web statsweb stats

Berita Terkini

1 bulan yang lalu: PRN Negeri Sembilan: Hari pencalonan 18 Julai, undi awal 28 Julai dan hari mengundi 1 Ogos - SPR 1 bulan yang lalu: PRN Johor: Hari pencalonan 27 Jun, undi awal 7 Julai dan hari mengundi 11 Julai - SPR 7 bulan yang lalu: Najib Razak dijatuhkan hukuman penjara 15 tahun dan denda RM11.4 bilion untuk kesemua 25 pertuduhan 7 bulan yang lalu: Ketua UMNO Sabah, Datuk Seri Bung Mokhtar Radin disahkan meninggal dunia 8 bulan yang lalu: Ismanira Abdul Manaf, ibu kepada kanak-kanak autistik, Zayn Rayyan didapati bersalah atas tuduhan pengabaian anak hari ini

IKUTI KAMI


PRN Johor, SPRM Buka 4 Bilik Gerakan

Politik Dikemaskini 4 tahun yang lalu · Diterbitkan pada 26 Feb 2022 3:01PM

Kongsi Artikel Ini

Langgani saluran Telegram kami untuk berita terkini dan paparan gaya hidup pelengkap hari anda.

KUALA LUMPUR - Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) membuka empat bilik gerakan di seluruh Johor bagi membolehkan orang ramai menyalurkan maklumat atau aduan berhubung aktiviti rasuah dan salah guna kuasa sepanjang Pilihan Raya Negeri (PRN).

Bilik gerakan tersebut akan beroperasi bermula jam 8 pagi hingga 12 tengah malam sepanjang tempoh PRN Johor.

Jurucakap SPRM berkata, orang ramai boleh menyalurkan maklumat atau aduan dengan menghubungi nombor telefon yang disediakan atau tampil ke bilik gerakan berkenaan.

“Empat bilik gerakan itu berpusat di Pejabat SPRM Johor, Kompleks Pejabat SPRM, Tampoi; Pejabat SPRM Cawangan Batu Pahat; Pejabat SPRM Cawangan Kluang dan Pejabat SPRM Cawangan Segamat.

“Orang ramai boleh menghubungi Pejabat SPRM Johor di talian 07-2316080; SPRM Cawangan Batu Pahat (07-4321982); SPRM Cawangan Kluang (07-7714610) dan SPRM Cawangan Segamat (07-9317982) untuk menyalurkan maklumat,” katanya.

Menurut jurucakap itu lagi, orang ramai juga boleh menyalurkan sebarang aduan rasuah dan salah guna kuasa melalui aplikasi WhatsApp di talian 010-8414384 atau menerusi emel [email protected].

“SPRM juga ingin mengingatkan kepada semua calon dan parti politik agar tidak melakukan aktiviti yang boleh melanggar undang-undang dan peraturan pilihan raya selaras dengan Akta SPRM 2009 dan Akta Kesalahan Pilihan Raya 1954 (Pindaan 2012),” katanya.

PRN Johor membuka tirainya hari ini selepas proses penamaan calon di seluruh Dewan Undangan Negeri (DUN) negeri berkenaan selesai jam 10 pagi tadi. - Getaran, 26 Februari 2022

Berita Berkaitan

1

Semasa 1 bulan yang lalu

Dakwaan Kebocoran Dana RM53 Juta: SPRM Siasat Pemindahan DAK Ke Jepun 

2

Semasa 1 bulan yang lalu

Kartel Perolehan Awam RM2.5 Juta Tumpas, 13 Individu Ditahan

3

Semasa 1 bulan yang lalu

SPRM ‘Mengganas’ Lagi, 3 Tokoh Politik Bakal Didakwa Minggu Depan?

4

Semasa 2 bulan yang lalu

Abdul Halim Mulakan Tugas Ketua SPRM, Lantikan Kontrak 2 Tahun

Sorotan

1

2 Remaja Perempuan Maut Nahas, Polis Tahan Pemandu 

2

Keupayaan BN Tadbir Negeri Dipersoal, Mampukah Atasi Rekod Pelaburan PH? - Aminuddin

3

Nahas Ragut Nyawa 2 Remaja: Pemandu Sah Positif Dadah - Polis

4

Sepang Kembali Dalam Kalendar F1, Bakal Anjur GP Bahrain Oktober Nanti 

5

PRU: ‘Tiada Perbincangan Setakat Ini’ - Zahid

6

Kanak-Kanak Autistik Maut Terjatuh Dari Tingkat 13

Disyorkan untuk anda

Semasa 2 jam yang lalu

Pihak Hina Institusi Diraja Negeri Sembilan Perlu Dikenakan Tindakan - Aminuddin

oleh Sophia Ahmad

Semasa 5 jam yang lalu

Jenazah Rakyat Malaysia Maut Ditikam Di Korea Selatan Dibawa Pulang Selepas Bedah Siasat 

oleh Wartawan Getaran

Sukan 12 jam yang lalu

Sepang Kembali Dalam Kalendar F1, Bakal Anjur GP Bahrain Oktober Nanti 

oleh Sophia Ahmad

Semasa 4 jam yang lalu

PRN Negeri Sembilan: Institusi Diraja Kekal Berkecuali - Istana

oleh Sophia Ahmad