web statsweb stats

Berita Terkini

5 bulan yang lalu: Najib Razak dijatuhkan hukuman penjara 15 tahun dan denda RM11.4 bilion untuk kesemua 25 pertuduhan 6 bulan yang lalu: Ketua UMNO Sabah, Datuk Seri Bung Mokhtar Radin disahkan meninggal dunia 7 bulan yang lalu: Ismanira Abdul Manaf, ibu kepada kanak-kanak autistik, Zayn Rayyan didapati bersalah atas tuduhan pengabaian anak hari ini 7 bulan yang lalu: PRN Sabah: Penamaan calon ialah pada 15 November manakala mengundi awal pada 25 November - SPR 8 bulan yang lalu: Semua kapal yang menyertai misi FFCxTMTGM telah dipintas tentera Israel dalam lingkungan 120 batu nautika dari Gaza - MyCARE

IKUTI KAMI


PRN Johor, WARISAN Umum Tanding 6 Kerusi

Politik Dikemaskini 4 tahun yang lalu · Diterbitkan pada 25 Feb 2022 4:17PM

Shafie Apdal - Gambar dari Facebook Shafie Apdal

Kongsi Artikel Ini

Langgani saluran Telegram kami untuk berita terkini dan paparan gaya hidup pelengkap hari anda.

JOHOR BAHRU - Parti WARISAN (WARISAN) akan bertanding di enam kerusi Dewan Undangan Negeri (DUN) pada Pilihan Raya Negeri (PRN) Johor 12 Mac depan, kata presidennya, Datuk Seri Mohd Shafie Apdal hari ini.

Enam calon Warisan adalah Hishamuddin Busri di kerusi DUN Pekan Nanas, Sandara Segaran Arumugam (Bekok), Muhamed Noor Suleiman (Mahkota), Chen Hain Kai (Johor Jaya), Lee Ming Wen (Bukit Batu) dan Mohamed Ridza Busu (Permas).

Beliau berkata walaupun Warisan tampil buat kali pertama di Johor, parti itu yakin rakyat negeri selatan tanah air itu akan membuat pilihan bijak dan memilih kerajaan berintegriti.

"Warisan memilih calon dalam kalangan mereka yang berpengalaman, muda dan telah menabur bakti di kawasan yang ditandingi, menitikberatkan semangat kepelbagaian kaum serta berintegriti,” katanya kepada pemberita selepas mengumumkan calon Warisan hari ini.

Menurut Mohd Shafie, penglibatan Warisan dalam PRN Johor merupakan persediaan untuk menghadapi Pilihan Raya Umum ke-15. 

"Inilah titik permulaan kita (Warisan) di tanah Semenanjung, untuk sediakan struktur parti Warisan yang sudah ditubuhkan di Johor dengan calon-calon yang ada," kata bekas Ketua Menteri Sabah itu.

Warisan buat pertama kalinya bertanding dalam PRN Johor selepas parti politik itu melebarkan sayapnya ke Semenanjung Malaysia pada 17 Disember lepas.

Suruhanjaya Pilihan Raya menetapkan esok sebagai hari penamaan calon bagi PRN Johor manakala hari pengundian adalah pada 12 Mac dan pengundian awal pada 8 Mac. - Bernama

Sorotan

1

Lelaki Guna Pembesar Suara Cetus Kebimbangan, Dakwa Kononnya COVID-19 Kembali Menular

2

Kanak-Kanak Perempuan Maut, Abang Kritikal Jatuh Dari Pangsapuri

3

PM Puji Keberkesanan Kementerian Komunikasi Perjelas Pelaksanaan BUDI95

4

Gempa Bumi 8.2 Landa Mindanao, Pihak Berkuasa Keluarkan Amaran Tsunami

5

Dikurung Dalam Stor Beberapa Minggu, Polis Selamatkan Kanak-Kanak Mangsa Dera Ibu Angkat

6

Sebuah Kerajaan Bukan Hadiah Untuk Dirampas

Disyorkan untuk anda

Luar Negara 15 jam yang lalu

Gempa Bumi 8.2 Landa Mindanao, Pihak Berkuasa Keluarkan Amaran Tsunami

oleh Wartawan Getaran

Semasa 6 jam yang lalu

Lakukan Serangan Seksual Terhadap 6 Pelajar, Guru Muzik Mengaku Tak Bersalah

oleh Sophia Ahmad

Semasa 1 hari yang lalu

Tersalah Tekan Pedal Minyak, Wanita 61 Tahun Pandu Posche Rempuh Lobi Hotel

oleh Sophia Ahmad

Semasa 15 jam yang lalu

Dikurung Dalam Stor Beberapa Minggu, Polis Selamatkan Kanak-Kanak Mangsa Dera Ibu Angkat

oleh Sophia Ahmad