web statsweb stats

Berita Terkini

1 bulan yang lalu: PRN Negeri Sembilan: Hari pencalonan 18 Julai, undi awal 28 Julai dan hari mengundi 1 Ogos - SPR 1 bulan yang lalu: PRN Johor: Hari pencalonan 27 Jun, undi awal 7 Julai dan hari mengundi 11 Julai - SPR 7 bulan yang lalu: Najib Razak dijatuhkan hukuman penjara 15 tahun dan denda RM11.4 bilion untuk kesemua 25 pertuduhan 7 bulan yang lalu: Ketua UMNO Sabah, Datuk Seri Bung Mokhtar Radin disahkan meninggal dunia 8 bulan yang lalu: Ismanira Abdul Manaf, ibu kepada kanak-kanak autistik, Zayn Rayyan didapati bersalah atas tuduhan pengabaian anak hari ini

IKUTI KAMI


Sah, DUN Kempas Terima Saingan 7 Penjuru

Politik Dikemaskini 4 tahun yang lalu · Diterbitkan pada 26 Feb 2022 11:44AM

Dari kiri, Nur Faizal Abdullah (PN-BERSATU), Mohd Azwan Abd Rahman (Bebas), Nornekman Osman (PEJUANG), Napsiah Khamis Maharan (PH-PKR), Datuk Ramlee Bohani (BN), Mohd Hambali Munadi (Bebas) dan Mohd Suhimi A Rahman (Bebas).

Kongsi Artikel Ini

Langgani saluran Telegram kami untuk berita terkini dan paparan gaya hidup pelengkap hari anda.

JOHOR BAHRU - Seorang lagi calon Bebas tampil di saat akhir pada jam 9.35 pagi, bagi menyerahkan borang penamaan untuk bertanding di Dewan Undangan Negeri (DUN) Kempas.

Kehadiran Mohd Suhimi A Rahman, 62, bersama pencadang dan penyokongnya di Pusat Penamaan Calon (PPC) DUN Kempas di Dewan Kompleks Perumahan TNB itu secara rasmi menyaksikan DUN berkenaan berdepan saingan tujuh penjuru.

Semua penyertaan di DUN itu diumumkan Pegawai Pengurus Pilihan Raya N47 Kempas, Zihan Ismail.

"Saya telah menyemak kertas penamaan tersebut dan setelah selesai, saya berpuas hati untuk memutuskan tiada kertas penamaan yang ditolak," katanya.

Terdahulu, dua lagi calon Bebas tampil menawarkan diri bertanding di kerusi DUN itu, masing-masing seorang guru, Mohd Azwan Abd Rahman dan pereka bangunan, Mohd Hambali Munadi.

Calon lain yang disahkan Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) adalah Timbalan Ketua UMNO Bahagian Pulai, Datuk Ramlee Bohani dan Ketua Wanita PKR Johor, Napsiah Khamis Maharan mewakili Pakatan Harapan (PH).

Turut bertanding ialah Timbalan Ketua Parti Pejuang Tanah Air (PEJUANG) Johor, Nornekman Osman yang juga cahaya mata sulung bekas Menteri Besar, Datuk Osman Sapian.

Osman adalah penyandang kerusi DUN Kempas, selepas menewaskan Ramlee pada Pilihan Raya Umum (PRU) Ke-14.

Seorang lagi calon ialah wakil Perikatan Nasional (PN), Nur Faizal Abdullah dari BERSATU. – Getaran, 26 Februari 2022

Berita Berkaitan

1

Semasa 4 tahun yang lalu

Exco Johor Bakal Dilantik Perlu Isytihar Harta, Lalui Semakan Latar Belakang

2

Politik 4 tahun yang lalu

Tiada Krisis Dalaman UMNO, Pelantikan Onn Hafiz Selaras Undang-Undang Tubuh Johor

3

Politik 4 tahun yang lalu

PAS Tiada Halangan Muhyiddin Berundur, Keputusan Mohd Khairuddin Pendirian Peribadi

4

Politik 4 tahun yang lalu

Siapa Menteri Besar Johor?

Sorotan

1

2 Remaja Perempuan Maut Nahas, Polis Tahan Pemandu 

2

Keupayaan BN Tadbir Negeri Dipersoal, Mampukah Atasi Rekod Pelaburan PH? - Aminuddin

3

Nahas Ragut Nyawa 2 Remaja: Pemandu Sah Positif Dadah - Polis

4

Sepang Kembali Dalam Kalendar F1, Bakal Anjur GP Bahrain Oktober Nanti 

5

PRU: ‘Tiada Perbincangan Setakat Ini’ - Zahid

6

Kanak-Kanak Autistik Maut Terjatuh Dari Tingkat 13

Disyorkan untuk anda

Sukan 12 jam yang lalu

Sepang Kembali Dalam Kalendar F1, Bakal Anjur GP Bahrain Oktober Nanti 

oleh Sophia Ahmad

Semasa 1 hari yang lalu

Nahas 6 Maut Di Karak, PM Zahir Ucapan Takziah

oleh Sophia Ahmad

Semasa 5 jam yang lalu

Jenazah Rakyat Malaysia Maut Ditikam Di Korea Selatan Dibawa Pulang Selepas Bedah Siasat 

oleh Wartawan Getaran

Semasa 2 jam yang lalu

Pihak Hina Institusi Diraja Negeri Sembilan Perlu Dikenakan Tindakan - Aminuddin

oleh Sophia Ahmad