – Getaran, 26 Februari 2022

Berita Berkaitan

1

Politik 2 minggu yang lalu

PRN Johor: Keputusan Tak Rasmi, BN Dahului Di 33 DUN, PH 7 DUN - Asyraf Wajdi 

2

Politik 1 bulan yang lalu

Onn Hafiz Tekad Pertahan Machap, Berdepan Calon Baharu PH

3

Politik 1 tahun yang lalu

PRK Nenggiri: BN Menang Majoriti Besar, Rampas Semula Kerusi DUN Nenggiri

4

Politik 2 tahun yang lalu

PRK Kuala Kubu Baharu: Kerajaan Perpaduan Ada Kaedah Pastikan Calon Menang

Sorotan

1

2 Remaja Perempuan Maut Nahas, Polis Tahan Pemandu 

2

Keupayaan BN Tadbir Negeri Dipersoal, Mampukah Atasi Rekod Pelaburan PH? - Aminuddin

3

Nahas Ragut Nyawa 2 Remaja: Pemandu Sah Positif Dadah - Polis

4

Sepang Kembali Dalam Kalendar F1, Bakal Anjur GP Bahrain Oktober Nanti 

5

PRU: ‘Tiada Perbincangan Setakat Ini’ - Zahid

6

Kanak-Kanak Autistik Maut Terjatuh Dari Tingkat 13

Disyorkan untuk anda

Politik 12 jam yang lalu

Keupayaan BN Tadbir Negeri Dipersoal, Mampukah Atasi Rekod Pelaburan PH? - Aminuddin

oleh Sophia Ahmad

Sukan 1 hari yang lalu

F1 GP Bahrain: Malaysia Bakal Jadi Tuan Rumah Di Litar Sepang - PM 

oleh Sophia Ahmad

Semasa 2 jam yang lalu

Pihak Hina Institusi Diraja Negeri Sembilan Perlu Dikenakan Tindakan - Aminuddin

oleh Sophia Ahmad

Semasa 1 hari yang lalu

Nahas 6 Maut Di Karak, PM Zahir Ucapan Takziah

oleh Sophia Ahmad