web statsweb stats

Berita Terkini

1 bulan yang lalu: PRN Negeri Sembilan: Hari pencalonan 18 Julai, undi awal 28 Julai dan hari mengundi 1 Ogos - SPR 1 bulan yang lalu: PRN Johor: Hari pencalonan 27 Jun, undi awal 7 Julai dan hari mengundi 11 Julai - SPR 7 bulan yang lalu: Najib Razak dijatuhkan hukuman penjara 15 tahun dan denda RM11.4 bilion untuk kesemua 25 pertuduhan 7 bulan yang lalu: Ketua UMNO Sabah, Datuk Seri Bung Mokhtar Radin disahkan meninggal dunia 8 bulan yang lalu: Ismanira Abdul Manaf, ibu kepada kanak-kanak autistik, Zayn Rayyan didapati bersalah atas tuduhan pengabaian anak hari ini

IKUTI KAMI


Tangguh Bulan Madu, Calon PH Dun Endau Hadir Berbusana Pengantin

Politik Dikemaskini 4 tahun yang lalu · Diterbitkan pada 26 Feb 2022 1:13PM

Mardiah membetulkan baju Mohd Fakrulradzi, sambil disaksikan Mahmud (kanan) sebelum memasuki Dewan Serbaguna Endau, bagi proses penamaan calon PRN Johor, hari ini.

Kongsi Artikel Ini

Langgani saluran Telegram kami untuk berita terkini dan paparan gaya hidup pelengkap hari anda.

MERSING - Calon Pakatan Harapan (PH) bagi Dewan Undangan Negeri (DUN) Endau meraih perhatian ramai apabila mengenakan busana pengantin, ketika hadir menghantar borang pencalonan di Dewan Serbaguna Endau pada hari penamaan calon bagi Pilihan Raya Negeri (PRN) Johor, hari ini.

Mohd Fakrulradzi Mahmud dari Parti Amanah Negara (AMANAH) diiringi bapanya, Mahmud Mat Isa, 85, dan lengkap berpakaian pengantin serta bertanjak ungu tiba di dewan berkenaan pada jam 8.38 pagi.

Mohd Fakrulradzi bersama isteri dan bapanya hadir pada Penamaan Calon di Dewan Serbaguna Endau, Mersing, hari ini.
Mohd Fakrulradzi bersama isteri dan bapanya hadir pada Penamaan Calon di Dewan Serbaguna Endau, Mersing, hari ini.

Beliau sempat bersalaman dan memeluk bapanya sebelum masuk ke dewan berkenaan bagi menyerahkan borang di pusat penamaan calon (PPC) itu.

Terdahulu, Mohd Fakrulradzi, 32, selamat melangsungkan pernikahan pada 22 Februari lalu dan perancangan mengadakan majlis resepsi kebetulan jatuh pada hari ini.

“Hari penamaan calon dan hari perkahwinan saya tidak rancang, pada awalnya memang nak buat pada 26 Februari dan kebetulan Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) umum penamaan calon pada tarikh sama.

"Jadi bagi saya korban masa saya di hari bahagia untuk datang penamaan calon demi rakyat Johor,'' katanya.

Beliau juga tidak kisah untuk menangguhkan rancangan berbulan madu bersama isteri demi memberi laluan kepada pilihan raya.

"Untuk perancangan bulan madu, buat sementara ini saya terpaksa batalkan dan utamakan pilihan raya ini demi masa depan generasi muda," katanya.

Sementara itu, isteri Mohd Fakrulradzi, Mardiah Abd Razak, 34, yang turut mengenakan busana pengantin berkata, majlis persandingan mereka akan berlangsung di Kampung Sungai Mengkuang.

Katanya, dia juga tidak kecewa dengan perancangan berbulan madunya yang terpaksa dibatalkan berikutan suaminya perlu berkempen untuk pilihan raya itu.

"Saya tahu perjuangan suami untuk agama dan masyarakat. Saya sokong perjuangannya dan tak ada masalah kerana dia lakukan demi rakyat," katanya.

Di kerusi DUN Endau, Mohd Fakrulradzi berdepan empat calon lain iaitu calon Barisan Nasional (BN), Mohd Youzaimi Yusof; calon Parti Pejuang Tanah Air (PEJUANG), Mohd Noorhisyam Ibrahim dan calon Perikatan Nasional (PN), Alwiyah Talib dari Parti Pribumi Bersatu Malaysia (BERSATU) yang juga penyandang kerusi DUN Endau.

DUN Endau turun menyaksikan penampilan seorang calon Bebas iaitu Ismail Don, bagi melengkapkan pertembungan lima penjuru. – Getaran, 26 Februari 2022

Berita Berkaitan

1

Semasa 4 tahun yang lalu

Exco Johor Bakal Dilantik Perlu Isytihar Harta, Lalui Semakan Latar Belakang

2

Politik 4 tahun yang lalu

Tiada Krisis Dalaman UMNO, Pelantikan Onn Hafiz Selaras Undang-Undang Tubuh Johor

3

Politik 4 tahun yang lalu

PAS Tiada Halangan Muhyiddin Berundur, Keputusan Mohd Khairuddin Pendirian Peribadi

4

Politik 4 tahun yang lalu

Siapa Menteri Besar Johor?

Sorotan

1

2 Remaja Perempuan Maut Nahas, Polis Tahan Pemandu 

2

Keupayaan BN Tadbir Negeri Dipersoal, Mampukah Atasi Rekod Pelaburan PH? - Aminuddin

3

Nahas Ragut Nyawa 2 Remaja: Pemandu Sah Positif Dadah - Polis

4

Sepang Kembali Dalam Kalendar F1, Bakal Anjur GP Bahrain Oktober Nanti 

5

PRU: ‘Tiada Perbincangan Setakat Ini’ - Zahid

6

Kanak-Kanak Autistik Maut Terjatuh Dari Tingkat 13

Disyorkan untuk anda

Sukan 1 hari yang lalu

F1 GP Bahrain: Malaysia Bakal Jadi Tuan Rumah Di Litar Sepang - PM 

oleh Sophia Ahmad

Semasa 2 jam yang lalu

Pihak Hina Institusi Diraja Negeri Sembilan Perlu Dikenakan Tindakan - Aminuddin

oleh Sophia Ahmad

Politik 1 hari yang lalu

PRU: ‘Tiada Perbincangan Setakat Ini’ - Zahid

oleh Sophia Ahmad

Politik 12 jam yang lalu

Keupayaan BN Tadbir Negeri Dipersoal, Mampukah Atasi Rekod Pelaburan PH? - Aminuddin

oleh Sophia Ahmad